webnovel

DERITA BERAKHIR BAHAGIA

Mengisahkan seorang pelajar perempuan sekolah menengah, Tengku Arissa Mikael. Merupakan pelajar bermasalah di sekolah kerana ayah dan ibunya yang membenci dirinya yang menyebabkan dia menjadi gangster sekolah tetapi baik hati. Hidup Arissa lama kelamaan menjadi ceria apabila dia berjumpa dengan Haris merangkap anak pengetua sekolah tersebut yang sudi berkawan dengannya. "Aku tak sangka masih ada orang yang berkawan dengan aku. Tapi aku harap kau ikhlas cause semua orang yang pernah nak jadi kawan aku hanya sebab rupa dan harta. So... hope kau faham"- Arissa. "Saya janji yang aku tak akan jadi salah satu daripada diaorang. Lagipun, macam ada satu suara yang menyuruh saya berkawan dengan awak. Bagi saya, awak macam familiar dalam hidup saya walaupun kita tak pernah jumpa"- Haris. _____________________ Namun, hidup Arissa kembali terseksa apabila ayahnya sendiri mahu menyeksa dan membunuh dirinya. Arissa tidak tahu hendak berbuat apa melainkan pasrah sahaja. Apa akan jadi pada Arissa? Adakah dia terus mati begitu sahaja atau... keajaiban akan berlaku? Nak tahu jawapan, bacalah DERITA BERAKHIR BAHAGIA ini!

evvevrian27 · Teen
Not enough ratings
26 Chs

BAB 24

SETIAP langkah pasti ada sahaja mata-mata yang memerhati dan itu membuatkan Aqzi menjadi sedikit tidak selesa dan kekok. Lebih-lebih lagi apabila sudah menjadi buah mulut.

"Teruskan berjalan dan abaikan mereka. Aq hanya perlu ikut daddy sahaja," tutur Encik Zaimee setelah melihat Aqzi yang seperti tidak berkeyakinan dan agak takut-takut itu.

Aqzi hanya tersenyum kekok dan mengangguk sedikit tanda memahami apa yang dituturkan oleh Encik Zaimee. Dia mengikuti Encik Zaimee sehingga sampai di sebuah bilik yang agak kemas tetapi sedikit berhabuk.

"Aq akan memulakan kerja Aq dari sini. Daddy bagi jawatan ini kepada kamu. Don't worry. Daddy dah sediakan guider. Apa-apa masalah boleh rujuk dia. Tak puas hati boleh tanya daddy. Jangan bawa balik kerja yang boleh disiapkan di pejabat ke rumah. Itu daddy pantang" kata Encik Zaimee lalu menepuk-nepuk bahu Aqzi.

"Err... Tapi daddy... tak ke jawatan ni terlalu tinggi untuk Aq? Kenapa daddy tak bagi Aq start dari bawah?" tanya Aqzi dengan rasa sedikit takut.

"Tahu maksud bersyukur tak?" tanya Encik Zaimee kembali dengan pandangan yang agak mengerikan.

Aqzi menganggu laju dengan perasaan yang gerun. Encik Zaimee jika ditanya dan dia bertanya kembali, jangan beranilah hendak menjawab yang bukan-bukan. Sedangkan anaknya, Arissa pun takut-takut berani. Apatah lagi dirinya yang merupakan orang luar ini. Memang takut-takut takutlah jawabnya.

Encik Zaimee membuat thumbs up lalu keluar dari bilik Aqzi dan menuju ke biliknya. Seperti biasa, sudah semestinya dengan muka yang tegas.

Aqzi terus duduk di kerusinya lalu bersandar dan mengeluh panjang. Seketika kemudian, dia memandang mejanya lalu menggaru kepala yang tidak gatal. Dia bingung kerana tidak tahu hendak buat apa dan mulakannya dari mana. Bila difikirkan semula, dia lebih rela menjaga Arissa yang nakal dan degil makan itu berbanding kerja di sini tanpa tahu awal pangkal kerjanya.

