webnovel

Episode 5 : Tiada Sambutan Hari Lahir.

Setiap tahun pada 23 hari bulan September kediaman Emerson bakal dihias dengan reben hitam sebagai tanda peringatan untuk mendiang puan besar. Malah setiap pekerja di situ juga mengenakan pakaian yang sedondon warnanya bagi menghormati hari tersebut.

Oleh kerana pada masa yang sama, hari itu juga merupakan hari ulang tahun kelahiran Darra yang ke-19 tahun. Mereka tidak boleh menyambut dua occasion dengan serentak. Jadi seumur hidup Darra dia tidak pernah menyambut hari kelahirannya kerana Duke Elijah enggan meraikan hari lahir Darra pada hari kematian isteri tercintanya.

Kejam?

Semua orang tahu betapa dinginnya layanan Duke Elijah terhadap Darra Emerson. Semua orang tahu dendam lelaki itu kepada anaknya sendiri kerana dianggap menjadi punca kematian isterinya. Jadi tiada siapa yang terkejut atau perlu dihairankan.

Dan bila Darra semakin meningkat usia matang semakin faham Darra kenapa dia perlu menjalani hidupnya sebagai lelaki. Darra faham apabila dia perasan di dalam kediaman agam mereka itu tiada satupun bingkai gambar milik mendiang ibunya. Sehingga sekarang Darra tidak pernah melihat wajah ibunya. Malah dia langsung tidak mengenali siapakah nama ibunya itu dan bagaimana rupa sebenar Wanita itu.

Darra faham kenapa ayahnya membencikan dia yang teramat sangat!

Namun tanpa di duga, keputusan Duke Elijah mendaftarkan Darra sebagai anak lelaki dalam keluarga mereka itu bakal mengundang permasalahan yang lain.

          "Perutusan raja telah tiba tuan..."maklum Anthony kepada Duke Elijah dihadapan perapian dimana Duke Elijah sedang berdiri meneliti peta kawasan peperangan.

Mendengarnya, Duke Elijah tidak menyambut. Beliau hanya diam di situ menilik titik merah dan garisan hitam yang terdapat dalam skrol peta yang dipegangnya.

            "Mereka minta datang untuk bertemu dengan tuan dan tuan muda sendiri bagi mendengar pemberitahuan dari utusan itu nanti."tambah Anthony lagi.

            Barulah Duke Elijah terkutik. Dia melepaskan hela nafas yang panjang sebelum menurunkan peta itu ke bawah dan mengerling ke arah Anthony bersama riak wajah tidak puas hati. "Sudah tiba masanya ke?"

             "Ya tuan."

             Duke Elijah mengeluh panjang.Jelas sangat beliau tidak menyenangi kehadiran perutus diraja itu. "Ya...bawa mereka masuk."

               "Baik."

Anthony berpusing lalu mengatur langkah semula ke arah pintu.

Sementara Duke Elijah bergerak untuk ke arah meja kerjanya. Skrol peta tadi dia gulung kemas-kemas dan di susun atas timbunan skrol yang ada bersama di meja kerja tersebut.

Dan waktu itulah pintu terbuka, Anthony berjalan masuk bersama dengan Perutus Diraja di belakang. Seorang lelaki berberet putih dengan uniform serba putih dan keemasan. Di tangan kanan pegangnnya sebuah skrol yang sama warna dengan pakaiannya. Warna rasmi kerajaan.

Putih itu lambang kesucian.

Emas itu lambang kekayaan.

Menggambarkan Kerajaan Cameron adalah sebuah kerajaan yang bersih tanpa sebarang jenayah dan dilimpahi dengan pelbagai kekayaan.

           "Selamat pagi Duke Elijah Kirk."sapa Perutus Diraja semasa tunduk memberi hormat bersama tangan ditekap kemas pada dada kiri.

Berdiri dengan selayaknya, Duke Elijah menghadap Perutus Diraja dengan kedua belah tangan rapat di sisi badan dan dada mendabik ke hadapan. Renungan dingin Duke Elijah tersembunyi di balik kening hitam lebat seriusnya. Menampakkan ketegasan dan aura autoritif dari lelaki itu.

              "Selamat pagi Encik Roman. Selamat datang juga saya ucapkan. Di harap perjalanan encik untuk ke kediaman saya berjalan dengan lancar."

Perutus Diraja memberi anggukan kecil bersama dengan senyuman di bibirnya. Dia sedikit seram sejuk apabila mendengar suara mendatar Duke Elijah. Ramai menceritakan sikap menakutkan Duke Elijah jadi disebabkan ini kali pertama dia menemui secara berdepan dengan Duke Elijah sedikit sebanyak Encik Roman berasa gementar sedangkan ini bukan kali pertama dia menghantar perutusan.

              "Terima kasih untuk keprihatinan tuan. Saya sangat hargainya. Ya. Perjalanan saya ke sini sangat mudah. Terima kasih kepada pengawal yang menjaga. Mereka yang mengiringi saya ke sini."

Duke Elijah mengangguk kepala.

               "Baguslah kalau begitu."

Lantas Perutus Diraja memandang kanan dan kirinya. Seakan mencari sesuatu.

               Dan Duke Elijah terus sedar mengenainya. "Maaf saya ucapkan terlebih dahulu. Pada hari ini perutusan hanya akan dibaca di hadapan saya sahaja. Tuan Muda Darrius tidak dapat hadirkan diri kerana kelas bahasa dia yang tidak boleh ditangguhkan lagi."

