webnovel

Kerana Sayang

Disebabkan hinaan dari orang yang pernah dicintainya meninggalkan satu kesan yang dalam dalam hati dan hidupnya.Dia sudah tidak mempercayai lelaki dan tak mempercayai cinta lagi. Namun kehadiran seorang lelaki berlesung pipi yang selalu bermain di fikiran Jane mengugat perasaannya. Mampukah Jane temui cinta & lelaki yang menyayanginya sepenuh hati? Zein seorang lelaki arkitek berjaya tertarik dengan penampilan dan karakter Jane.Baginya Jane lain dari perempuan di luar sana yang asyik mengejar dirinya semata-mata kerana harta yang dimiliki. Kehilangan orang yang sangat sayangkan diri Kita sangat menyakitkan, tapi disebabkan Kita Tak pernah bersyukur dan rasa tak pernah cukup dengan apa yang ada, akhirnya membuatkan kita kehilangan dia. Daniel Cuba mengejar & mendapatkan kembali cinta Jane, namun semuanya sudah terlambat. Kisah dua lelaki yang sangat mencintai seorang wanita. Siapakah akan kekal di sisi Jane buat selamanya? Akan kah mereka mencapai bahagia setelah dugaan demi dugaan dilalui, setelah banyak perkara memisahkan mereka?

JH_Dream · General
Not enough ratings
37 Chs

Majlis Perasmian Tapak Perumahan Elit

Hari Jane berjalan seperti biasa.Kira-kira pukul 12 tengahari Jane menerima panggilan dari sebuah syarikat.

"Hello,hi saya dari Syarikat Mega Architect. Panggil saja, En Daniel(Penolong Projek).Ini Chef Jane dari Bakery D'licious J' kan?". Daniel bertanya.

"Hello,ya saya..Apa yang boleh saya bantu?" Jane balas.

"Okay begini, saya ingin membuat tempahan untuk majlis perasmian tapak perumahan.. projek di bawah En Zein.Perasmian ini akan dilangsungkan di Hotel Melington pukul 10.00 am esok. Saya akan hantarkan gambar model pelan perumahan projek yang kami lakukan melalui email chef yang saya peroleh dari pekerja kami sendiri.Oh ya, berserta tarikh,tempat dan masa kek perlu dihantar. Chef Jane sila lihat dahulu dan maklumkan segera melalui number ini okay?.Sekiranya Chef Jane tidak mampu lakukan saya terpaksa cari yang lain". jelas Daniel(Penolong Projek).

"Okay En Daniel.Saya akan lihat dahulu detail yang diberi kemudian saya akan maklumkan segera". balas Jane serious

"Okay thank you Chef Jane" balas Daniel semangat.

Jane kemudian membuka emailnya melalui tablet Huawei Mate Pad Pro miliknya dan meneliti email yang diterima daripada En Daniel(Penolong Projek) dari Syarikat Mega Architect. Email tersebut bersertakan model pelan perumahan elit tersebut. Setelah memastikan dia dan pembantu-pembantunya serta barang-barang untuk membuat kek tersebut lengkap dan yakin dapat melaksanakannya, Jane menghubungi En Daniel. Setelah memaklumkannya serta kemungkinan harga kek tersebut Jane menamatkan panggilan.

Jane kemudian turun ke bawah dan membuat mesyuarat tergempar dengan pekerja-pekerja nya setelah memastikan pelanggan tiada.Penanda "REHAT" dipaparkan di kaca pintu bakery serta pintu masuk kawasan bakery agar pelanggan tak tertunggu- tunggu.

"Okay begini, tadi saya dihubungi oleh pihak Syarikat Mega Architect, En Daniel (Penolong Projek). Syarikat nya itu akan melakukan Majlis Perasmian Tapak Perumahan Elit yang dilaksanakan dibawah En Zein kalau korang perasan,lelaki lesung pipit semalam. Okay back to story. Kek yang ditempah hendaklah mengikut gambar model pelan perumahan elit yang diberi. Saya telah terima dan yakin kita mampu melakukan bersama-sama". terang Jane jelas sambil menunding jari ke arah paparan projector di hadapannya.

