48 Tuan ke-9, Dilamun Cinta?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sebaik sahaka Mo Xuan selesai berfikir, dia nampak anak muda yang kekurangan emosi manusia yang lengkap itu tersenyum.

Ia bukan ketawa sinis dan jahat, bukan juga cemuhan yang kejam, tapi satu ketawa sebenar, normal dan begitu gembira yang tidak boleh dipercayai. Sekelip mata, seperti satu gunung ais yang beribu batu jauhnya telah cair.

Jika Si Ye Han yang berwajah dingin sudah pun begitu tampan, Si Ye Han yang tersenyum seperti ini boleh mengubah lelaki menjadi homoseksual!

Selain dari Mo Xuan, seorang lagi yang begitu terkejut ialah nenek tua itu.

Nenek tua itu menggeletar dan matanya bertukar merah. Dia tidak melihat Si Kecil ke-9 tersenyum untuk jangka masa yang lama… terlalu lama.

"Si Kecil ke-9! Apa yang awak tengok? Kenapa awak begitu gembira?" Nenek tua itu begitu cemas dan bertanya dengan berhati-hati, takut apa yang dia nampak itu satu halusinasi.

Wajah Si Ye Han masih lagi ceria dan nada suaranya juga lebih lembut dari biasa. "Teks dari teman wanita saya."

Nenek tua itu terkejut seketika dan wajahnya tidak percaya. "Teman wanita! Si Kecil ke-9, awak ada teman wanita? Patutlah… Patutlah awak nampak lain dari biasa! Awak sebenarnya dilamun cinta! Dia perempuan macam mana, berapa umur dia, dia bekerja sebagai apa? Apa pekerjaan keluarga dia? Apa nama dia?"

Mo Xun yang berdiri di sisi, terkejut mendengar jawapan Si Ye Han.

'Teman wanita?

'Dia bukan cakap pasal perempuan tak stabil Ye Wan Wan itu, bukan?'

Si Ye Han mengetik telefon bimbitnya dengan jari yang runcing. "Wan Wan, Ye Wan Wan"

Mo Xun : "..." 'Memang betul!'

Nenek tua itu mengangguk dengan serius. "Wan Wan? Sedap nama itu! Budak bertuah, kenapa awak rahsiakan perkara ini dari Nenek. Nenek tertunggu-tunggu bila awak mahu berkahwin dan biar seorang perempuan menjaga awak. Semua perempuan di sekeliling awak begitu sederhana dan tidak sopan, bagaimana mereka boleh jaga awak? Cepat bawa perempuan itu jumpa Nenek, Nenek nak tengok!"

Si Ye Han memang dalam mood yang baik dan tidak menolak. "Saya akan tanya dia nanti."

Nenek tua itu begitu seronok. "Bagus, tanya dia elok-elok ya? Jangan takutkan dua. Hanya pertemuan biasa, tak perlu terlalu formal!"

"Hm."

"Apa yang Wan Wan suka makan? Ada makanan kegemaran? Nenek akan minta pihak dapur sediakan semuanya terlebih dahulu."

Terpancar kehangatan penuh kasih dalam mata Si Ye Han. "Dia tak memilih; dia makan semuanya."

"Tidak memilih makanan, sungguh bagus!"

Selepas dapat tahu cucunya sedang bercinta, nenek tua itu terus bersemangat dan tidak boleh duduk diam. Dia menyibukkan diri, meminta semua orang gaji menyediakan semua benda dengan baik dan mengarahkan staf dapur untuk membeli bahan-bahan dengan lebih awal.

Setelah dia selesai, dia meminta seseorang memanggil Xu Yi datang kepadanya.

"Puan, Puan panggil saya?" tanya Xu Yi, gugup.

Nenek tua itu tidak berpuas hati. "Jelaskan diri awak! Awak yang selalu berkepit dengan Si Kecil ke-9, tapi awak tak tahu pun dia dilamun cinta?"

"Ah? Tuan ke-9… dilamun cinta?" Xu Yi tercengang.

Melihat reaksi Xu Yi, nenek tua itu menjadi lebih berang. "Budak Ye Wan Wan itu, Si Kecil ke-9 beritahu saya sendiri tadi!"

'Ye Wan Wan?!'

Xu Yi termanggu.

'Ye Wan Wan, sudah tentu saya tahu perempuan itu –– perempuan ini telah bersama dengan Tuan ke-9 selama 2 tahun. Tapi sebenarnya, Tuan ke-9 sendiri yang paksa dia bukan? Dua orang yang tidak boleh tidur atas katil yang sama –– ini dipanggil cinta?'

Apa pun, bukankah Tuan ke-9 melarang keras mereka dari bergosip atau menyebut tentang Ye Wan Wan di depan orang lain?

avataravatar
Next chapter