"Err... lupa nak cakap. Guider Aq yang pegang semua kerja Aq so, kenalah tunggu sebab dia terperangkap dalam jammed. So, silalah kemas sedikit-sedikit ya tempat ini. Pandai-pandailah ubah mengikut citarasa sendiri. Yang penting, daddy tahu bukan jadi milik game ya... kalau tidak... buat kerja dekat lobi je," kata Ecik Zaimee berbaur amaran yang bercampur dengan aura yang menyeramkan.

Aqzi sekali lagi hanya mengangguk faham. Walaupun kekadang dia mahu membantah, dia hanya senyap. Paling tidak pun, dia akan berbincang baik-baik dengan Encik Zaimee setelah Encik Zaimee menjadi normal.

Encik Zaimee membuat thumbs up keluar kembali dari bilik Aqzi.

*****

Aqzi meregang-regangkan tubuh badannya lalu bersandar di kerusinya itu. Kertas-kertas yang berada di atas meja itu dipandang dengan wajah yang agak penat tetapi gembira.

"Aik? Dah penat ke? Baru sehari je kerja. Esok dan esok nanti kerja lagi," kata Encik Zaimee yang berada di muka pintu bilik Aqzi.

"Err... Penat sikit je. Kenapa daddy ada kat sini?" tanya Aqzi dengan wajah yang masih terkejut.

"Laa... Nak tengok anak sendiri buat kerja pun tak boleh ke? Lagipun, daddy dah lapar and daddy nak makan. Aq tak lapar ke?" tanya Encik Zaimee kembali lalu matanya melihat jam dinding yang berada di bilik itu supaya Aqzi memahami kata-katanya tadi.

Aqzi menoleh ke arah yang dilihat encik Zaimee itu lalu tersengih. Baru dia sedar bahawa sekarang ini waktu rehat. Dengan rasa kekok nya, dia segera mengemas sedikit barang-barangnya yang berada di atas meja lalu bangun.

"Emm... daddy nak drive ke... Aq yang drive? Daddy nampak macam penat je. Aq boleh je kalau nak drive," tutur Aqzi setelah melihat muka Encik Zaimee seperti kepenatan. Tambahan pula, dia pasti penat malam tadi tidak hilang lagi.

Tanpa banyak kata lagi, Encik Zaimee terus menghulurkan kunci kereta kepada Aqzi tanda membenarkan Aqzi untuk memandu.

Aqzi terus mengambil kunci tersebut dan duduk di tempat pemandu. Enjin dihidupkan dan dibiarkan panas seketika. Beberapa minit kemudian, dia memulakan pemanduannya ke kedai makan yang menjadi pilihan.

*****

Arissa termenung seketika memikirkan bagaimana dia mahu pulang ke rumah pada hari ini. Apa yang diajarkan oleh Encik Haikal di depan langsung tidak diambil serius kerana dia tahu yang dia sudah sedia pandai. So, lantak dia lah nak buat apapun dalam kelas. Sedang dia sedang termenung, namanya diseru oleh Encik Haikal.

"Arissa Mikael! Awak faham ke tak apa yang saya ajar ni? Kalau awak tak nak belajar sangat, awak boleh keluar dari kelas saya sekarang," kata Encik Haikal sambil memandang tepat ke arah Arissa.

Arissa hanya mengetap giginya perlahan dan memandang menyampah ke arah Encik Haikal a.k.a guru matematik tingkatan 4. Bukannya biadap tapi guru itu yang menjadikannya biadap. Mana tidaknya, dalam banyak-banyak manusia di kelas itu hanya dia sahaja yang sentiasa ditegur. Kalau tegur lembut, bolehlah dia terima tetapi dari awal dia masuk sekolah ini, sentiasa ditegur bernada marah. Dengan murid lain, biasa sahaja. Padahal, ada lagi yang lagi teruk daripadanya.

