19 Rin, Kami Datang!

Tiga hari sudah berlalu setelah mereka semua telah mengetahui tentang keberadaan Rin dan yang lain, akhirnya seperti yang dijanjikan oleh Cik Kagamine mereka semua akan ke Putrajaya.

Kazuo sedang duduk berseorangan di kedai makan di Lapangan Terbang Antarabagsa Tokyo. Dia sampai lebih awal dari kawan-kawannya yang lain. Perangainya yang happy-go-lucky itu berubah sama sekali apabila dia mengetahui tentang kawan baiknya Rin dalam masalah. Kenapa dia tidak beritahu saya kalau dia ada masalah. Dia agak marah dan pada masa yang sama kecewa kerana tidak dapat membantu Rin, orang yang telah menyelamatkannya dulu. Saya seorang yang teruk. Dia menghirup kopinya yang semakin sejuk sambil menunggu rakannya yang lain sampai di sana. Akirnya, Tsumiki, Minori, Akira dan Itsuka tiba di sana.

"Konichiwa, Suzuki-kun." kata Itsuka-san.

Kazuo mendiamkan diri.

"Kenapa ni Kazuo? Awak risaukan tentang Rin?" tanya Akira.

Kazuo mengangguk perlahan.

"Kami pun risaukan dia tapi janganlah macam ni. Rin pasti sedih kalau dia nampak awak macam ni." Kata Minori.

Dia pun risaukan tentang keadaan Rin juga. Akhirnya Kazuo dapat bertenang.

"Eh? Mana Kagamine-sensei?" tanya Kazuo.

Kedengaran seseorang sedang mendekati mereka. Dia mngenakan pakaian casual.

"Gome, saya lewat sikit." kata Kagamine-sensei. "Penerbangan kita ada dalam setengah jam lagi. Kamu semua dah bersedia?"

Setengah jam kemudian mereka menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur. Penerbangan yang mengambil masa yang lama itu membuatkan mereka semua agak penat. Mereka semua tertidur.

IMBAS SEMULA

Ia merupakan hari selepas kejadian di gudang lama itu. Memori tentang kejadian itu masih segar dalam ingatan Rin. Dia merasakan dirinya yang menyebabkan rakan-rakannya dalam bahaya.

Rin sedang berada di luar pusat membeli-belah sambil mengenakan pakaian jaket kerana ia merupakan malam yang agak sejuk. Kelihatan kelibat orang-orang berpakaian jaket hitam di sekitar kawasan tersebut. Mereka merupakan orang-orang bawahan Kagamine yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan Rin.

"Fuh, nak ambil angin pun tak selesa." Kata Rin.

Sedang Rin berjalan di kawasan sekitar dia ditegur oleh suara yang dikenalinya.

"Eh, Rin-kun?" Kata Minori. Dia memakai jaket merah jambu kegemarannya dengan mafla putih. Dia kelihatan cantik dengan pakaian tersebut.

"Minori-chan? Apa awak buat kat sini?" kata Rin.

"Takdelah, nak ambil angin je." kata Minori.

Jantungnya berdegup agak kencang kerana dia tidak menyangka akan bertemu dengan orang yang disukainya pada waktu itu.

"Oh, baguslah awak ada kat sini. Ada juga teman saya bercakap." kata Rin sambil menyembunyikan kerisauannya.

Mereka kemudian berjalan ke sebuah taman permainan yang tidak jauh dari situ. Tidak ramai orang yang kelihatan di sana kerana hari semakin lewat.

"Kenapa bawa saya ke sini?" kata Rin, hairan.

"Inilah tempat saya selalu pergi kalau saya ada masa free. Sebenarnya di sinilah saya dan Akira bertemu. Masa tu saya dikejar oleh seekor anjing. Saya cuba melarikan diri tetapi saya terjatuh dan anjing tu hampir mengigit saya. Nasib baiklah Akira sempat menghalau anjing itu." Terang Minori.

"Oh, begitu." kata Rin. Dia teringatkan kejadian serupa yang berlaku padanya semasa berada di sekolah rendah dulu. Pada waktu itu tiada sesiapa dapat membantunya dan hasilnya seluar Rin koyak digigit oleh anjing. Rin ketawa sendiri.

"Apa yang lucu?" kata Minori. Dia hairan dengan gelagat Rin.

"Takde. Saya cuma teringat sesuatu yang melucukan." kata Rin. "Minori.." kali ini Rin agak serius.

"Ada apa Rin?" muka Minori merah kerana nervous.

Dia merasakan seolah-olah Rin hendak confess degan cara percakapan Rin yang agak serius itu.

"Saya...." kata Rin.

Jantung Minori berdegup semakin kencang. Rin apa awak buat ni.. terlalu awal.. saya... sangat sukakan awak.. tapi..saya.. belum lagi..

