webnovel

BAB 23

ARISSA menilik pemakaiannya di hadapan sebuah cermin besar. Gaun kelabu yang disarungkan ditubuhnya itu ditilik berkali-kali. Tidak pernah dia sangka bahawa dia mempunyai baju yang cantik seperti ini. Atau... dia yang tidak pernah mengambil tahu? Atau... Puan Irdina baru membelinya? Entahlah.

"Aris, dah siap belum? Dah nak gerak dah ni. Majlis start pukul 8 malam,"ujar Aqzi secara tiba-tiba setelah sekian lama menghilang. (Bukannya lama mana pun sebenarnya...)

Arissa mengerutkan kening lalu memandang Aqzi untuk meminta penjelasan.

"Ouh! Abang tak ada cakap ea? Okey, sebenarnya, malam ni ada majlis reunion sekolah lama daddy and mama. That's why kita pakai baju sedondon semua. And that's why abang pakai baju ni," jelas Aqzi.

Mendengar sahaja penjelasan Aqzi, Arissa terus memasamkan mukanya. Bukannya apa... cuma, dia agak benci majlis-majlis semua ni. Lebih-lebih lagi jika majlis yang melibatkan kawan daddy and mamanya. Kerana apa? Kerana...

*****

"Wah... datang juga ea kau ni," ujar Datin Nadia yang secara kebetulan terserempak dengan Puan Irdina. Terusnya mereka berlaga pipi sesama mereka.

"Of course lah datang. Buat reunion kan? Plus,  memang kita semua dah lama tak jumpa. Dekat 20 tahun kot. Entah aku ingat lagi ke tak muka semua kawan-kawan. Almaklumlah, dah nak tua lah kan?" balas Puan Irdina seraya mereka berdua ketawa bersama.

"By the way, ini ke anak kau yang dulu ni? Arissa tak silap aku. Kan?" tanya Datin Nadia setelah melihat kelibat Arissa yang cuba menyembunyikan dirinya di belakang tubuh Aqzi.

"Haah. Inilah dia. Dulu budak, sekarang dah anak dara dah. Dah boleh kahwin dah cuma tulah... biarlah dia belajar dulu. Hah, Aris. Kenal lagi tak ni? Ni dulu aunty Nadia. Tapi sekarang dah jadi datin dah," kata Puan Irdina sambil menarik Arissa untuk berada di sebelahnya.

Sebaik sahaja Arissa menyalami tangan Datin Nadia, terus Datin Nadia mencubit-cubit pipi Arissa sehingga menjadi merah sambil mengatakan kecomelan dan kecantikan Arissa.

Aqzi yang melihat Arissa diperlakukan seperti budak kecil itu sedaya upaya menahan tawanya daripada terletus. Jelas dimatanya bahawa Arissa kini kebosanan. Confirm balik nanti dia kena angkat satu beban.

"Eh. Dahlah. Jom kita pergi sana. Dah nak start dah ni," ajak Datin Nadia sersya melepaskan cubitannya daripada pipi Arissa.

Sebaik sahaja dilepaskan, Arissa menayangkan muka tidak puas hatinya. Yelah. Dianggap budak-budak kecil kot. Siapa je yang suka? Waktu dia nak jadi budak-budak, orang kata dia mengada. Waktu tak nak, pandai pula main cubit-cubit pipi!

Puan Irdina jalan bersaingan dengan Datin Nadia.  Encik Zaimee pula awal-awal lagi Sudah menghilang bersama rakan-rakannya so terpaksalah Arissa dengan Aqzi jalan berdua. Sudahlah aturcara majlis pun tidak diketahui. Terpaksa redah jelah.

*****

"Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada malam ini. Seperti yang anda sedia maklum, pada malam ini, kita semua berkumpul untuk memeriahkan majlis reunion batch ke-5 SMK Tengku Ibrahim. Jadi, tanpa membuang masa, kita menjemput Muhammad Firdaus bin Ismail untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan," ucap pengerusi majlis itu seraya mempersilakan Encik Firdaus untuk naik ke pentas.

