webnovel

Kerana Sayang

Disebabkan hinaan dari orang yang pernah dicintainya meninggalkan satu kesan yang dalam dalam hati dan hidupnya.Dia sudah tidak mempercayai lelaki dan tak mempercayai cinta lagi. Namun kehadiran seorang lelaki berlesung pipi yang selalu bermain di fikiran Jane mengugat perasaannya. Mampukah Jane temui cinta & lelaki yang menyayanginya sepenuh hati? Zein seorang lelaki arkitek berjaya tertarik dengan penampilan dan karakter Jane.Baginya Jane lain dari perempuan di luar sana yang asyik mengejar dirinya semata-mata kerana harta yang dimiliki. Kehilangan orang yang sangat sayangkan diri Kita sangat menyakitkan, tapi disebabkan Kita Tak pernah bersyukur dan rasa tak pernah cukup dengan apa yang ada, akhirnya membuatkan kita kehilangan dia. Daniel Cuba mengejar & mendapatkan kembali cinta Jane, namun semuanya sudah terlambat. Kisah dua lelaki yang sangat mencintai seorang wanita. Siapakah akan kekal di sisi Jane buat selamanya? Akan kah mereka mencapai bahagia setelah dugaan demi dugaan dilalui, setelah banyak perkara memisahkan mereka?

JH_Dream · General
Not enough ratings
37 Chs

Hari Perasmian dan Makan Malam Bersama

Jane bangun awal harini. Pukul 6.30 am, Jane membuka mata sedikit untuk melihat jam digital di atas meja sisi katilnya.

Buka sahaja mata dan mengeliat sedikit, dia terus mencapai telefon pintarnya dan menghantar pesanan ringkas kepada pekerja-pekerjanya.

"Selamat pagi semua.

Sila bersiap segera.TERUTAMA sekali pembantu-pembantu saya,awak bertiga perlu ada di kedai sebelum pukul 7.30.

Siapa lambat akan DIHUKUM😈.

Yang lain boleh datang seperti biasa,tetapi segera menjalankan tugas kalian seperti biasa.Thank you" - Chef Jane.

10 minit kemudian

"Ting"

Gabriel membalas "Baik bos & good morning juga.Saya dah bangun😁"

"Good Gabriel." balas Jane

"Awak semua akan bersarapan di bakery saja nanti. Apa guna pantry di bilik rehat awak semua kan😋Saya akan buatkan coffee,siapa lambat nasib ya kalau habis" sakat Jane sebelum dia berlalu untuk mandi.

Memandangkan pagi lagi dan cuaca sejuk, air mesti sejuk juga kan..Jadi Jane mandi menggunakan hot water.

Usai mandi.Jane mencapai telefon dan membuka pesanan yang diterima daripada group "D'licious J' Crew. Tersenyum melihat telatah pekerja-pekerjanya.

"Aip2 chef!" balas Adam

"😴 chef 5 min lagi ye. Pstt..chef jgn terkejut tengok saya dah sampai awal pula nanti.Lol🤣" balas Haiel

Yang lain masih belum membaca pesanan yang dihantar oleh Jane. "Hm,takpelah..janji pembantu-pembantu aku dah bangun and respon" gumam Jane.

Jane mengenakan Jumpsuit jean hitam bersama sweatshirt kuning. Rambutnya yang dikeringkan menggunakan pengering rambut tadi di bun tinggi kemudian disarungkan cekak pearl. Jane mengenakan makeup ringkas, mascara, sedikit foundation kemudian disapu bedak compact dan sedikit blusher peach. Eyeshadownya pula ditata dengan sentuhan eyecream stick Stardust dan sedikit Kitkat dari jenama Obsess.Tidak terlalu over tetapi masih nampak cantik dan menjimatkan masa Jane. Setelah memastikan makeupnya cantik, dia mencapai handbag dan telefon. Jane menyarung kasut Nike Air Force 1(Brown Little Daisy) yang dibelinya melalui Shoppe minggu lalu dan mencapai kunci kereta yang disangkut sekali bersama-sama kunci rumah.

Setelah memastikan pintu dikunci Jane memandu keluar.

Dia sampai di bakery kira-kira jam 7.20 am. Sampai sahaja di depan bakery dia tersedar yang ada orang telah sampai dahulu sebelum dia.

