webnovel

Episode 6 : Lord Alfareeze Marcel Guzman

Darra pandang bulatan merah yang ada dalam skrol penilaian bahasanya dengan renungan kosong. Sedikit pun tidak menunjukkan sebarang emosi kerana dia sudah terbiasa melihat keputusannya.

        "Taniah Darrius. Kamu telah mendapat markah penuh untuk peperiksaan kali ini. Duke Elijah pasti senang mengenai berita ini."ucap Master Freddie Burch. Salah seorang daripada ilmuwan diraja yang terkenal dalam mendidik anak-anak bangsawan dan putera mahkota sendiri. Seorang lelaki berambut panjang bertoncang kemas dan mempunyai sepasang mata berwarna dark golden.

Seorang ilmuwan yang mahir dalam pelbagai bidang dari calculus, Kimia, fizik, sejarah, bahasa dan falsafah. Ramai yang mahukan perkhidmatan dari lelaki ini sampaikan ada yang sanggup memberi bayaran yang tinggi. Namun begitu Master Freddie Burch seorang yang berpendirian tetap. Beliau yang akan memilih pelajarnya sendiri. Bukan diberi pilihan atau dipaksa. Anak didiknya adalah yang terpilih tanpa mengira latar belakang atau pangkat.

Tidak semena Darra mengoyakkan skrol itu menjadi beberapa bahagian sebelum di campak ke lantai dengan riak kosong di muka.

Srap!

Srap!

Srap!

Membutang mata Master Burch akan tindakan Darra.

        "Beritahu kepada Duke Elijah yang saya gagal untuk peperiksaan kali ini.."kata Darra bernada tidak peduli. Entah kenapa dia ingin buatkan ayah serba sempurnanya itu berasa jengkel dengan tindakan ini.

 

         "Ke-kenapa kamu lakukan hal seperti itu tadi?"Master Burch tunduk memandang cebisan kertas yang bersepah di bawah kaki mereka waktu itu tercengang. Dan bila dia angkat mata ke Darra, dia disapa dengan tenungan dalam seakan marah. "Tapi kamu lulus bukan?Kenapa saya perlu menipu Duke Elijah?"

           "Kenapa?Master tidak mahu lakukannya?"

            "Darrius...apa lagi yang berlaku kali ni?Kenapa kamu bersikap memberontak seperti ini?"

            Darrius...Darrius...Darrius!Muak dengar nama asing itu. "Sebab saya nak...tak boleh ke?"

             Kening Master Freddie mencerlung susah hati. "Kamu telah menguasai kesemua empat bahasa asing dan lulus kesemua peperiksaan, tapi kenapa kamu mahu saya maklumkan kepada Duke Elijah yang kamu telah gagal kesemuanya?"

Sebab dia mahu sakitkan hati ayahnya itu!Darra tersenyum.

             "Lakukannya saja tanpa banyak soal. Saya tidak perlu jelaskan apa-apa kepada master."tambah Darra sebelum mencapai buku dari meja dan beg untuk keluar dari bilik belajar tersebut. Gadis itu melangkah ke arah pintu dengan derap langkah tenang dan bersahaja.

Yang mana mengundang rasa bingung kepada Master Freddie dek sikap dingin dan serius Darra. Diperhatikan saja anak berambut singkat pangkal leher hitam itu.

Darra menuruni tangga berpusar sendirian sehingga tiba di tingkat bawah bangunan lalu keluar melewati pintu berbentuk separa bulatan di situ.

Sesampainya Darra di laluan menyusur yang dikelilingi tumbuhan renek berbunga, gadis itu membelok ke kanan melepasi bangunan menara tiga tingkat di hadapan selekoh sebelum tiba di kawasan dusun dimana pohon buah-buahan tertanam.

Berhenti seketika Darra di tepi laluan batu bata oren itu menghadap kawasan dusun tersebut.