Selesai sahaja bacaan doa, para tetamu diperdengarkan sepatah dua kata daripada penganjur majlis a.k.a pemilik hotel itu sebelum mereka semua pergi ke ruang makan.

Arissa sudah tercari-cari keberadaan Encik Zaimee dan Puan Irdina. Jika aqzi tiada di sebelahnya kini, pasti dia sudah berada di luar dan menunggu sehingga majlis tamat.

"Abang Aq... Where's mama and daddy I'm tired to stand here" rengek Arissa dengan Aqzi dipautnya supaya dia tidak terjatuh atau hilang jejak memandangkan ramai orang yang bertolak-tolak kini.

"Hmm... I don't know... Tapikan, cuba try cari meja yang ada nama daddy sebab abang tengok dekat meja ni macam ada nama. Tak pun carilah orang yang pakai baju warna kelabu,"

"Haihh... yang pakai kelabu bukan family kita je. Ramai lagi. Putih pun ramai. Naik pening lah Aris tengok warna-warna ni!" bentak Arissa kuat tetapi tidak menjadi pusat perhatian pun kerana suasana keliling berkali ganda kuat berbanding suara Arissa.

Aqzi hanya mengusap perlahan bahu Arissa untuk menenangkannya. Dia tahu Arissa sudah kepenatan sekarang ini ditambah dengan keadaan yang merimaskan.

Aqzi terpaksa memanjangkan lehernya untuk mencari Encik Zaimee. Yalah. Nak mengharapkan nama di meja, terpaksa lah dia berpusing berpuluh kali. Sempat mendapat malu pula nanti.

Tidak berapa lama selepas itu, Arissa terus menarik lengan Aqzi tanpa sebarang amaran. Ditariknya Aqzi sehingga berada di hadapan sebuah meja di mana meja itu telah diduduki oleh Puan Irdina dan Encik Zaimee.

Puan Irdina apa lagi? Arissa terus ditariknya dan langsung didudukkan di kerusi di sebelahnya. Aqzi pula disuruh duduk di sebelah Encik Zaimee.

"Daddy, kenapa ada banyak lagi ruang kosong? Bukan satu keluarga satu meja ea?" tanya Aqzi setelah menyedari terdapat enam lagi kerusi kosong di meja yang sama tempatnya duduk.

"Mana ada. Satu meja tu ada je yang ada tiga keluarga. Kalau satu keluarga satu meja, berapa banyak ruang nak guna? Tiga? Empat? Ini pun kira okeylah diaorang pandai jadikan satu ruangan. Sebab tulah agak sempit" ujar Encik Zaimee.

"So, meja kita ni berapa keluarga?"

"Tengoklah dekat meja ni ada berapa nama. Dua je kan? So, dua keluarga. Keluarga daddy and Datin Nadia," jelas Encik Zaimee pendek.

"Daddy, kalau dulu Datin Nadia kawan daddy, macam mana mama boleh kenal? Ke mama dengan daddy satu sekolah?" tanya Arissa pula.

"Memang dulu mama dengan daddy satu sekolah. Tapi... mama pindah time form 5 tu juga. Sebab tulah mama ada kenal juga," jawab Puan Irdina untuk mewakilkan Encik Zaimee. Lagipun, Encik Zaimee bukannya tahu sangat pun.

"Aris dengan Aq tak nak ambil makanan dulu ke? Kalau nak, pergilah ambil dulu. Mama dengan daddy ambil nanti,"

Arissa dan Aqzi hanya menggelengkan kepala. Mereka lebih suka mengambil makanan bersama Puan Irdina atau Encik Zaimee kerana berasa lebih selesa sedikit. Tidaklah nanti berasa kurang menyenangkan jika orang lain melihat mereka.