Siapa ya? Jane perlahan-lahan memasuki kedainya untuk melihat gelaran yang sampai awal itu.

"Ha!!!" sergah Jane semasa membuka pintu bilik rehat.

"Mak!!!" jerit Adam sambil memandang tepat Jane. Pucat mukanya sebetar.

Terkekek-kekek Jane dibuatnya.

"Chef....!! Terkejut saya laaa.." rungut Adam sambil mengugut untuk menumbuk Jane.

Jane mengejek Adam sebelum berlalu pergi ke office nya.

Setelah menukar kasutnya serta memakai apron Jane turun ke bawah dan membancuh coffee seperti yang dijanjikannya.

Semasa di dapur,dia kedengaran suara Gabriel dan Haiel.

Mereka dah sampai.

Jane membawa dulang yang berisi seteko air coffee dan beberapa biji cawan.

Mereka bersarapan roti dari bakery itu sendiri. Jane memang membenarkan pekerja-pekerja nya menjamah roti yang bakerynya dihasilkan.

Setelah beberapa minit berlalu jam menunjukkan pukul 8, mereka segera menyambung kerja menyiapkan tempahan kek Syarikat Mega Architect itu.

Pekerja-pekerja nya yang lain membuka kedai dan menambahkan apa yang patut ke dalam rak display makanan setelah usai bersarapan.

Jam menunjukkan pukul 9 pagi.

Kek tempahan itu telah siap dengan sentuhan terakhir Jane.

Setelah memastikan kek itu perfect,Jane menyimpannya kembali di dalam peti sejuk sebelum memasukkan ke dalam kotak khas.

Jane naik semula ke office untuk memaklumkan En Daniel (Penolong Projek) tersebut yang kek telah siap.

En Daniel meminta kek tersebut dihantar sebelum pukul 10.

Jane segera memaklumkan pekerjanya Adam dan Gabriel untuk memasukan kek itu ke dalam kotak khas dan memindahkannya ke dalam van penghantaran khas milik bakerynya.

Pembantunya, Adam memandu ke hotel tersebut manakala Jane menjaga kek tersebut daripada mengalami kerosakkan.Setelah beberapa minit, mereka tiba di lobi hotel dan segera menghubungi En Daniel.

En Daniel segera berjumpa Jane dan menunjukkan arah majlis itu dilangsungkan.

Kek diletakkan di atas troli khas kerana ianya terlalu besar.

Kek tersebut diletakkan di bahagian tengah pentas yang besar. Ketika itu, tetamu-tetamu majlis sudah hampir ramai yang tiba.

Rata-ratanya yang berstatus berada.

Sewaktu hendak keluar dari dewan majlis itu dilangsungkan, Jane terlanggar seseorang.

"Aww..Maaf,maafkan saya." kata Jane sambil menunduk berulang kali. Takut kerana majlis ini dihadiri orang berada dan dia tidak mahu melakukan apa-apa kesilapan.

"Awak..." balas orang itu.

Jane mendongak memandang gerangan suara itu.

"Zein.." kata Jane perlahan sambil terpana kerana kesegakkan Zein memakai kot berwarna peach dan mengenakan cermin mata.

"Kek dah sampai?" tanya Zein.

"Ha?Ha..dah,dah." tergagap pula Jane

Zein tergelak.

"Wanita di depan aku ni tak pernah tak comel. Gelabah pon masih comel. Alahai hati. Sabar jelah." bisik hati Zein.

"Hahah..okaylah saya kena pergi.Ramai pelanggan dah." pinta Jane.

"Okay.Jumpa lagi..Jangan lupa ya janji awak semalam" kata Zein

"😲....okay bye" balas Jane. Dia terlupa lagi.

Mereka pulang ke bakery menaiki van penghantaran khas milik bakerynya itu semula.

Pukul 12 tengahari.

'Ting' pesanan masuk ke telefon pintarnya.

Jane mencapai dan membacanya.

Dari Zein : Hi.Jangan lupa malam ni.Saya ambil awak pukul 8 pm okay?Please🥺

Jane balas: Hi.Okay...saya ingat.

Jane tersenyum kemudian dia terasa berdebar pula.

"Ah.Baik aku siapkan roti." kata Jane sendirian kemudian bangun dan berlalu ke dapur.

