webnovel

Di mana aku sekarang?

Rin sorang remaja misteri telah tekandas di sebuah bandar di Jepun. Apabila dia tersedar dia berada di sebuah lorong dan mengalami kesan tikaman di bahagian perutnya. Namun memori tentang kejadian yang telah menimpanya agak samar. Tanpa diduga dia telah diselamatkan oleh seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan itu. Apakah dia menyelamatkan Rin atas rasa simpati atau adakah motif lain di sebaliknya? Ketahuinya dalam novel ringan Where am I now.

FrostHunter · Games
Not enough ratings
44 Chs

Hari Pertama dalam PORTAL

Rin dan tester-tester lain sudah bersedia di hadapan Portal yang berupa pintu gerbang dan menunggu arahan dari kru yang menguruskan Portal tersebut.

"Portal 75% bersedia." Kata salah seorang pegawai.

"Menaikkan voltan dan pecutan terakhir. Baiklah Portal sudah 100% bersedia."

Mereka mula memasuki Portal buat kali pertama setelah 2 bulan meninggalkan permainan tersebut. Semasa memasuki Portal, badan mereka akan dikesan oleh sistem dan dipecahkan menjadi bit binari. Setelah itu ia akan diterjemahkan oleh cip dan menstrukturkan badan mereka semula di dalam Portal tersebut. Proses ini dinamakan Portalisasi. Tetapi mereka tidak merasa proses ini berlaku kerana ia terlalu cepat. Mereka hanya merasa seperti memasuki puntu ke alam lain.

Keluar sahaja dari Portal tersebut mereka sedang melihat Ibu kota bagi kerajaan Elf iaitu kerajaan Elvoron. Ia ialah Bandar terbesar di negara itu dan merupakan tempat pemain-pemain baru memulakan permainan. Ibu kota tersebut dikelilingi oleh tembok besar yang membentuk sebuah bulatan. Di sana juga terdapat sebuah pokok gergasi yang dipanggil World Tree. Istana Cirk dibina di bawah pokok gergasi tersebut.

Mereka mendekati Npc yang berada di pintu masuk ke Ibu kota Cirk.

"Selamat datang wahai Humans! Kamu semua dari Republik Alcania ke?"

"Ehem, apa maksud pakcik?" kata Rin.

"Eh? Kalau kamu bukan dari Alcania, kamu semua ni dari mana?" Kata Npc itu lagi.

"Kami bukan dari mana-mana tempat dalam dunia ini." Kata Orihara Yu yang usernamenya Ren.

"Kalau begitu kamu ini dari dunia mana?" kata Npc itu lagi. Dia agak kebingungan kerana Humans hanya tinggal di Negara Alcania sahaja iaitu Negara yang terletak di selatan Earthia.

"Senang cerita kami semua ni pengembara." kata Rin.

"Oh begitu, Pengembara-pengembara sekalian, maafkan hamba tidak memperkenalkan diri terlebih dahulu. Hamba ialah Riax. Hamba merupakan Syahbandar di Negara Elvoron ini." Katanya sebelum memberikan tunduk hormat.

"Apakah hajat tuan hamba semua ke sini?" sambungnya. Cara dia bercakap sedikit berubah, adakah sebab dia mengetahui yang Rin dengan yang lain adalah pengembara?

"Kami hendak mencari Portasec. Apakah tuan hamba tahu tentangnya?" kata Rin cuba menyesuaikan percakapannya dengan Riax.

"Maafkan hamba. Kalau tuan hamba semua hendak mendapatkan maklumat pergilah di istana dan berjumpalah dengan Raja Elvoron. Hamba pasti Tuanku tahu sesuatu tentang itu." Kata Riax sebelum meminta diri.

Mereka pergi ke istana dan dalam perjalanan ke sana mereka melihat situasi Bandar tersebut seperti sebelum ni. Ia dipenuhi oleh Npc yang agak realistik. Seolah-olah mereka telah memasuki dimensi lain walaupun sebenarnya tidak. Terdapat ramai NPC perempuan sedang memerhatikan Rin. Mereka tertarik dengan kekacakan Rin.

"Eh, diorang semua asyik tengok Rin je." Kata Takanashi.

"Hehe, sabar. Magnet Rin memang begitu." Kata Ren bergurau.

"Hmph, Kesah aku." Kata Kinra.

Kinra menoleh kearah sebuah bangunan dan dia ternampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya. Budak perempuan tersebut tersenyum melihat Kinra. Muka Kinra merah padam. Itu merupakan pertama kali seorang perempuan memberikan senyuman kepadanya selain kakaknya Okumura Jun.

Akhirnya mereka tiba di pintu masuk ke Istana. Kelihatan pengawal diraja yang lengkap bersenjata sedang berkawal di sana.

"Apakah gerangan tuan hamba semua ke sini?" kata salah seorang pengawal.

"Kami hendak berjumpa dengan Raja Elvoron." Pengawal itu berbisik dengan seorang lagi pengawal.

Mereka pun membenarkan Rin dan tester-tester lain masuk. Sebaik sahaja mereka masuk, mereka melihat dalaman istana tersebut yang sungguh besar dan dihias dengan cantik. Senibinanya seakan-akan binaan bangunan di Eropah. Mereka tiba di pintu masuk yang sangat besar.

"Mungkin di sinilah singgahsana Raja Elvoron." Kata Okumura-san.

