webnovel

Ahli Alkimia Sebenar

Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila Kyle Sichi pulang ke rumah, dia ternampak sampul gelap di atas meja makan.

"Apakah ini?" Dia melihat isterinya, Cerra yang sedang sibuk di dapur.

"Oh, tengah hari tadi ada pegawai Dewan Pembanadaran datang." Isterinya mengelap tangannya dan meletakkan sebiji mangkuk yang dipenuhi dengan sup daging yang menyelerakan di atas meja. "Mereka berkata Yang Amat Mulia mahu awak pergi ke Bandar Diraja dan sebuah kapal akan datang dalam masa dua hari untuk mengiringi awak ke sana."

"Bukankah dia pergi ke sana untuk berjumpa dengan abangnya? Kenapa dia mahukan saya ke sana? Membazir masa sahaja," Ujar Kyle mengerutkan dahinya. "Perjalanan akan mengambil masa seminggu. Permintaannya sangat melampau."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com