webnovel

Everything Is You

Hope World Ent. represent Everything Is You Original Tittle: It's All About You by Mei Xuan Main cast: • Medina Arryanna • Imran Hakimi Synopsis: Imran Hakimi,siapa yang tidak kenal akan jejaka ini? Satu Malaysia mengenal dia sebagai satu-satunya ahli perniagaan yang terkenal. Namun,dia juga seorang mafia yang berbahaya dan amat sukar untuk ditangkap oleh pihak berkuasa. Kerana dia bijak! Bijak memanipulasikan keadaan. Medina Arryanna,dia seorang gadis yang cantik,cerdas dan bijak. Tidak hairanlah kerana dia ialah anak seorang jutawan terkenal di Malaysia. Namun,kematian ibu bapanya memberikan impak yang besar kepadanya. Dia berubah 360° apabila mengetahui siapa dalang disebalik kematian mereka. Perjanjian perkahwinan dengan Imran Hakimi bukanlah atas kehendaknya sendiri pada mulanya. Namun,demi menegakkan keadilan atas kematian orang tuanya dia terpaksa dan harus. Pelbagai cobaan dan rintangan telah dihadapi oleh Medina sebagai seseorang yang bergelar isteri kepada Imran. Mampukah dia bertahan? Apakah keadilan atas kematian ibu bapanya berjaya dituntut?

MeiXuer · General
Not enough ratings
13 Chs

05 “There’s no turning back”

___________________________

Medina membuka pili sinki lalu membasuh tangannya kemudian dia melihat wajahnya di cermin serta merta peristiwa malam itu kembali berlayar di kepalanya. Dia menggeleng perlahan.

"kau kena kuat Yanna..wake up move on yes you can do this"

Medina cuba memberikan semangat kepada dirinya. Kemudian,wajahnya dibasuh lalu dilap dengan tisu yang memang sudah disediakan dalam tandas itu dan segera melangkah keluar dari tandas.

Medina sedang asyik membetulkan bajunya tanpa sedar dia terlanggar seseorang.

"sorry,sorry"

ucap orang itu lalu segera berlalu pergi.

"takpe it's okay"

Medina mengangkat wajahnya.

"suara tu"

dia berpaling ke belakang mencari kelibat orang yang melanggarnya tadi. Namun,kelibat orang itu hilang. Medina menghela nafas. Hampa.

____________________________

"kau yakin dengan keputusan yang kau buat ni?"

soal Victor,seorang lelaki cina botak yang berumur dalam pertengahan umur 20-an. Lengannya bertatu naga sehingga ke belakangnya.

"ya aku yakin dengan keputusan aku"

ucap seorang lelaki bertopi.

"good"

ucap Victor. Dia menuju ke meja yang terletak sepucuk pistol.

"but aku nak bagi tahu,once kau masuk…"

Victor berpaling menghadap lelaki bertopi itu lalu berjalan menuju ke arahnya.

"there's no turning back. Welcome to Dragon,Jack"

pistol yang diambilnya tadi dihulurkan kepada lelaki bertopi yang bernama Jack itu. Huluran disambut.

____________________________

"bos"perbualan antara Imran dan Badrul terhenti apabila Hans tiba-tiba masuk. Dia mengarahkan Badrul keluar terlebih dahulu.

"takpe kau settlekan dulu apa yang patut,the rest let's talk about it next time"

"okay bos,aku minta diri dulu"Badrul tunduk hormat lalu keluar dari bilik itu. Hans memandang Badrul yang keluar dari bilik itu lalu mendekati Imran yang sudah berdiri bersandarkan mejanya. Lolipop dibuka dan dimasukkan ke dalam mulut.

"hmm..apa dia,kau dah settlekan apa yang aku suruh kau buat?"soalnya dingin.

"sudah bos,sekarang tinggal tunggu isyarat dari Wolf. Dia baru dapat detect location dia"Imran mengangguk. Dia berpuas hati dengan apa yang berlaku.

"bagus"Imran berdiri tegak kembali lalu menuju ke tempat duduknya.