Pukul 7 pm.Jane bersiap-siap.Dia membaiki makeupnya, membersihkan bajunya dari debu-debu tepung dan mengenakan sedikit minyak wangi Dexandra (Midnight Fantasy) kegemarannya.

Jane membenarkan pekerja-pekerja nya pulang awal ke rumah untuk berehat sejak pukul 6 tadi memandangkan mereka terpaksa bangun awal pagi tadi.

Setelah memastikan elektrik ditutup dan pintu kedainya dikunci,Jane berlalu dan segera duduk di bangku di luar bakery.

Tidak lama kemudian Zein sampai.

"Hi awak.Maaf lambat." sapa Zein.

"Eh taklah..Saya memang tutup kedai awal hari ini"balas Jane

Okay jom.

Di dalam kereta Jane bertanya kepada Zein ke mana destinasi mereka.

Zein membalas "Awak tahulah nanti.Jangan risau.Saya bukan orang jahat ye..Hahah" jelas Zein sambil tergelak kecil.

Jane turut tergelak.

Beberapa minit kemudian, mereka sampi di sebuah kedai makan biasa yang menghidangkan makanan barat dan timur.

Jane pernah ke situ bersama-sama dengan keluarganya.

Jane ingatkan Zein ingin makanan mewah.

Tak sangka pula ini pilihannya malam ini.

Mereka melangkah masuk ke dalam kedai dan kemudian duduk di tepi tingkap.Kedai tersebut menghadap laut.

Angin laut kadang-kadang menyapa lembut muka. Sejuk.

Mereka menempah makanan.

Jane memilih chicken chop, mash potatoes dan jus oren manakala Zein pula lebih kepada Hamburger beef grilled, kentang goreng dan jus oren.

Makanan di sini besar-besar portion nya dengan harga yang murah. Kuantiti /portion yang banyak dan gelas minuman yang besar.

Semasa menikmati makanan..mereka berbual-bual mengenai kerja sambil bergelak ketawa.

Usai makan, Jane berlalu ke kaunter untuk membayar bil makanan mereka namun ditahan Zein.

Katanya "Awak,biar harini saya belanja. Nanti awak belanja pula okay?" kata Zein sambil membayar.

"Nanti?" berbunga-bunga hati Jane

"Jom kita berjalan-jalan dekat area sini nak?" tanya Zein.

"Okay.." balas Jane sambil mengorak langkah.

Meraka berjalan-jalan di kedai-kedai sepanjang jalan itu.

Rata-rata menjual barang perlancongan seperti keychain,keropok ikan, baju mandi,pelampung dan banyak lagi.

Kemudian Jane berhenti di sebuah kedai menjual gelang yang boleh mengukir nama.

Jane menempah gelang berukiran "Zein-20.8.20"

Zein pula melakukan perkara yang sama "Jane-20.8.20".

Setelah siap,Jane memberikan gelang tersebut kepada Zein. Zein tidak menyambut malah menghulurkan lengannya untuk minta disarungkan.

"Gedik" jeling Jane kemudian tergelak kecil.

😂 Zein ikut tersengih

Zein kemudian meminta izin dan kemudian mencapai tangan Jane dan terus menyarungkan gelang yang ditempahnya. Jane tidak tahu yang di belakang gelannya itu terdapat ukiran -Z

Begitu juga Zein. Masing-masing membuat pesanan khas untuk meninggalkan kenangan kecil di balik gelang masing-masing.

Oh ya,gelang itu tidak terlalu besar malah halus buatannya kerana diperbuat daripada kayu. Dan ianya berwarna hitam. Mudah disorok di balik lengan baju.

Pukul 10 malam.

Mereka bergerak pulang ke rumah.

Zein menghantar Jane terus ke rumah memandangkan hari sudah lewat.

"Goodnight and thank you Jane untuk malam ni. Oh yaaa, terima kasih juga untuk gelang ni😊" kata Zein

"Awak pon Zein..thank you for tonight. Hati-hati memandu." balas Jane sebelum Zein berlalu pergi.

Jane berbunga-bunga.Setelah mengunci pintu dia segera membersihkan diri.

Usai mandi dia bernyanyi-nyanyi kecil sambil membelek gelang yang diberi Zein dan tersenyum.

Jane memadamkan lampu kemudian tidur. Lena nampaknya tidur Cik Jane kita malam ni.