Encik Roman mengangkat kening. Niat dia hendak membalas bahawa kehadiran tuan muda keluarga ini juga diperlukan. Sebab memang aturan tetap yang perlu dipatuhi. Namun setelah Encik Roman bertentang mata dengan Duke Elijah dia cepat-cepat mengangguk. Tidak berani hendak membantah. Silap masa dia yang disembelihnya.

                "Baiklah. Kalau begitu saya akan terus membacakan titah dari raja."

Anthony di belakang Perutus Diraja waktu itu diam memandang kepala Encik Roman. Dia tahu yang Encik Roman sendiri terpaksa tunduk dengan renungan maut Duke Elijah hinggakan lelaki itu langsung tidak berani hendak bertanya lebih lanjut. Sedangkan Encik Roman tahu kehadiran tuan mudanya diperlukan sekali.

Perutus Diraja bersama perasaan gugup terketar-ketar membuka gulungan skrol untuk memulakan penyampaiannya.

Duke Elijah diam dengan patuh menunggu Encik Roman bersedia. Dia sedikit pun tidak menunjuk reaksi untuk penyampaian tersebut.

               "Dengan titah terhormat dari Raja Alan Alas Cameron, menitahkan Keluarga Duke Elijah Kirk menerima arahan pelantikan Tuan Muda Darrius Emerson yang berdaftar sebagai pewaris Utama Keluarga Emerson untuk menjadi pelatih di Akademi Pelatih Muda sebagai persediaan menjadi Pegawai Diraja Istana. Dengan ini secara rasminya titah diraja dikuatkuasa serta merta setelah Tuan Muda Darrius Emerson genap berusia 19 tahun pada hari ini. Seperti yang dimaklumkan, pelantikan ini perlu diterima dan dijalankan serta merta. Sekiranya ada pihak yang enggan memberi Kerjasama sepenuhnya dengan titah ini, Keluarga Duke Elijah bakal dikenakan tindakan undang-undang diraja iaitu penjara selama lima tahun, sekiranya berpangkat, pangkat tersebut bakal di lucutkan, sekiranya mempunyai tanah, tanah itu bakal dirampas, sekiranya mempunyai harta bakal disita. Sebaik sahaja titah ini disampaikan, Tuan Muda Darrius perlu melaporkan diri dua hari selepasnya di akademi. Kerjasama yang diberikan amat di hargai. Dengan hormat, sekian dari Raja Alan Alas."

Setelah pembacaan selesai, Encik Roman menggulung skrol itu dengan kemas, lalu di angkat di atas kedua belah tapak tangan untuk diambil. Sepatutnya si penerima yang mengambil skrol itu, Namun disebabkan Darra tiada di situ, maka Duke Elijah yang mencapai skrol itu sebagai tanda penerimaan titah tersebut. ,

Bersama renungan tidak pasti, Duke Elijah pandang skrol dalam tangannya. Dia memang tahu saat ini akan tiba. Duke Elijah juga sedar tindakan dia mendaftar Darra dengan nama lelaki bakal meletakkan anak perempuannya ke dalam situasi yang Duke Elijah enggan berlaku. Hal itu membuatkan dia terpaksa berfikir banyak kerana keputusan lampau dia mendaftarkan anak perempuan dia. Dan sekarang hendak menyesal pun tiada gunanya lagi. Duke Elijah perlu melepaskan Darra selepas bertahun lamanya dia cuba menjauhkan Darra dari bergaul dengan mana-mana lelaki demi melindungi identiti anak perempuannya.

Demi menjaga air muka dan nama baiknya sendiri, Duke Elijah perlu hantarkan juga Darra ke akademi tersebut. Jika nasibnya bertuah mana tahu raja sendiri bakal memberikan favor lelaki itu kepadanya. Dan jika hal itu berlaku, pengaruhnya bakal kukuh dan kedudukannya akan secure.

Ya!

Darra akan menjadi batu loncatan untuk kejayaannya di dalam istana nanti. Dan Duke Elijah dapat menundukkan Duke Marcel dari terus menerus menyainginya!

           "Titah raja ini saya terima.."beritahu Duke Elijah semasa memandang Encik Roman dalam-dalam.

Anthony pandang tidak sedap hati dengan semua ini. Entah kenapa dia berasa tidak selesa membayangkan satu-satunya cik muda mereka bakal menghuni akademi dimana kesemuanya adalah lelaki!

           "Baik. Terima kasih untuk Kerjasama dan masa yang diberikan. Sekiranya tiada apa-apa lagi, saya minta diri terlebih dahulu."pamit Encik Roman dengan tundukkan kecil.

Anthony menghantar Encik Roman keluar dari bilik bacaan Duke Elijah sebelum kembali berdiri di depan meja lelaki tersebut tidak lama selepas itu.

Dan waktu itu Anthony dengan berani bersuara.

           "Tuan yakin tentang hal ini?"

            Skrol emas putih tadi diletakkan atas meja dengan tiada mood oleh Duke Elijah saat lelaki itu kembali ambil tempat di kerusi semula. "Alang-alang berdakwat biarlah hitam...saya dah buat keputusan dari awal, mahu tak mahu saya kena teruskan juga. Dimana tuan muda kamu?"

Anthony terdiam untuk seketika kerana masih risau dengan keputusan tuannya.

             "Anthony.."panggil Duke Elijah sedikit keras.

             "Masih ada di kediaman Master Burch, hari ini tuan muda mempunyai peperiksaan bahasa asing yang perlu dia ambil."jawab Anthony dengan mendatar.

               "Hm. Bawa Darrius menemui saya selepas dia pulang ke sini."

                "Baik tuan."