webnovel

Episode 26 : Personal Tunjuk Ajar

Dekat 10 minit Darra mencari, rakan-rakan sekelas lain semua telah menemui papan sasaran mereka. Tapi kepunyaan dia tiada. Memang tak ada atau sengaja di tidak adakan?

Mereka buli dia ke?

Kenapa?

Kenapa suruh dia datang kelas tapi hanya untuk dibuli?

Berputus asa hendak mencari, Darra gerak keluar dari laluan kecil dalam kawasan itu lalu melewati Putera Eilian serta dua lagi pelajar lelaki yang sedang berlatih memanah. Dia berdiri sekejap di situ untuk saksikan mereka memanah.

Berdesup-desup anak panah ke papan sasaran. Tapi hanya Putera Eilian sahaja berjaya mendapat bull eyes. Sementara dua lagi tersasar kena dahan dan batang pokok. Kalau dilihat, Putera Eilian kelihatan seperti seorang lelaki yang baik, Namun apabila lelaki itu bersuara, baiknya itu entah ke mana.

          "Seronok tengok orang?"tiba-tiba satu muka muncul di kiri kepala Darra.

Darra yang terkejut terus menahan nafas dan terundur ke belakang hendak ke tepi, tetapi belakang badannya berlanggar dengan orang yang berdiri pula. Siapa yang-

          "Dah jumpa belum papan sasaran kau tu?"tanya Alfareeze memalingkan mukanya ke Darra. "Jangan bermalas-malasan boleh tak?"

           Sejak bila lelaki ni ada di sini?Buat terperanjat dia aje la! "Belum."jawab Darra sambil menjarakkan sedikit dirinya dari Alfa sebab lelaki itu begitu dekat dengannya sampaikan bahunya berlaga dengan dada bidang Alfa.

           "Kenapa tak tanya?Sayang ada mulut cantik-cantik tapi berat nak buka."beritahu Alfareeze semasa palingkan kepala ke kanan.

Ih!

Cantik?

Ke situ pula perginya.

Darra terkedu. Bukan main laju aje mulut tu berkata kan?

Masa itu darah ikut berderau naik dari dada ke kepala. Rasa bahang menjalar pada masa yang sama. Tak pasal-pasal dia mengipas muka sendiri dengan tangan. Hish!

         "Ke sini...rasanya ada papan sasaran dekat depan laluan ni."ajak Alfareeze selepas itu.

Darra tersandung-sandung dekat belakang gara-gara hendak mengejar langkah luas Alfareeze. Dekat beberapa kali la jugak kakinya tersangkut dan hampir hendak melungkup ke depan. Mujurlah dia pandai seimbangkan diri.

Jalan punya jalan, akhirnya sampai juga di sebuah kawasan lapang dimana sekitarnya tidak berpokok namun mempunyai hamparan rumput hijau seluas mata memandang. Darra dah termengah-mengah dekat belakang Alfareeze masa tu. Ke mana aje la Alfa mahu membawanya?

          "Okay tak tu?"Alfareeze toleh memandang Darra sedang tunduk memegang lutut mencari nafas. Dia tersenyum.

            "Kau rasa?"geram-geram Darra memandang Alfareeze. Sengaja tau Alfa ni!

            "Hahaha...jalan sikit aje pun. Takkan dah penat?"Alfa ketawa kecil. "Belum apa-apa lagi ni"

Boleh tak dia tampar muka berlagak ni sekarang jugak?Darra mengecilkan mata ke Alfareeze. Hendak mencarut pun ada waktu itu.

          "Dah. Cepat sedia. Tunjukkan aku cara kau memanah."sebuah tunggul kayu lama di situ Alfareeze duduk. "Dekat depan tu ada papan sasaran. Aku nak kau dapatkan mata penuh. Rasanya malam tu kau panah hampir dengan leher aku...jadi untuk dapat bull eyes bukan hal yang sukar untuk kau kan?"

Darra menjatuhkan beg berisi anak panahnya ke bawah dengan marah. Busur seberat dua kilogram diturunkan dari bahu. Malam itu hanya kesilapan. Dia tidak sengaja terlepas pegang anak panah sebab itu ia melayah ke arah pintu. Alfareeze aje yang kebetulan hendak masuk pada masa yang sama.

          "Sabar Darra. Jangan cepat melatah. Lelaki depan kau ni suka tengok kau marah. Jadi jangan puaskan hati dia dengan naik angin."Darra memujuk dirinya sendiri sambil bersedia untuk memanah.

          Alfareeze menopang tepi pipi dengan tangan yang disikukan atas kaki kiri tadi dia tegakkan atas tunggul kayu. Matanya meneliti susuk tubuh Darra dari atas ke bawah. Entah kenapa dia tertarik sungguh dengan pelajarnya yang seorang ini. "Turunkan sikit bahu kiri tu..cuba relaks jangan tegang sangat bahu kau, Darrius."

Senangla cakap!Cuba berdiri dekat tempat dia sekarang ni. Siapa aje yang boleh relaks bila ada mata yang memerhati?Susah tahu tak!Dengan jantungnya lagi buat perangai tidak tentu hala.

         "Kaki tu Darrius...kau kena selaraskan  pinggang kau dengan bahu.."arah Alfareeze lagi sambil menggigit hujung jari manis dari tangan yang dia topang di pipi semasa perhatikan gerak geri kaku Darra.

Ahh!Stres betul lah! Darra melepaskan anak panahnya begitu saja!