Seketika kemudian, datanglah keluarga Datin Nadia lalu mengambil tempat di kerusi yang tidak berpenghuni itu. Sebaik sahaja mereka semua duduk, (seperti biasa apabila BFF berjumpa...) Datin Nadia terus memperkenalkan setiap seorang ahli keluarganya dari nama, nama panggilan, umur dan sekolah.

Puan Irdina pula membalas kembali dengan memperkenalkan Arissa dan Aqzi.

"Eh, nantilah kita sambung. Aku nak pergi ambil makanan sekejap. Lagipun, tak besesak sangat dah ni. Jom, biy," celah Puan Irdina lalu bangun.

Arissa dan Aqzi pula hanya bangun dan mengikuti Puan Irdina. Nak buat macam mana kan? Puan Irdina dan Encik Zaimee lebih tahu aturcara majlis ini.

"Ehem! Angah... tenung anak dara orang sampai nak tembus kenapa?" tegur Datin Nadia terhadap anak keduanya itu setelah keluarga Encik Zaimee beredar dari meja itu.

"M... Mana ada! Angah cuma pandang Along makan lah," nafi Haider a.k.a Angah.

"Sorry? Along tak makan lagi, pun... Yang dah makan cuma adik je ea. Itu pun sebab dia merengek, " jawab Haidin a.k.a Along sambil mengusap kepala si kecil Haruna a.k.a Adik yang berada di sebelahnya itu.

"Sudahlah.... Tak payah cakap banyak-banyak. Nanti korang ni gaduh pula. Haa... Angah. Kalau minat, cakap. Mummy dengan daddy boleh pinangkan. Malam ni pun boleh," ujar Dato' Harraz.

Mendengar sahaja ayat yang keluar daripada mulut Dato' Harraz, Haider mencebik. Lagi-lagi dia yang disakat. Macam dia sahaja yang merenung Arissa. Padahal, Acik pun sama. Hmph!

"Mummy, bila boleh makan sebenarnya ni? Kenapa lama sangat? Rasanya sempat baby baru lahir masuk sekolah nak tunggu ni," kata Haider setelah sekian lama mendiamkan diri dengan perut yang membuat konsert kelaparan.

"Tunggu sampai kawan mummy sampai lah. Kan macam tak sopan kalau kita makan dulu tapi diorang tak makan lagi. Lagipun, tengok sekeliling. Semua tak makan lagi. Takkanlah tiba-tiba kita nak makan pula?" balas Datin Nadia.

Haider mengeluh. Jika beginilah keadaannya di dalam sesuatu majlis, sumpah sampai mati pun dia takkan pergi mana-mana majlis lagi.

*****

"Mama, kenapa tak ada orang yang hantar makanan dekat setiap meja je? Kenapa perlu ambil sendiri? Susahlah macam ni," rungut Arissa sambil memandang orang lain yang mulai duduk di tempat masing-masing.

Puan Irdina hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Hendak dikata tidak cukup bajet, hotel ini kawan diaorang punya kot. Ke... berkira juga hendak buat majlis dengan kawan sendiri? Ah... biarlah. Asalkan majlis ada, itu okey.

"Hmm... Aris. Tolong bawa air. Guna dulang yang kat situ. Spagetti Aris tu biar daddy bawa. Aris bawa air je," kata Encik Zaimee lalu mengambil pinggan Arissa yang berisi spagetti itu dan dibawanya.

Arissa akur. Meja yang terdapat air tembikai ditujuinya lalu diambil dulang serta empat biji gelas yang sudah terisi dengan air tembikai itu.

*****

"Dengan ucapan penutup oleh Encik Alif Aqil bin Hamidi sebentar tadi maka, berakhirlah sudah majlis reunion batch ke-5 SMK Tengku Ibrahim. Para hadirin dibenarkan pulang," ucap pengerusi majlis itu.

Suasana di dalam tempat itu menjadi riuh-rendah seketika. Keadaan juga menjadi lenggang dengan para manusia yang beransur pulang termasuklah keluarga Encik Zaimee.

