webnovel

Bab 6

                           Hafiz menoleh ke belakang. Mukanya bertukar pucat setelah melihat suara yang memanggilnya. Ryan! Matilah dia kali ni. Dia berpura-pura tidak dengar. Ryan memetik jarinya. "Kau pekak ke apa?!" marah Ryan. 

                          "Kau dah hilang akal? Datang serang aku lepas tu cakap aku pekak. Apa masalah kau?" tanya Hafiz dengan nada biasa. "Kau tanya apa masalah aku? Kau dah rosakkan adik aku, lepas tu kau lepas tangan bila dia mengandung anak kau. And now, kau musnahkan rumah tangga dia!" kata Ryan dengan amarah yang masih berbaki.

                            Hafiz ketawa. "Apa bukti kau yang dia mengandungkan anak aku? Dia kan dah kahwin, mesti tu anak dia dengan suami dia. One more thing, kau pun tahu yang adik kau liar. Masalah rumah tangga dia bukan berpunca dari aku, tapi dia. Adik kau yang gila bayang dengan aku."

                            Ryan sudah hilang sabar! Dia menarik kolar Hafiz. Baru dia mengangkat penumbuknya, Jannah datang meleraikan mereka. "Bos, sabar bos. We can settle this in another way." kata Jannah lalu meletakkan tangannya di dada Ryan. Hafiz melihat Ryan dengan senyuman. Bagaikan pesakit psycho. 

                         "New chick huh? Adik dengan abang sama je. Player. Abang dasar touch and go, adik macam perempuan murahan." kata Hafiz. Belum sempat dia mengangkat tangan untuk menampar Hafiz, Jannah yang membuat terlebih dahulu.

                        "Mr Rude, you don't deserve to be respected in the first place. You don't know his true colour and his family. How dare you accuse him for this nonsense?" jerit Jannah. "I'm not his mistress or a woman whom you can buy or say whatever you please." sambungnya.

                         Hafiz menuju keluar. Malu. Dia ditampar di depan semua orang. Ryan yang agak terkejut dengan perbuatan Jannah memandang ke arah wanita itu. "Are you okay? Sorry for his behaviour." kata Ryan. Jannah mengangguk lalu berjalan keluar.  Sakit hati!

                        Petang itu, usai sampai ke rumah Jannah menghempaskan dirinya ke atas sofa. 'Kurang ajar punya laki! Dia hina aku. Dia ingat aku perempuan murahan?' telahnya dalam hati. Telefonnya berdetik. Mesej dari Sherine. 'Babe, how's your day at work? Is your boss handsome? Oh gosh. Spell the tea later if you're free.' Jannah malas mahu menjawab.

                        Mengingatkan kembali apa yang berlaku, dia terasa sedih. Perkara yang lalu pun cukup menyakiti hatinya, tambahan pula tuduhan begini. 'If only I can run away from here.' telahnya dalam hati lalu perlahan-lahan dia terlelap.

                        Ryan masuk ke pejabat untuk melihat Jannah. Dia tak datang. 'Ni mesti pasal semalam' Fikirnya. Azrina yang berada di belakang bosnya memegang bahu bosnya. Ryan menoleh. Dia berdehem sedikit. "Yes?" tanya Ryan. "Tengku, tengku cari cik Jannah ke?" Ryan mengangguk. "Urmm... Dia mungkin akan lambat sikit hari ni. Dia cakap dia ada emergency." sambung Azrina.

                         Khalil yang berjalan terkedek-kedek dengan punggungnya serupa macam itik gemuk datang dari arah belakang. "Good morning, bos, Azrina. Ada apa-apa 'tea' ke?" tanya Khalil. Sekali pandang rasanya dia ni sepatutnya dilahirkan menjadi perempuan bukan lelaki. Ryan menggeleng. "You ni, tak ada kerja ke? Pagi-pagi dah nak membawang. Cuba tukar perangai sikit. Boleh tak?" jawab Ryan.

                          Khalil menarik muka. "Ye la bos, maaf. Saya ni tanya je. Manalah tahu kot.." 

                          "Kot-kot you boleh buang perangai makcik bawang you tu. By the way, jangan lupa eh, I nak report tentang projek  kita di Melaka. By. This. Evening. Kalau I tahu you balik awal dan tak siapkan report tu, I akan potong gaji you this month." kata Ryan mengugut.