"Arissa, awak buat soalan yang kat depan ni," tutur Encik Haikal setelah reda sedikit masalahnya.

Arissa bangun lalu bergerak ke depan. Pen marker diambil lalu dijawab soalan yang berada di papan putih. Disebabkan ini ulangan daripada pembelajaran semalam, so dia boleh jawab dengan mudah semudah beli kacang hijau yang berada di kedai Pak Abu di tengah bandar. Setelah selesai, Arissa kembali ke tempat duduknya semula.

"Okey, betul. Class, did you get it?" tanya Encik Haikal ke keseluruhan murid di dalam kelasnya.

Ada yang kata yes. Ada yang kata yes tapi separuh faham. Ada juga yang kata yes tapi tidak faham langsung. Biasalah. Lumrah kehidupan seorang pelajar. Bagi yang tidak mengambil serius di dalam pembelajaran hanya menganggap sekolah itu sesuatu yang membebankan dan menyeksa remaja. Jika sudah besar dan sukar untuk mendapatkan kerja, mulalah menyalahkan kerajaan mengatakan itu dan ini. Tidak pula mahu mencermin dan memperbetulkan diri sendiri. Alihnya, dipresi sendiri dan mulalah melakukan jenayah. Bagi yang tidak kuat imannya, bunuh diri kerana memikirkan itulah jalan yang terbaik .

*****

"Weyh... kau keluar rehat tak?" tanya Haieqal dengan rasa serba salah.

"Tak. Kenapa? Aku malaslah nak turun kantin ke apa ke. Nanti kena kacau lagi," jawab Arissa.

Haieqal sedang berfikir apakah dia perlu bertanya atau tidak. Dia teragak-agak tetapi dia hendak tahu tetapi...

"Kau nak tanya apa sebenarnya? Nak tanya, tanya aja lah," tutur Arissa dingin. Dia amat benci dengan orang yang teragak-agak tetapi jika diri dia sendiri, tidak mengapa.

"Err... aku sebenarnya nak tahu apa hubungan kau dengan ketua pengawas tu. Yalah, sebab kan diaorang tu tak rapat sangat dengan perempuan tapi dengan kau, diaorang macam rapat ja," kata Haieqal melepaskan segalanya.

"Just friend. Kenapa? Memang diaorang tak kawan dengan perempuan ke?" jawab Arissa dan menanya kembali.

"Bukan tak kawan tapi tak rapat macam kau dengan diaorang tu. Tapi kalau setakat kawan, okeylah. Tak adalah nanti kena serang dengan fans club diaorang. Tapi kalau ada yang serang bagitahu je pada aku ke, pada orang yang kau selesa ke... tapi akulah yang pertama. Takkan ada hal punya dengan kekacakan aku..." puji Haieqal terhadap dirinya sendiri dengan mengangkat keningnya berkali-kali.

Arissa hanya ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Memang tidak dinafikan bahawa Haieqal sememangnya kacak. Kadang-kadang, dia akan terkena tempiasnya juga. Almaklumlah boleh tahan kaya juga.

*****

Terpaksa Aqzi memandu sendiri balik ke pejabat semula. Encik Zaimee sudah pergi bersama drivernya. Entah kenapa ketika mereka sedang enak menjamu selera tetiba client encik Zaimi menelefon. Hal penting katanya dan terpaksalah encik Zaimee bergegas ke sana. Tinggallah Aqzi keseorangan.

Sebaik sahaja sampai di hadapan bangunan milik encik Zaimee itu, diparkirnya kereta itu di tempatnya kerana kereta yang dipandunya sekarang ini hak Encik Zaimee. Lebih kurang tempat VIP lah.

Ketika Aqzi melangkah masuk ke dalam, tiba-tiba ada satu tangan yang menariknya ke belakang.