"bos,sebenarnya ada benda lain yang saya nak inform"

"apa dia"

"informer kita Haziq,dia dah dapat maklumat siapa dalang kes tu"Imran terkaku. Tangan dikepal cuba untuk menahan rasa marah yang tiba-tiba membuak. Hans menunggu arahan seterusnya dengan sabar. Imran memandang Hans dengan wajah yang serius. Hans sudah berdiri tegak menanti arahan yang akan diberikan.

"panggil Chen,suruh dia datang jumpa aku sekarang"

"baik bos"Hans akur dia tunduk hormat dan ingin keluar.

"dan…"langkah Hans terhenti dia menghadap Imran sekali lagi.

"aku ada job baru untuk kau…"Hans berlagak biasa.

____________________________

Datuk Enrykarl berjalan ke hulu dan ke hilir cuba untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang diahdapinya. Datin Safura yang melihat gelagat Datuk Enrykarl yang dari tadi asyik ke hulu ke hilir membuatkannya pening.

"you! Boleh tak you duduk,pening kepala I ni tahu tak"marah Datin Safura. Datuk Enrykarl duduk di sebelah isterinya.

"I tengah serabut ni you tahu tak"Datuk Enrykarl mengusutkan rambutnya. Datin Safura hanya berlagak tenang.

"I tahu lah you tengah serabut tentang company kita. But,if you keep going like this macam mana problem kita nak selesai? You have to stay calm dear"pujuk Datin Safura. Datuk Enrykarl memandangnya,nafas ditarik dalam.

"you ada apa-apa idea?"soalnya apabila berasa sedikit tenang. Datin Safura tersenyum penuh makna. Datuk Enrykarl menanti dengan penuh tanda tanya.

___________________________

Semua orang sudah pulang. Alyssa dan Syaza sudah diambil oleh Puan Faridah. Ha Shen pula ada janji temu dengan Harold dan kini tinggal Medina seorang diri dalam cafe itu. Sebenarnya dia boleh sahaja pulang terlebih dahulu kerana dia membawa kereta sendiri hari ini. Namun,insiden dia terlanggar seorang lelaki yang suaranya mirip Kamarul membuatkan dia sedikit terganggu.

"ahh,kau ni Yanna. Kenapa kau nak kisah pasal dia lagi? Dia tipu kau pun kau masih sayang dekat dia ke? Come on la move on"Medina bercakap dengan diri sendiri. Jus oren yang kini tinggal separuh dihabiskan lalu membuat keputusan untuk beredar dari cafe tersebut.

Sebaik tiba di hadapan keretanya. Terlihat sebuah kereta besar menghadang keretanya. Medina mulai berasa tidak puas hati. Dia bercekak pinggang.

"siapa punya kereta la pulak ni…mentang-mentang kereta mahal nak show off pulak dah kalau ye pun jangan lah hadang kereta aku"dia memandang ke sekeliling kalau-kalau dia terjumpa dengan pemilik kereta tersebut. Namun, tiada.

Akhirnya,Medina membuat keputusan drastik. Kunci kereta dibuka lalu hon ditekan berulang kali. Beberapa orang yang berjalan kaki di situ memandang ke arah Medina. Ada yang hanya membuat tidak tahu dan ada juga yang menggeleng kepala mungkin sebab tindakan Medina yang tidak wajar atau pun sebab pemilik kereta yang menghadang kereta Medina. Siapa tahu.

Dari kejauhan,seorang lelaki berkaca mata hitam mengarahkan orangnya untuk mengalihkan kereta tersebut,mungkin pemandu peribadinya. Dengan pantas lelaki itu datang ke arah Medina dan meminta maaf.

"maaf cik,saya akan alihkan kereta ni segera"ucapnya. Medina mendengus geram.

"lain kali jangan tinggalkan kereta tu takde orang. Kalau orang nak keluar kan susah"bebel Medina. Lelaki itu tunduk meminta maaf sekali lagi lalu segera menghidupkan enjin keretanya dan memberi ruang untuk Medina keluarkan kereta.

"aku nak kau cari maklumat pasal perempuan tu"arah lelaki berkaca mata hitam itu tadi dari kejauhan. Matanya memandang kereta yang dipandu Medina berlalu pergi.

"baik bos"balas orang suruhannya.

___________________________

TO BE CONTINUE...