Beberapa orang pekerja kelihatan di dusun itu. Memetik buah dan mengutip hasil tanaman mereka untuk diberikan kepada penduduk yang tidak berkemampuan. Ada buah epal, oren, ceri, mangga dan juga plum. Pemandangan dimana sering menggamit hati kecil Darra.

Alasan kenapa Darra menerima permintaan Master Freddie untuk diajar oleh lelaki itu.

Ikutkan hati Darra enggan belajar dengan Master Freddie. Dia berada di sini pun kerana mahu keluar dari kediaman 'penjara' keluarganya itu. Awalnya Master Freddie yang menawarkan diri untuk mengajar Darra. Tetapi Darra terus menolak tawaran itu tanpa berfikir panjang tanpa peduli betapa terkenalnya master itu.

Kenapa?

Kenapa Darra menolak tawaran Master Freddie?

          "Tuan Muda dah selesai kelas?"tegur seorang pekebun wanita tiba-tiba di tepi pagar renek saat itu.

          Bersama senyuman di bibir Darra mengangguk. Dia dapat bertemu dengan orang yang memperlakukan dia selayaknya sebagai seorang anak. "Banyak hari ni makcik?"

           Dengan riang pekebun wanita itu mengangguk. "Iya...boleh kira banyaknya. Ini..saya ada kutipkan buah yang tercantik untuk tuan muda. Jamah la sedikit."sebuah bakul rotan saiz pelukan diajukan kepada Darra.

           "Kan saya dah beritahu tak perlu susah-susah.."Darra mengambil bakul itu lalu dipeluk rapat ke dada. Darra sangat rapat dengan semua pekebun di kediaman Master Freddie. Bahkan kebanyakan mereka jadikan dirinya anak mereka.

           "Apa yang susahnya. Kalau bukan kerana idea tuan muda untuk bantu selamatkan semua tanaman di sini, pasti dusun di sini tidak berbuah seperti sekarang. Semua ni kerana tuan muda juga kami di sini masih mendapat punca pendapatan tanpa henti.."borak wanita itu lagi.

Darra tertawa kecil. Dia tersenyum lebar kerana senang hati.

Pada masa Darra hendak bersuara, waktu itulah satu bayang memayungi badannya dari belakang. Serta merta disedari oleh pekebun wanita itu yang mana buatkan wanita itu tersentak lalu cepat-cepat pamit diri.

Apabila melihat makcik itu berlalu pergi, Darra terkebil sendiri. Kenapa lari macam baru nampak hantu?

         "Seronok berbual..."suara lelaki kedengaran selepas itu.

Tidak tersentak kerananya, riak ceria dan senyum Darra tadi berubah menjadi gelap serta merta. Dia pandang pekebun wanita yang pergi tadi lantas berpaling ke kanan dengan perasaan tidak Sukanya. Patut la!

Perkenalkan alasan kenapa Darra pada awalnya menolak tawaran Master Freddie, one and only, musuh azalinya.

           "Wahh...dapat buah lagi. Memangnya selain mengemis perhatian dan ilmu...kau dengan tak tahu malunya mengemis makanan untuk orang susah pula?"

Darra berhadapan dengan lelaki lampai berkening terbelah dan mempunyai sepasang bibir merah penuh yang tidak padan dengan muka pemiliknya. Sesiapa yang tidak mengenali pasti akan fikir 'awak ni cute la, awak ni gentleman la..., mesti ramai yang sukakan awak' atau 'seronoknya dapat berkawan dengan awak.' Dan sepasang mata grey silver milik lelaki bertubuh kekar ini sentiasa buatkan dia berasa jengkel setiap kali menatapnya.

