14 DHA 14

" Uncle, aunty... Har sayangkan Hana."

Entah kenapa perkataan itu terasa benar sekali di hati Har. Seakan apa yang tertutur di bibirnya dilafaz dengan mudah dan tanpa paksaan.

" Har dah lama pasang niat nak memperisterikan Hana. Har betul - betul sukakan Hana sejak dulu lagi."

Ya. Memang sudah lama dia sukakan gadis polos berwajah cantik itu. Sejak kali pertama Farhana menegur dia sewaktu mencari kelas kuliah di Business school, London dahulu.

Karakter riang dan senyuman Farhana bak pelangi itu membuatkan hati dia terjatuh cinta. Malah, rasanya bukan dia seorang saja yang mendambakan kekasih hati Qaish itu, lelaki di kolej - kolej sekitarnya juga begitu.

Masih dia ingat segar di belakang ingatannya peristiwa Farhana menegurnya pada hari pertama kuliah.

" Hi, excuse me, sir?" Bahu kiri Har ditepuk lembut dengan hujung jari dan segera Har menoleh ke arah punca.

Perempuan berambut ikal paras leher dihadapannya kini terlihat bagaikan bidadari. Jantungnya terasa dipam keras. Dia sendiri tak tahu kenapa Farhana yang melebar senyum itu membuatkan dia tergamam.

" Ermm, oh... Sorry to bother you..." Jawab Farhana mahu beredar bila Har tidak menjawab salamnya. Apatah lagi bila dahi Har yang mengerutu saja.

" Err, S—Sorry. I — I don't mind to be bothered." Mendengarkan itu Farhana menoleh kembali dengan tawa kecil.

" Well, you're funny..."

Buku yang hampir tergelincir, dibawa ke dada kembali bila matanya menyabung mata dengan si wanita berias polos itu.

" I — I... Tak nampak tadi... Eh... Errr, I mean I was in the cloud for a second. Cannot see clear..Heh." Gugup sungguh Har tiap kali dia bercakap dengan jantina berlainan jenis.

Sejak dari sekolah, tak pernah dia dapat mengatasi penyakitnya yang satu itu. Dengan tangan yang terketar, dia membetulkan cermin matanya ke batang hidung.

" In the cloud? Haha... You ni kelakar lah... Eh! You melayu ke? Malaysia? " Tawa wanita itu kedengaran semerdu siulan burung Bulbul berkicau merindukan malam. Suara teruja Farhana membuatkan Har jadi semakin gelabah.

Baginya, mendengar tawa seorang wanita membawa satu alamat buruk. Jika ada perempuan yang mendekati dirinya pasti kebanyakannya akan berakhir dengan satu pengakhiran yang menyedihkan.

Sama ada dia dimaki dan dicaci, atau perempuan yang mengenali dia akan dimalukan dihadapan khalayak ramai.

" Hah? Ya ya ya! Saya Melayu Malaysia..." Entah kenapa dia berasa malu pula dia dengan Farhana.

Tangannya segera naik mengosok belakang leher, satu tabiat bila dia berasa malu dan kekok dengan sesuatu situasi atau orang. Terlupa pula yang dia sedang memegang buku, habis berteraburan jatuh buku ke lantai dibuatnya.

Farhana membulat mata lalu melihatkan wajah Har yang cuak, dia mengukir senyum tanpa ketawa. Segera dia dudukkan tubuhnya ikut mengutip buku - buku yang jatuh.

" Sorry — Sorry. S—Sorry." Tidak putus - putus Har membuah maaf. Entah apalah salahnya tak tahu.

BUK!

" Owww!" Farhana laju mengosok kepalanya yang berlaga dengan kepala Har.

Jatuh terduduk dia dibuatnya di koridor berjalan kaki itu. Har yang panik segera mengosok kepala Farhana keras.

" Err!! Sorry — Sorry!"

" Hahaha..." Farhana yang nak marah tak jadi marah. Dia ketawa sekuat - kuatnya.

Geli hati bila melihat tampang muka Har yang kecuakan dan habis belok cermin mata lelaki itu dari batang hidungnya yang mancung.

" Awak— S— Sorry... Sorry— Saya tak sengaja." Suara Har bergetar risau.

Farhana mengeleng sebelum dia menepuk lembut lengan Har yang duduk mencangkung dihadapannya. Isyarat mengatakan dia tidak apa - apa.

" I am okay — Hahaha. Adoi. Habis rambut saya. Hahaha." Farhana betulkan rambutnya yang sudah kusut.

Buat kali pertama dalam hidup Har Azmeer, dia berjaya membuatkan seorang perempuan ketawa tanpa lari lintang pukang darinya.

Hatinya terasa panas dengan perasaan bahagia. Jadi beginilah rasanya bahagia? Gumam dia sendirian dan tanpa sedar dia mencorak senyum lebar.

" You're very cute, you know? Silly boy—." Farhana betulkan cermin mata Har sebelum dia bangun berdiri.

Buku - buku Har dihulur sebelum dia pandang muka jam tangan Casio Klasik seketika.

" Ermmm, oppsie! I dah lambat la. Sorry. Bye... Nice meeting you silly boy..." Farhana yang melompat - lompat setempat dan jalan mengundur, melambaikan tangannya pada Har mengucapkan selamat tinggal sebelum dia hilang dari pandangan Har.

Sejak itu, menjadi rutin harian Har memerhatikan dan mendambakan Farhana dari jauh. Bukannya mahu dia jadi pemerhati tegar tapi hanya kerana ingin menyenangkan hatinya yang tak senang bila dia tak dapat menatap seraut wajah cantik itu dalam sehari. Dia tak mampu mendekati Farhana yang senantiasa diapit dua jejaka popular dan nakal di kolej itu.

Tapi dia yang sudah terlebih berhati - hati itu, dapat juga dihidu Qaish dan akhirnya dia dimalukan seisi kolej hingga remuk teruk maruahnya sebagai seorang lelaki. Dan itu semua berpunca daripada perempuan yang bernama Ira Farhana!

avataravatar
Next chapter