"Hei, sabar jap, bro. Cepat-cepat nak ke mana? Aku nak tanya sikitlah en, budak baru. Kenapa kau masuk-masuk terus dapat jawatan tinggi? Aku ada tengok profile kau tapi... aku tak nampak pula ada hubungan di antara kau dan bos kita tu," kata seorang lelaki. Dari segi ayatnya, mungkin dia merupakan orang bawahan di syarikat ini. Tetapi sekarang yang mengerumuninya ini bukan seorang tetapi dua.

"Maaf, sekarang dah masuk waktu bekerja so, saya nak pergi," jawab Aqzi tenang sambil menepis perlahan tangan manusia yang melekat di bahunya itu.

"Hei, budak baru. Baru masuk dah kurang ajar eh," sinis seorang lagi lalu menolak Aqzi ke belakang hingga jatuh.

Semua pekerja yang lalu di situ hanya melihat sahaja perbalahan itu kerana mereka tidak berani masuk campur. Lagipun, bukan hanya mereka berdua yang tidak berpuas hati kepada Aqzi, tetapi hampir semua pekerja di dalam bangunan itu. Sudahlah baru masuk, dapat pula jawatan tinggi. Bila ditanya pada bahagian kemanusiaan, Aqzi hanyalah berstatus rendah.

Aqzi memandang manusia di hadapannya itu dengan perasaan yang agak marah. Melihat dari rupa mereka seperti 25 tahun ke atas.

"Hei budak. Baik kau letak jawatan. Kalau tidak..."

"Kalau tidak, apa? Kau nak buli budak ni? Huh?" tanya seseorang yang tepat berada di belakang dua lelaki itu.

Kedua-dua lelaki itu menoleh kebelakang serentak. Mereka terus terkaku apabila mendapati bahawa orang tersebut ialah bos mereka, Encik Zaimee. Sekali tertangkap buat salah, pasti akan diawasi sehingga melakukan kesalahan kedua. Kemudian, dibuang kerja.

"You guys know the rules, right? So, careful. And... don't you dare to touch him again. He's my son," tutur Encik Zaimee lalu membantu Aqzi untuk bangun. Selepas itu, mereka menaiki lif untuk pergi ke tingkat atas.

Sesampainya di hadapan bilik Encik Zaimee, mereka masuk ke dalam.

"Daddy... bukan kata nak jumpa client ke? Macam mana boleh ada dekat sini pula?" tanya Aqzi kehairanan. Dari tadi dia hendak bertanya tetapi biarlah sehingga dapat privasi.

"Tak jadi. Biasalah kalau tak serius. Panggil, lepas tu batal macam tu je," jawab Encik Zaimee dengan wajah bengangnya.

Aqzi meng'o'kan sahaja sambil mengangguk kecil tanda faham. Setelah itu, dia ingin keluar dari bilik Encik Zaimee dan ingin masuk ke dalam biliknya tetapi ditegah.

"Tak payah masuk pejabat dulu. Masuk pukul tiga nanti. Tapi buat sementara ini, pergi ambilkan Arissa kat sekolah sementara daddy nak cari driver peribadi untuk dia. Boleh? Sampailah daddy jumpa sesiapa yang sesuai, barulah Aqzi masuk kerja macam biasa. Tadi daddy nak bagi tahu tapi itulah, tak sempat," kata Encik Zaimee panjang lebar.

Aqzi mengangguk tetapi di dalam hatinya beristighfar panjang. Tidak sanggup rasanya hendak menghadap budak kecil itu. Jika lambat, pasti dirinya dipersalahkan.

"Oh! bawa dia ke sini sekali. Daddy risau sebenarnya dia dekat rumah tu seorang diri walaupun dia tak sendiri sebenarnya," sambung Encik Zaimee.

Aqzi hanya mampu pengsan di dalam hati. Sekiranya Arissa buat hal, pasti susah nanti dirinya.

*****