99 Kita Bertemu Lagi

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Baik tuan!" jawab Chang An selepas menerima arahan itu.

Dalam perjalanan ke balai polis, Xinghe memerah otaknya untuk mencari jalan keluar.

Pertandingan Pengodam akan bermula jam 10.30 pagi. Segala-galanya akan baik-baik sahaja jika dia boleh sampai ke tempat pertandingan sebelum waktu itu.

Kini sudah jam 10 pagi …

Walau bagaimanapun, Xinghe dapat berasakan dia tidak dapat melepaskan diri daripada masalahnya ini dalam tempoh setengah jam.

Perasaannya terbukti apabila kereta tiba di balai polis.

Apabila kereta polis berhenti, dia melihat Wushuang dan Wu Rong turun dari limusin mewah.

Dibelakang mereka seorang peguam yang berpakaian kemas.

Tidak kira bagaimana dia mencuba, Wushuang tidak dapat menyembunyikan senyuman di wajahnya apabila dia melihat Xinghe duduk di dalam kereta polis seperti seorang penjenayah.

Pasangan ibu dan anak sengaja berjalan melalui kereta polis apabila Xinghe diiringi dari situ.

Wushuang menambah dengan tajam, "Xia Xinghe, mesti kamu tidak jangka semua ini kan? Kamu fikir kamu telah menjatuhkan saya sewaktu drama 'saya telah fitnah kamu' tempoh hari? Hah! Lihatlah sekarang. Saya langsung tidak apa-apa tetapi kamu akan mendapat balasannya kerana cuba menfitnah saya!"

Sebenarnya, Xinghe tahu kes itu tidak akan berjaya.

Chui Ming mempunyai kuasa dan pengaruh, dengan mudah dia boleh membatalkan kes itu.

Wang dan kuasa boleh membeli banyak perkara.

Xinghe, yang tidak punya apa-apa, tidak mampu untuk mencabar saman fitnah pun dan dipaksa untuk dibawa ke balai polis.

Dia mungkin perlu menghabiskan semalaman di sini…

Xinghe berasakan darahnya mendidih apabila berada dalam keadaan tidak berdaya sekali lagi.

Walau bagaimanapun, dari luaran, dia kekal tenang. Dia menjawab, "Saya gagal untuk melihat kenapa saya harus menerima balasan di atas kecuaian dan kebodohan kamu."

Apabila teringatkan penghinaannya pada pesta ulang tahun itu, kemarahan Wushuang mula membara seolah-olah sebatang mancis yang terkena pada kolam minyak.

Dia benci melihatkan Xinghe seolah-olah tidak terkesan dengan waktu seperti ini.

Wushuang mahu melihat Xinghe gelisah. Dia menambah dengan ganasnya, "Perempuan jalang, saya akan buat kamu menyesal kerana dilahirkan! Peguam Zhang, beritahu dia tentang tuduhan kita!"

Peguam Zhang yang berdiri di sebelah Wushuang memberitahu Xinghe dengan penghinaan pada setiap perkataannya, "Xia Xinghe, Syarikat Chui telah mengalami kerugian besar disebabkan oleh tuduhan tidak berasas kamu. Klien saya menyaman kamu sebanyak 20,000,000 RMB dan kamu berhadapan hukuman sekurang-kurangnya satu tahun penjara! "

"Kamu dengar tak? Satu tahun penjara dan 20,000,000 RMB ganti rugi, Xia Xinghe, keseluruhan harta pusaka kamu pun tidak berharga sebanyak itu tetapi jangan bimbang saya akan memerah sepupu dan pakcik kamu sehabis-habisnya sementara kamu berada dalam penjara! "

Wushuang ketawa terbahak-bahak dan menambah, "Bagaimanapun, jika kamu sanggup berlutut dan merayu pada saya, saya mungkin akan pertimbangkan untuk mengurangkan hukuman itu."

Sememangnya Wushuang dan Chui Ming pasangan yang sepadan. Mereka berdua sadis dan gila. Xinghe ketawa, "Merayu pada kamu?"

Dia memandang Wushuang seolah-olah memandang sekeping sampah dan mengejek, "Kamu tidak layak menerima rayuan saya."

Wushuang dapat merasakan darahnya meningkat. Dia ketawa dengan dingin dan berkata, "Suka hati kamu! Xia Xinghe, kamu akan mengerti apa maksud neraka di dunia! Pada masa itu, walaupun kamu berlutut untuk menjilat kaki sekalipun, saya tetap tidak akan lepaskan kamu!"

"Saya juga ingin memberitahu kamu perkara yang sama, jangan fikir untuk merayu pada saya pada masa akan datang, saya beritahu awal-awal, ia tidak akan berkesan," kata Xinghe dengan tenang.

Perempuan jalang ini masih menganggap dia mempunyai masa depan?

Wushuang dan Wu Rong hampir patah tulang belakang kerana ketawa terlalu kuat. Mereka berasa terhibur.

avataravatar
Next chapter