13 DHA 13

" Papa! Qaisy tak pernah buat jahat dengan Hana. Apa yang papa dengar dari mulut Har semuanya tipu! Jantan ni penipu besar, pa!" Terang Farhana masih dalam sendunya. Jarinya tertunding pada Har Azmeer.

" Kamu jangan nak tutup kesalahan kamu Hana! Papa tak suka orang tak jujur dengan papa. Har budak baik, tak pernah menipu papa."

Tegas Encik Nizmi membetulkan fikiran Farhana mengenai Har Azmeer yang dirasakan seorang jejaka yang tinggi budi dan pekerti. Apatah lagi dengan mempunyai hati yang pemurah dan berpegang janji sepertinya.

" Ya Allah pa! Hana anak papa. Takkan papa tak percayakan Hana.." Terasa sebak hatinya tiba - tiba bila Encik Nizmi menuduh dia tak jujur pula.

" Kamu jangan guna perkataan anak - anak dengan papa. Jangan main emosi bila bukti kamu dah tak lagi suci, ada!" Bergegar kembali suara Encik Nizmi memanaskan suasana tegang itu.

Terpempam bila Farhana mendengarnya.

" Astaghfirullahal'adzim!! Papa! Har yang rogol Hana, pa!! Bukan Qaish! Dia rogol Hana dalam bilik persalinan pengantin seminggu lepas! Dia memang jantan syaitan!!" Menepik bagaikan halilintar suara Farhana kedengaran mengegarkan ruang tamu Ala Inggeris itu.

Selendang yang panjang membaluti kepalanya dikusut - kusutkan serupa orang hilang akal.

Tersingahak sejenak Encik Nizam terdiam mendengar suara halilintar Farhana menepik. Tidak pernah dalam hidupnya dia melihat Farhana meninggikan suara sebegitu rupa. Farhana yang dia jaga dan bela, adalah seorang anak gadis yang cukup baik dan lembut hati seperti arwah Inara.

Dihadapannya kini siapa?

Kepalanya yang memandangi anak gadisnya ditala pada Har Azmeer. Perasaannya jadi berbelah bagi. Betul ke apa yang Hana cakap? Budak ni ke yang rogol dia? Tapi...

" Betul ke Har? Apa yang Hana cakap?" Bersusun lembut saja ayatnya bila dia bertanya pada jejaka itu.

Har yang menekur tunduk di kerusi mula mengangkat kepala dan bola matanya ditala pada Encik Nizmi dengan wajah yang cukup sedih, " Maafkan Har uncle, Ha— Har cuma hanya tercium bibir Hana. Tak lebih dari tu... Har tergoda bila Hana goda Har..."

Mata Farhana bagaikan mata ikan lolong apatah lagi dengan mulutnya yang melongo luas seakan mengundang ikan Josh saja menerpa masuk ke dalam rongga mulut.

" WHATT?! BLOODY HELL siapa yang goda kau?!!!!"

Tubuh Har yang duduk itu disepak Farhana kuat hingga terdorong dada bidang Har menghenyak kepala kerusi.

" Erghhh!"

" Pergi mampuslah dengan orang macam kau!! Dasar babi!! Syaitan!! IBLIS!!"

Farhana yang seakan kerasukan jin itu dipegang tubuhnya oleh Haris dari belakang. Melayang - layang kakinya mahu membelasah Har yang masih juga bertopeng.

" Ira Farhana!! Mengucap!"

Encik Nizmi dan Puan Salbiah sudah kepanikan, begitu juga dengan adik beradik tiri Farhana yang lain. Tak tahu nak buat apa dengan Farhana yang hilang kawalan.

Seketika kemudian, Encik Nizmi merentap lengan Farhana lalu mereka dua beranak menikam mata. Dek kerana setan yang merajai diri, selamat satu penampar keras ke pipi Farhana buat sekian kali.

Tertungkap Farhana bila pipinya terteleng pandang ke arah karpet. Air mata jernih turun selebat - lebatnya dan menuruni pada pipinya yang terasa hangat.

Har pula, mengosok - gosok dadanya yang terasa senak, sebelum dia naik menyabung mata dengan Encik Nizmi.

" Maafkan Har, uncle. Har sanggup bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Maafkan Har, uncle." Har masih belum mahu berputus asa.

" Ehh, tak... Uncle tak salahkan Har." Ayat Encik Nizmi segera dipotong laju.

" Papa percaya cakap jantan ni? Dari cakap Hana?" Farhana kuatkan hatinya memandang kembali wajah Encik Nizmi bila Encik Nizmi kata begitu.

Bila matanya merakam wajah Encik Nizmi, hatinya hancur lebur. Dia bukannya orang asing, Har Azmeer itu orang asing! Encik Nizmi bercakap macam tak percayakan dia.

" Nak percaya apa, dah kamu ni penipu!" Celah Puan Salbiah yang masih panas hati dengan anak perempuan tirinya.

" Uncle, unty... Har sayangkan Hana." Har pandang wajah amuk Farhana sejeda sebelum dia kembali berlakon.

" Har dah lama pasang niat nak memperisterikan Hana. Har nak menjaga Hana sebaik - baiknya. Har betul - betul sukakan Hana sejak dulu lagi. Walaupun Hana mungkin dah rosak..."

Bunyi rengus deras Farhana memberhentikan ayatnya sesaat sebelum dia menyambung, " Tapi rasa pada Hana tak pernah berubah, uncle..."

Ini bukan menipu. Ini benar. Jauh di sudut hatinya yang terkubur, dia menyimpan perasaan yang istimewa buat perempuan itu

Har Azmeer bangun dan dia capai tangan Encik Nizmi. Kemas dia mengenggam tangan lelaki separa abad itu. Tercari - cari bola matanya mahu merenung dua pasang mata tua itu.

" Tak apalah uncle kalau Hana tak sudi mempersuamikan saya... Harap adalah lelaki yang lebih baik sudi mempersuamikan Hana... Saya pergi dulu... Assalamualaikum..." Har menapak kaki ke pintu masuk rumah dan saat tombol dipulas, dia sengaja terhenti sesaat dua.

" Har! Har... Janganlah macam ni... Masuk dulu. Kita bincang elok - elok. Masuk dulu ya..." Lengan Har ditarik lembut Puan Salbiah. Perempuan itu takut benar jika dia terlepas menantu sebaik Har Azmeer.

Wajah Har yang terpampang duka itu tidak mengambarkan hatinya yang begitu senang bila keluarga Farhana tidak mudah melepaskan dia pergi.

Tidak berganjak, dia membuka pintu rumah dan menanti seseorang yang lebih berhak untuk datang menghalangnya.

Haris Muiz inilah peluang kau! Haris mara berdiri di hadapan Farhana tapi belum sempat dia bercakap, Encik Nizmi terlebih dahulu memotong.

" Har! Tunggu. Uncle kahwinkan kamu dengan Farhana. Tolonglah. Jangan ubah fikiran kamu..."

Farhana tetap milik aku!

avataravatar
Next chapter