Sebaik sahaja sampai di kereta milik Encik Zaimee, Aqzi sudahpun mula membuka pintu di bahagian pemandu. Sebaik sahaja dia ingin masuk ke dalam, tangan Encik Zaimee yang memegang pintu kereta menghalangi perbuatannya.

"Pergi duduk belakang dengan Aris," kata Encik Zaimee sambil memandang wajah Arissa yang kelihatan agak penat.

"Err... tapi... tugas saya kan dr..."

"Aku cakap duduk belakang tu duduk belakanglah. Tak faham bahasa ke? Sebelum aku naik angin, baik kau ikut arahan tu. Kalau tak, kau tahulah nasib kau," balas Encik Zaimee dengan dingin dan tegas.

Tanpa banyak kata, Aqzi terus berpindah ke belakang. Lagipun, dia agak seram dengan Encik Zaimee yang kadang-kadang boleh membuatkannya kejung satu badan.

Seketika kemudian, kereta milik Encik Zaimee tersebut mula keluar dari perkarangan hotel itu.

"Aris Kalau nak tidur dulu, tidurlah. Nanti dah sampai rumah daddy kejutkan. Kesian dia penat. Kena usik lagi," kata Encik Zaimee dengan nada yang lembut. Di dalam otaknya juga teringatkan tentang majlis makan malam itu sebentar tadi di mana, Datin Nadia melamar Arissa bagi pihak si anak. Selepas itu, isterinya pun menambah sedikit 'gula'.

Tanpa sedar, Encik Zaimee tersenyum dan tertawa kerana memikirkan hal itu yang membuatkan Puan Irdina di sebelah berasa pelik. Rasanya, situasi di dalam kereta ni senyap sahaja. Lagu yang keluar dari corong radio pun merupakan lagu yang sedih. Di mana sesatnya hantu ketawa ini?

"Ish, Im ni. Bila masa pula suka ketawa tiba-tiba ni? Dahlah kuat. Budak-budak terbangun nanti, Qis tak tahu..." kata Puan Irdina.

"Budak-budak? Siapa?" tanya Encik Zaimee yang kelihatan agak sedikit terpinga dengan kata-kata Puan Irdina.

"Haihh... Aris dengan Aqzi lah. Siapa lagi? Dia ni macam ada budak lain pula. Ke... you kahwin lain tanpa pengetahuan I? Hah?" marah Puan Irdina dengan suara yang semakin meninggi.

"Shh... mana ada lah. Biy sayang baby sangat-sangat. Takkanlah biy nak kahwin lain pula. Cuma tadi biy terlupa fasal Aqzi... Tu je," balas Encik Zaimee bernada sedikit romantik sambil menggenggam tangan Puan Irdina menggunakan sebelah tangannya.

"Tapi kan, kenapa biy baru terfikir sekarang untuk jadikan Aqzi tu as anak angkat?" tanya Puan Irdina setelah keadaannya sedikit sejuk.

"Mana ada baru terfikir. Dah lama lah. Time birthday Aris tu biy dah cakap dengan dia suruh panggil daddy dengan mama. Lagipun, kesianlah dekat dia. Aris tu dahlah susah dijaga. Degil. Nakal. Keras kepala. So, biy nanti nak bagi dia kerja kat syarikat. And biy tengok macam tak ada je orang yang cari Aqzi. Daripada dia rasa kekosongan, baik kita jadi parents dia. Betul tak?" terang Encik Zaimee panjang lebar.

Puan Irdina terangguk-angguk tanda faham. Lagipun, dia sedar juga kadang-kadang Aqzi seperti keseorangan. Aqzi pun masih terlalu muda dan banyak lagi benda yang dia boleh buat.

*****

btw, sorry guys... sbb pengaruh game, author lupa nk menyambung cerita🙏🏻😔

Next chapter