Lord Alfareeze. Anak tunggal Duke Marcel Guzman. Anak saudara kepada Master Freddie. 21 tahun namun sudahpun menjadi Ketua Batilion Utama Peperangan. Menerima banyak anugerah diatas kejayaan yang sering dimenangi apabila berperang atau menawan musuh. Pernah menjalani pelbagai misi sewaktu usia 18 tahun lagi. Master di Akademi Latihan Muda Diraja. Mempunyai karakter yang bubbly namun bermulut tajam seperti sebilah pedang. Bersikap perenggus pada kebanyakan orang yang tidak digemari. Mempunyai penampilan yang sentiasa segak serta kemas. Selain menjadi ketua dalam peperangan, tugas Utama Alfareeze adalah untuk menyakiti hati tuan muda dari Keluarga Kirk! Yalah namapun bapa borek anak rintik. Perangai menyakitkan hati dua beranak ini memang tidak jauh panggang dari apinya.

Menjadi kebiasaan untuk Darra tidak menghiraukan sindiran Alfa kepadanya, dia terus berpusing dari situ dan bergerak pergi. Ianya hanya membuang masa berbalas kata dengan lord seorang ini. Bukan setakat tak dapat apa-apa, malah hanya merosakkan mood dia saja.

           "Hei!Macam ni ya kau sambut kawan baik kau?Kau tak nak sambut aku yang baru balik dari medan perang ni?"tidak semena Alfareeze rangkul bahu Darra.

            Kasar-kasar Darra menjatuhkan tangan Alfareeze dari bahu dan menjauh dari lelaki itu. "Maaf sebab tak sediakan bunga berkabung untuk kau...lain kali aku akan ingat."balasnya mendatar.

            Alfareeze ketawa. "Wow....kalung bunga ya?Kau nak sangat aku mati ke Darrius?"

Jengkel dengan suara itu, Darra pun berhenti dari berjalan dengan mendadak dan berpusing menghadap Alfareez hingga menyebabkan lelaki itu hampir hendak bertembung dengannya.

Bila mereka berdua saling berhadapan, barulah nampak betapa bezanya jurang saiz badan dan ketinggian mereka waktu itu.

Seorang berketinggian 167cm.

Seorang lagi berketinggian 185cm.

Saiz badan jangan bayangkan la. Memang jelas Darra bukan saingan Alfareeze yang merupakan tentera terlatih!

           "Kenapa?"Alfareeze pandang bingung ke Darra bila mata itu meniliknya dari atas ke bawah. "Ada yang tak kena dengan aku ke?"

           Memang ada yang tak kena!"Aku rasa kau tertinggal sesuatu dekat medan perang tu la Alfa.."beritahu Darra dengan mendatar.

           "Apa?"dengan bingung Alfareeze tunduk kepala ke Darra hendak memeriksa apa yang tidak kena dengan dirinya.

            Barulah hujung bibir Darra terjungkit sinis. "Otak kau."jawabnya.

Tersentak dengan jawapan itu, Alfareeze sedar apa yang Darra baru saja lakukan.

             "Kau tunduk pada aku akhirnya Alfareeze...Seingat aku, kau pernah beritahu..yang kau tak pernah tunduk pada sesiapa...sekarang tengok. Siapa yang tunduk pada siapa lepas balik dari peperangan dia?"seloroh Darra mengeratkan pelukannya pada bakul buah di perutnya.

            "Kau-"

            Cepat-cepat Darra memintas Alfareeze."Dari   kau bazirkan masa untuk sakitkan hati aku, baik kau luangkan masa untuk isi otak kau dengan perkara berfaedah Alfa...dan jauhkan diri kau dari aku."Bersama jelingan tidak suka, Darra pun berpaling untuk pergi dari situ. Enggan lama-lama lagi berhadapan dengan Alfareeze.

Terdiam tidak terkata, Alfareeze perhatikan langkah Darra dengan renungan tidak suka. Berlagak betul si ais batu ni!Ingat cool la tu kalau tak senyum tak tunjuk sebarang emosi dekat muka macam tu? Dah macam tugu batu lagi ada la! Tak bapak tak anak. Dua-dua perangai serupa sangat.