                            Azrina tergelak kecil. Ryan berlalu pergi ke biliknya. Khalil mencebikkan bibir. "Asyik-asyik nak aku siapkan report tu. Aku selalu habiskan apa." Azrina memandang ke wajah Khalil. "Really? Report yang lain pun kau tak siap, tambah pula yang ni. Goodluck, nyah." kata Azrina lalu menjelirkan lidah kepada Khalil yang masih lagi dengan riak wajah tidak puas hati.

                             Hazhirah memandang ke arah Dania yang leka bermain dengan Amer. Indahnya kalau dia mempunyai anak lelaki sebagai adik kepada Dania. Hazhirah membuka komputer riba miliknya dan memeriksa e-mel miliknya. "Tak sangka pula banyak e-mel aku." Dia memadamkan e-mel yang sudah dibaca. Katanya, e-mel yang sudah dibaca perlu dibuang untuk membantu alam sekitar.

                            "Assalamualaikum, sayang." panggil Ryan. Tiada jawapan. 'Aik, bini aku lari rumah ke?' telahnya dalam hati. "Sayang? Sa.." Ryan terkejut melihat biliknya dihias dengan belon yang bertulis 'Happy Birthday, b.' Dania datang dari arah belakang dengan menyanyikan lagu happy birthday kepada papa nya. Si kecil Amer pula berjalan terkangkang-kangkang menuju ke arah Ryan. "Where's mama?" tanya Ryan bila kelibat isterinya tidak kelihatan.

                              Dania mengangkat bahu tanda tak tahu. Hazhirah menutup mata suaminya. "Cuba teka, siapa ni?"

                              "Selalunya, kalau tangan lembut macam ni tak lain tak bukan isteri abang la." kata Ryan sambil mengalihkan tangan isterinya lalu menarik Hazhirah ke dalam pelukan.

                               Sungguh bahagia! Kelihatan seperti Adam & Hawa. Sangat sepadan. Setelah memotong kek, Ryan membahagikan kek kepada Dania dan Amer. Dania dan Amer makan kek sampai bersepah. Ryan tersenyum. Comel!

                               Usai membersihkan diri, Ryan duduk di atas hammock chair miliknya. Dia meminta nombor telefon Jannah dari Azrina sebentar tadi. 

                               Jannah yang baru keluar dari pejabat mendapatkan telefonnya yang berdering di dalam beg tangannya. "Hello, who's this?." tanya Jannah. 

                             "It's me. Tengku Ryan. I just.. want to check in on you." kata Ryan dengan nada perlahan. 'Mimpi apa pula dia ni tiba-tiba telefon aku?' telah Jannah  dalam hati. "Ouh..urmm.. Saya okay, bos. Maaf tadi masuk office lambat." balas Jannah.

                                Ryan berhenti sebelum menyambung  "I want to say sorry for whatever had happened. He's a jerk." Jannah ketawa kecil. "Bos, let him be. If a person is like that, better leave them. Cause one day, they will regret their decision. My mum always say that one day, the person who broke our heart or hurt our feelings will be haunted by their own action. Depends on time and years." kata Jannah panjang lebar.

                              "Okay, have a nice day. Goodbye." kata Ryan lalu mematikan talian. Hazhirah memeluk suaminya dari belakang. Ryan yang terkejut tidak membuat apa-apa. Mukanya pucat. "Who call you?" tanya Hazhirah lembut.  "No one. Office matters." jawab Ryan mengelak.

 

                               Hazhirah memegang tangan suaminya menuju ke arah katil lalu duduk. "B, I ingat nanti I nak pergi shopping. I dah janji dengan Rina." kata Hazhirah. Ryan tersenyum. "Okay, you can go. But when?"

                              "Tomorrow" jawab Hazhirah pendek. Ryan mengangguk. Dia mengusap pipi isterinya lembut.

Keesokkan hari....

                                 Setelah habis meeting, Ryan keluar dari bilik meeting dan memeriksa telefonnya yang bergetar sebentar tadi. Mesej dari Jefri!

                                 'Bos, as you asked me to do some research regarding that women, and I am sorry to inform that... She's not an ordinary person. She... is the one that... That night. Saya akan datang jumpa bos petang nanti.' - Jefri

                                 Jannah yang sedari tadi memerhatikan riak wajah Ryan dari jauh menegur bosnya. "Tengku, anything wrong?." Ryan berdehem perlahan. "Yang you ni tak ada kerja? Pergi buat kerja you." jawab Ryan selamba.