"Baik Chef!Kami yakin mampu melakukan bersama-sama!" balas pekerja-pekerja nya bersama-sama.

Tersenyum dan berasa bangga Jane kerana ada pekerja seperti mereka.

"Oh ya, lagi satu. Majlis ini akan dilangsungkan di Hotel Melington pukul 10 am esok.Semua take note." tegas Jane.

"Adam dan Gabriel sediakan bahan kek. Haeil sediakan barang untuk pakai dan yang patut.Yang lain seperti biasa di bahagian serve pelanggan.Okay?" arah Jane jelas tentang tugas mereka.

"Baik Chef Jane!" jawab mereka serentak dan segera melakukan apa yang ditugaskan Jane.

Mesyuarat tergempar tersebut diadakan di ruang rehat kerana mempunyai ruang mesyuarat dan projector.

Setelah memastikan maklumat disampaikan, Jane berlalu ke dapur bakery.Di bahagian tengah dapur terdapat ruang menempatkan kabinet lapang(Kitchen Island) yang membolehkan mereka menyiapkan kek tempahan.Dan di belah kanan terdapat 6 oven besar manakala sinki berhadapan tingkap panjang menghadap laluan belakang kedai. Jadi semasa membuat tempahan tingkap dan pintu dapur dibuka untuk pengudaraan. Dapur bakery berwarna merah hitam dan putih.

Daniel dan Gabriel kembali membawa barang-barang untuk membuat kek tersebut.Mereka memberitahu terdapat beberapa item yang kehabisan. Contohnya, pewarna hitam, pewarna chocolate tanah untuk membuat model jalan untuk tempahan tersebut dan beberapa barang lain.

"Okay,kalau macam itu saya pergi beli barang yang diperlukan.Adam, Gabriel dan kamu Haiel (junior kepada pembantunya) siapkan adunan kek mengikut resepi yang saya beri.Saya pergi sekejap.Okay?" arah Jane.

Pembantu-pembantunya menganguk mengiyakan kemudian menjalankan tugas masing-masing.

Jane naik ke tingkat atas, office nya untuk mengambil handbag dan telefonnya dibawa bersama-sama kerana nota barang-barang untuk membuat kek tersebut ada disalin ke dalam telefon pintarnya.

Setibanya dia ke bawah, Jane berpaling ke arah suara lelaki yang dikenalinya.

"Hi Chef." tegur Zein sambil tersenyum.

"Hi....."jawab Jane terkebil-kebil.

"Saya ikut sekali okay?" Zein bertanya.

"Ikut?Ke mana?" tanya Jane kepelikan.Dia terlupakan dia perlu keluar membeli barang kek.

'Pek' Jane menepuk dahinya setelah tersedar kebodohannya kemudian tersengih memandang ke arah Zein.

Zein pandang Jane. Kemudian tergelak kecil. "Comel jugak dia ni lah" gumam hati Zein. Zein mengangkat kening kemudian membuat simbol okay "Okay?" seolah bertanya dengan isyarat.

Jane teragak-agak sambil memandang sekeliling.Pekerjanya di kaunter memandang ke arahnya kemudian mengisyaratkan "Okay". Okay".

Kemudian Jane memandang ke arah Zein dan menganguk mengiyakan. Mereka menaiki kereta Zein ke pasaraya berdekataan serta kedai menjual barang membuat kek.

Selama di dalam kereta, masing-masing senyap tak tahu apa yang patut di bualkan.

Setelah sampai ke pasaraya,kereta diparkirkan berdekatan bagi memudahkan barang dimasukkan ke dalam kereta nanti.

Jane dan Zein berjalan beriringan masuk ke dalam pasaraya. Zein mencapai troli dan menolak.

Mereka ke arah bahagian susu, telur, butter, buah-buahan segar dan banyak lagi.Jane memilih dan memasukannya ke dalam troli manakala Zein setia mengikuti Jane kadang-kadang dari belakang, kadangkala dari sisi. Zein memerhatikan tingkah Jane yang teliti dengan setiap produk yang dipilihnya.

"Zein" panggil Jane sambil menoleh ke arah Zein.

"Ya?" cerah mata Zein dipanggil begitu lembut.

"Awak tolong ambilkan cheese belah sana boleh?" Jane bertanya sambil menunjuk ke arah rak sebelah.