Berdesup!

Anak panah itu langsung tidak mengena dimana-mana. Malah ia tidak pergi jauh mana pun. Hanya lapan langkah saja di depan Darra sedang berdiri.

Rahang Darra jatuh ke bawah. Dia begitu tercengang.

Serius la!

Teruk sangat ni?!

        "Pfft!"tersembur Alfareeze kerana hendak ketawa. Tetapi dia terus mengetap bibir.

Ish!Darra pandang dengan marah ke Alfareeze

Nak ketawakan dia la tu!Ada yang lucu di sini ke!?

         "Itulah...hadaplah buku kau tu sampai rabun...sampaikan memanah pun tak lepas.." komen Alfareeze semasa bangun dari tunggul kayu tadi. Alfa datang mendekati Darra.

Darra tidak dapat kekal cool lagi. Dia semakin merinding geram untuk semua remarks Alfareeze terhadapnya sejak tadi. Bila-bila masa saja dia boleh meledak marah.

Apa masalah Alfareeze sejak tadi ni?Serius...dia nak tahu. Apa masalah lelaki ini?Kenapa tidak berhenti dari mengutuk dia sejak tadi. Untung-untung dia hadirkan diri ke kelas ini. Ikutkan hati memang dah ponteng tadi tau.

          "Kau nak ajar atau nak mengutuk sebenarnya?Pilih salah satu. Jangan tamak sangat."Darra perhatikan langkah Alfareeze dengan kening berkerut sehingga lelaki itu tiba di depannya.

Alfareeze pandang funny ke Darra.

          "Buat apa pilih kalau aku boleh lakukan kedua-duanya sekali.."dia posisikan dirinya di belakang Darra setelah itu.

Ugh!Darra sudah berserah waktu itu. Dia mahu membalas tapi sudah tiada tenaga.

          "Nak memanah ni, kau kena bertenang...kalau kau gelabah, risau, tak tentu arah...anak panah kau takkan ke mana..."Alfareeze capai tangan kanan Darra. Dia letakkan anak panah pada tali busur Darra lalu bawakan tangan Darra untuk memegang anak panah itu. Kepalanya waktu itu betul-betul berada di tepi muka Darra.

Waktu itu Darra perhatikan tangan berglove hitam Alfareeze pegang tangannya. Dan nafas itu pula menyapa cuping telinganya.

        "Naikkan sikit jangan tinggi sangat bahu.."lalu Alfareeeze pegang bahu Darra dengan kedua belah tangan untuk diluruskan. "Kaki kanan ke belakang, pinggang kena selaras dengan bahu.."lalu tangannya turun ke pinggang Darra dengan selamba.

Cengkaman Alfareeeze itu membuatkan jantung Darra berdetak laju bagai nak gila. Semua sentuhan lelaki itu menghasilkan gelombang eletrik yang menyebabkan perutnya memulas aneh.

        "Tarik jangan terlampau kuat tapi jangan terlampau lemah...tarik anak panah cukup untuk beri impak pada sasaran." Alfareeze naikkan tangan kanan Darra sewaktu buatkan Darra menarik anak panah ke belakang. Dia pegang bawah lengan itu sekejap. "Pastikan jangan bergoyang."

Mata Darra fokus memandang papan sasaran di depannya. Dia bayangkan papan sasaran itu muka Putera Eilian dan Alfareeze sendiri.

        Dan dengan perlahan Alfareeze berbisik di tepi telinga Darra. "Bidik sasaran dengan fokus. Kemudian...shoot!"

Darra pun melepaskan anak panah setelah Alfareeze melepaskan tangannya.

SMACK!

Dengan tepat anak panah berwarna merah itu tercacak tepat pada titik bull eyes di papan sasaran. Impak dari hentaman itu hujung anak panah itu bergoyang-goyang.

         "Hah..kan kena..."Alfareeze menepuk tangan. "Tengok siapa yang ajar.."

Dan Darra terus tunduk ke bawah. Mencapai beg anak panahnya. Berlagak! Dia kena pergi dari situ segera. Lama-lama berduaan dengan Alfareeze buatkan dirinya semakin tidak tentu arah.

        "Eh...kau nak ke mana?Latihan belum habis. Kau tahu tak kau banyak ponteng kelas aku?"

         "Nak ke depan...tempat ni terlalu tersembunyi. Entah apa kau nak buat dengan aku nanti...tak ada siapa tahu.."gumam Darra perlahan sambil berjalan pergi dari situ.

         "Hei!Muka aku ni bukan main handsome tau tak. Kau bolehnya fikir yang bukan-bukan tentang aku. Tak reti nak berterima kasih ke apa? Aku baru ajar kau tadi kan..."Alfareeze mengejar langkah Darra.

         "Bukan itu memang tugas kau ke?Untuk mengajar?"

         "Hei!Pendek!"

Dua orang jalan di samping antara satu sama merentasi laluan sama yang mereka gunakan.

          "Kelas seterusnya jangan kau mimpi aku akan hadirkan diri, Alfa."

           "Buat apa aku mimpikan kau kalau aku boleh cari kau."

Ih!

Kening Darra berkerut kerimasan.

Sakit betul tengkuk dibuatnya la!

Selepas itu Darra tidak bersuara lagi. Dia terlalu jengkel dan pening kepala dengan sikap menyakitkan hati Alfareeze yang tidak tunjuk sebarang tanda yang lelaki itu akan berhenti dari menganggu dia!