"Kalau saya pindah ke negara lain dan tak dapat jumpa dengan awak lagi, saya harap kita masih berkawan.." kata Rin.Kata-kata tersebut menghentikan lamunan Minori.

Dia mengalihkan pandangannya ke arah Rin. "Mestilah kita kawan dan mustahil kita takkan bejumpa lagi sebab... saya akan cari awak. Saya akan cari awak sampai dapat." kata Minori dan memberikan senyuman yang manis. "Rin, jangan cakap macam tu lagi.. awak, buat saya risau. Ehehe." sambung Minori.

"Gome. Saya janji takkan cakap macam itu lagi." kata Rin.

Minori membaringkan kepalanya di bahu Rin."Daisuki." katanya separuh berbisik.

"Awak ada cakap apa-apa?" kata Rin.

Minori terus berdiri.

"Takde apa-apalah. Alamak, dah lewat ni. Saya minta diri dulu. Jumpa esok." kata Minori.

"Nak saya temankan awak?"

"Daijobu.." kata Minori dan terus pergi dari situ.

Dia masih tertanya-tanya adakah Rin mendengar kata-katanya tadi? Hujan mula turun. Rin memasang hudnya dan perlahan-lahan pergi dari situ. Dia menoleh semula ke arah tempat Minori jalan tadi. Senyuman terukir di wajahnya kerana dia berasa gembira mempunyai kawan seperti Minori. Perlahan-lahan kelibat Rin hilang di dalam hujan yang semakin lebat itu.

Mereka akhirnya tiba di KLIA. Mereka agak penat setelah melalui perjalanan yang agak jauh iaitu dari Tokyo ke Kuala Lumpur. Kagamine-sensei membawa mereka ke sebuah hotel yang berdekatan dengan pusat bandar untuk bermalam di situ sebelum bertolak ke Putrajaya pada keesokan harinya.

Hotel tersebut dibina hampir seperti senibina istana di eropah. Tidak dapat disangkal lagi ia merupakan hotel 5 bintang. Kazuo pergi ke biliknya manakala Itsuka, Minori,Tsumiki dan Akira berkongsi bilik. Kagamine-sensei tidur di bilik yang berlainan. Mereka semua berada di tingkat 3 hotel tersebut.

Sebaik sahaja masuk ke bilik masing-masing, mereka semua terlelap kecuali Minori. Minori memandang ke siling walaupun tidak ada apa-apa untuk dilihat. Inikah maksud awak 'pindah ke negara lain dan tidak dapat berjumpa lagi' Rin?.

Walaupun dia telah mengetahui kebenaran yang sebenarnya Rin bukannya anak buah Kagamine-sensei, perasaannya terhadap Rin tidak berubah malah semakin kuat. Dia mahu membantu Rin. Walaupun masalah tersebut di luar bidang kemampuannya.

"Minori-chan? Awak tak tidur lagi?" kata Tsumiki yang baru sahaja keluar dari bilik mandi.

Minori hanya mengangguk.

"Saya tahu awak pun risaukan Rin kan. Semua orang risaukan dia tapi janganlah sampai tak tidur." kata Tsumiki sebelum perlahan-lahan duduk di katil Minori. "Saya tahu.. awak pun sukakan Rin kan." bisik Tsumiki.

Minori agak terkejut dengan kenyataan senpainya itu. Macam mana dia tahu? Minori bingkas berdiri dan hendak berlari keluar dari bilik tersebut. Namun, belum sempat dia berbuat demikian Tsumiki sempat menangkap tangan Minori.

"Minori-chan,.."

Minori tidak memandang Tsumiki.

"Minori, tak salah menyukai orang yang sama. Tapi jangan biarkan semua itu memusnahkan persahabatan kita. Saya kawan awak bukan?"

Minori terus memeluk Tsumiki dan meminta maaf kerana selama ini dia mengelak dari berjumpa dengannya.

"Daijobu.. yang berlalu biarlah berlalu.." kata Tsumiki sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Mereka berdua bersalam.

"Senpai,.." kata Minori.

"Ye?"

"Kalau Rin pilih salah seorang antara kita.." belum sempat menghabiskan ayat Tsumiki menyambung.

"Kalau itu berlaku saya tak boleh salahkan dia sebab itu ialah pilihan dia." kata Tsumiki. "Dan.. dia pasti akan memilih saya.. hehe."

"Tak dia mesti pilih saya punya.." kata Minori.

"Tak... saya."

"Saya!"

"Baiklah hehe kita tengok ajelah nanti.." kata Tsumiki.

"Ok.. nanti kita tanya Rin."

"Ok..dah lewat ni.. jom tidur." Tsumiki menutup lampu.

"Oyasumi."

Setelah berbaik semula mereka berdua pergi ke katil masing-masing. Itsuka-san mendengar sahaja dari tadi perbualan mereka. Apa! Mereka berdua...sukakan Rin? Dia memasang semula earfonnya dan cuba untuk bertenang.

avataravatar
Next chapter