                                 Jannah cepat-cepat menyambung kerjanya. Takut kena marah pula dengan mamat hantu di hadapannya tu.

                                "So, apa yang kau dapat pasal pompuan tu?." tanya Ryan dengan nada serius.

                                 Jefri menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab. "Sangkaan bos betul. Memang dia. Jannah Binti Fazli. Perempuan yang sama pada malam tu. Memang dia."

                                Ryan meraup wajahnya. 'Jadi... Memang dia. Sangkaan aku betul!Macam mana aku nak sorokkan benda ni dari pengetahuan Hazhirah?'

                                 Hazhirah tersenyum melihat Amer dan Dania yang tidur di sampingnya. Siang tadi dia ada menerima panggilan dari Amylia. Dia membuat keputusan untuk tinggal di rumah ibu dan ayahnya buat sementara waktu. Dia telah membuat Hazhirah berjanji untuk tidak memberitahu abangnya. Kalau dia tahu, masaklah dia!

                                 Ryan membuka pintu bilik. Dia melihat isterinya yang sedang mengusap lembut kepala Amer. "Hi, sayang." bisik Ryan perlahan sambil menutup pintu.

                                  Dia berjalan terjengkek-jengkek menuju ke arah katil. Dia mencium ubun-ubun isterinya. "B, tadi I call office tapi Azrina cakap you dah keluar." kata Hazhirah. Ryan memegang kedua belah telinganya. "Sorry, I busy sangat. By the way, apa yang you beli masa shopping tadi?."

                                 Hazhirah mengeluarkan dua utas jam tangan. "I tempah dah lama dah. I bincang dengan seller tentang features yang I nak untuk jam kita."

                                 Jam yang berwarna biru tua dengan belang berwarna putih dipakaikan di pergelangan tangan Ryan. "Yang ni ada features glow in the dark and magnet, which means that it always connect us together although we're far away. 

                             "Thank you, sayang." balas Ryan.  "Belum lagi, b. Ada satu lagi." Hazhirah mengeluarkan seutas rantai. Dia membuka rantai itu. Terdapat gambar Hazhirah di dalamnya.  Ryan melihat isterinya dengan riak wajah keliru. "Ni sebagai tanda yang apa pun you nak buat, you akan sentiasa ingatkan I. Sebab I nak I je yang ada dalam hati you. Bukan orang lain." sambung Hazhirah lagi. Sempat lagi dia mencuit hidung suaminya. 

                              Ryan tersenyum. "I kan dah janji, you cinta hati I sampai bila-bila sayang." Dia mengusap tangan isterinya lembut. Amer yang terjaga dari lena menangis. "Well, I guess it's my turn now." jawab Ryan. Mereka berdua ketawa.

                             "We need to talk. " sapa Ryan kepada Jannah yang masih tertumpu kepada komputer di hadapannya. Jannah memandang sekilas ke arah bosnya. "Kejap ya, bos. Maybe we can meet up during lunch?" ujar Jannah. 

                              Ryan menggeleng tanda tak setuju.

                           "Now." tegas Ryan. 

                            Jannah membuat isyarat untuk Ryan duduk.  "Anything?" soal Jannah.  "Look, I need to ask you something. Is it... Is it true that you... You are Jannah binti Fazli?" soal Ryan dengan nada perlahan. 

                          Jannah tidak  menunjukkan sebarang reaksi. "Ya, dalam resume saya kan ada tulis. Lagipun, apa yang penting sangat?" jawab Jannah selamba. "Ish, bukan itu la maksud I. Did you remember me? I ni sama college dengan you.  Wait, maybe you will be familiar with this name. Urh... Shah? Shah Touch n' Go?" sambung Ryan. 

                         "Ouh, bos ada jual kad Touch n' Go ke dulu?" jawab Jannah dengan wajah blur. 

                         "You memang selalu blur eh? I ni tanya mana tahu kot- kot you familiar dengan nama tu. Buang masa ja cakap dengan you ni." rungut Ryan lalu keluar. Malas mahu melayan! Lagi melayan lagi tu kerja dia tak siap. 

                         Jannah  ketawa kecil. Sengaja dia berbuat begitu. Kalau tidak, memang panjang lagi lah conversation dengan Ryan. Daripada dia melayan lelaki itu, lebih baik dia menyambung kerjanya. Kalau tak siap, kena bebel pula!