webnovel

Terlalu Kacak Walaupun Dia Sedang Marah

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas tuan kedai itu beredar, Nie Tiada Nama menoleh kepada lelaki warga asing itu dengan serius. "Berapa banyak bata awak angkat hari ni?"

Otot teguh lelaki itu bergetar sedikit apabila dia menjawab penuh bangga, "Tak banyak, tak banyak. Hanya 5,000 ketul bata."

Nie Tiada Nama terus menjadi teruja setelah mendengar jawapannya. "Maksudnya awak dapat banyak duit hari…"

"Tak terlalu teruk, Kapten." Lelaki warga asing itu ketawa kecil dan menepuk poketnya sendiri.

Nie Tiada Nama terus berasa yakin dan berkata, "Bos, saya nak sepuluh mangkuk ladu, sepinggan daging masak merah, sepinggan ikan masak merah dan sepinggan daging rusuk masak merah!"

Ye Wan Wan pula. "..."

'Aku ingat aku tong nasi. Rupanya lelaki ni… tong ladu?'

Sementara menunggu, dua orang lagi berjalan masuk ke dalam gerai makanan.

"Kapten, kami dah balik~"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com