Mereka masuk menghadap.

"Ampun tuanku, kami pengembara-pengembara datang ke sini dengan hajat yang besar." Kata Rin sambil tunduk hormat.

"Apakah hajat kamu semua datang ke sini?" tanya Raja Elvoron.

"Kami sedang mencari benda yang bernama Portasec." Kata Ren.

"Portasec?" Raja Elvoron diam seketika berfikir. "Oh, maksud kamu item suci yang dicipta di Skypeak itu?"

Mereka kurang memahami kata-kata Raja Elvoron itu tetapi mereka hanya mengiyakannya.

"Benda tersebut ialah Item suci dan ia terletak di bandar kuno tinggalan Earthia lama tempat Aries iaitu salah satu Protector dikurung. Mengikut lagenda ia diletak di sana supaya tiada sesiapa dapat mengambilnya dan hanya yang terpilih dapat menggunakannya. Ia merupakan item yang sangat berkuasa. Beta rasa ia hanya lagenda. Tiada sesiapa pernah melihat item tersebut. Tetapi jika kamu betul-betul ingin mencarinya, ambil ni."

Raja Elvoron menghulurkan segulung peta kepada Rin.

"Terima kasih, tuanku." Rin membuka peta tersebut. Ianya peta untuk ke Dungeon terakhir dan cara-cara untuk membukanya. Kedengaran bunyi bunga api dan sorakan orang ramai di luar.

"Beta berangkat dahulu." Kata Raja Elvoron.

"Beta lupa perkenalkan diri, Nama Beta Raja Arian IV." Sambungnya sebelum para pengawalnya meningiring Raja Arian ke kenderaannya iaitu kereta kuda diraja yang berada di luar istana.

Rin dan tester lain pergi ke Bandar untuk melihat apa yang sedang berlaku. Perarakan itu ialah untuk meraikan kepulangan Putera Arian V yang baru pulang dari mengetuai perperangan di Selatan Elvoron. Beliau telah mengetuai dan memenangi perperangan tersebut.

"Bukan masalah kita." Kata Kinra.

"Baiklah kita perlu berbincang. Mula-mula kita....." perut mereka semua berbunyi.

"Pergi makan." Kata Takaito dan mereka ketawa kerana melihat muka Takaito yang kelaparan.

Mereka pergi di kedai makan berdekatan dengan pintu masuk barat Bandar tersebut yang bernama Rest Inn. Kedai makan tersebut bercirikan arab dan pelayan wanita di dalam Kedai tersebut memakai tudung. Selepas memberikan pesanan kepada pelayan mereka semua memulakan perbincangan.

"Peta apa tadi tu Rin?" kata Sarah.

"Ini ialah peta untuk ke Dungeon terakhir." Kata Rin sambil membentangkan peta tersebut di meja.

"Eh? Ada jalan lain untuk ke sana?" kata Jennifer.

"Ye dan ianya hanya mengambil masa 2 hari masa permainan( bersamaan dengan 8 jam masa dunia sebenar) dan jalan biasa mengambil masa 5 hari.(Bersamaan dengan 20 jam masa permainan)." Kata Rin.

"Wah, nampaknya kita dapat menyelesaikan misi ini dengan lebih cepatlah." Kata Ren.

"Jangan terlalu gembira kerana kita tidak pasti akan kekuatan Boss terakhir itu sekarang dan memandangkan jumlah kita lebih sedikit berbanding sebelum ni kita tidak boleh leka sebab peluang untuk menang lebih tipis." Rin menggulungkan semula peta tersebut. Pesanan mereka sampai dan mereka menjamu selera.

Sedang mereka menjamu selera tiba-tiba datang segerombolan orang gasar yang ingin merompak kedai tersebut. Mereka mengambil kesempatan memandangkan perarakan sedang berlangsung di tengah Bandar, tidak ada seorang pun pengawal yang sedang berkawal terutama di pinggir-pinggir Bandar.

"Serahkan semua wang dan kami tidak akan mengapa-apakan kamu." Kata salah seorang orang gasar. Dia berbadan tegap, botak licin dan mempunyai parut di mata kanannya.

Orang-orang di dalam kedai tersebut ketakutan kecuali para pengembara yang selamba sahaja makan.

"Oioi, tak nampak ke kami sedang makan ni?" kata Takaito. Dia meninggalkan meja dan menuju kearah perompak-perompak tersebut dengan perasaan marah yang membuak-buak.

"Habislah." Kata Ren.

"Jangan musnahkan kedai ni sudah." Kata Rin dan terus menjamah makanannya.

Tester lain hanya diam kerana tidak mahu menganggu Takanashi yang sedang marah.

"Oi, nak mati ke." Kata salah seorang perompak itu sambil menghunuskan pedangnya kearah Takaito.

Kemarahan Takanashi tidak dapat dibendung lagi. Dia mengenggam pedang tersebut hingga patah dan terus sahaja melepaskan tumbukan tepat di muka perompak tersebut. Penyangak tadi tercampak ke luar kedai dan menyebabkan kubu Bandar tersebut retak. Perompak-perompak lain yang nampak kejadian itu melarikan diri kerana ketakutan.

Mereka yang berada dalam kedai tersebut bersorak dan memberikan pujian kepada Takanashi. Setelah berehat di kedai makan tersebut, mereka meneruskan misi untuk mendapatkan Portasec.