Zein menganguk mengiyakan kemudian berlalu.Separuh jalan Zein berhenti kemudian menoleh dan kembali ke Jane.

Jane pelik dan bertanya "Kenapa?"

"Cheese apa ye?" tanya Zeil kebingungan.

Tergelak kecil Jane dibuatnya melihat telatah Zein yang comel tak tahu itu. Silapnya juga tak bagitahu awal-awal cheese apa kan.Heheh.

Setelah itu Zein berlalu ke rak bersebelahan untuk mencari cheese yang diminta Jane. 5 minit kemudian Zein sampai dan memanggil Jane dari jauh.

"Awak!" sambil menayangkan cheese yang dipinta Jane tadi.

Jane tersenyum melihat telatah Zein.

Dalam tak sedar mereka semakin selesa bersama-sama.

Setelah membeli barang yang diperlukan mereka membayar dan memandu keluar dan singgah ke kedai menjual barang kek.Di kedai itu mereka tidak mengambil masa yang lama kerana kedainya tidak terlalu besar, barang mudah dicari dan Jane sudah biasa kerana selalu membeli stok barang keperluan membuat keknya.

Dalam pukul 2 mereka sampai di bakery. Jane memanggil pekerja-pekerja nya untuk mengangkat barang bersama-sama Zein.

Jane mengajak Zein singgah menikmati coffee namun ditolak kerana Zein ada urusan lain.

"Terima kasih ya temankan saya beli barang" ucap Jane lembut sambil memandang ke arah Zein.

"It's okay 😊.But.Saya nak upah boleh?" tanya Zein.

Upah😲

"Awak belanja saya esok malam.Pukul 8 saya ambil awak di sini.Okay?" kata Zein sambil perlahan-lahan berundur ke belakang dan pusing menuju ke keretanya.

Tak sempat Jane menjawab, Zein berlalu pergi.

Jane mengaru kepalanya. "Sengal kau ni Jane" monolog Jane.

Jane kemudian masuk ke dalam Dan menuju ke dapur sambil tersengih Dan tersenyum sendirian.Hatinya terasa gembira.

"Wah Chef, happy nampak..." tegur Chloe.Sudah kali ketiga pekerja nya menegur perubahannya itu semenjak pula dari membeli barang bersama Zein.

Jane sengih sendirian setelah menyedari kelakuannya kemudian segera masuk ke dapur.

Jane dan pembantu-pembantu nya sibuk menyiapkan kek yang ditempah sehingga jam menunjukkan pukul 6 petang. Tinggal hiasan mudah sahaja. Hiasan itu akan dilakukan keesokkan memandangkan pekerja-pekerja nya keletihan. Setelah memastikan dapur dibersihkan dan bekery dikemaskan serta suiz elektrik dipadamkan, Jane mengunci pintu kedainya dan memandu pulang. Sebelum pulang, Jane memesan kepada pembantu-pembantunya agar tiba awal di bakery untuk sentuhan akhir tempahan kek tersebut dan perlu menghantar awal kek tersebut sebelum majlis bermula.

Dalam perjalanan pulang, Jane teringat kembali kisah petang tadi. Dia tersenyum kembali. "Comel sungguh perangai Zein ni". Semasa berhenti di trafik light Jane memegang dadanya. "Kenapa dengan aku ni?Tak kan lah semudah ni aku suka kan dia?" Jane monolog.

Lampu hijau kembali.Jane meneruskan pemanduan dengan berhati-hati sambil mendengar lagu bagi menghilangkan perasaannya itu.

Setiba di rumah dia memanaskan nasi dan memasak lauk simple iaitu sup ayam bersama-sama sayur kangkung yang ditumis sambal.Hidangan dimakan sambil menonton tv.Setelah itu dia membersihkan diri, memastikan pintu dikunci kemudian dia membaringkan diri di katil empuknya.Beberapa minit kemudian Jane terlelap mungkin kerana terlalu penat seharian ke sana ke sini. Sebelum tidur Jane menetapkan jam locengnya di telefon pintarnya bagi memudahkan dia bangun nanti.Bukan apa takut terlajak tidur kerana kepenatan.