webnovel

Tak Boleh Turun dari Katil

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sebaik sahaja Si Ye Han menjawab begitu, Ye Wan Wan terus melempar Sebelas di tangannya dan menyepak pengawal di bawah kakinya. Dia kemudian melompat dengan gembira ke arah Si Ye Han.

Kumpulan pengawal Pasukan Gelap itu membatu di atas tanah apabila melihat tuan mereka membawa syaitan betina itu pergi. Mereka akhirnya berasa lega dan mengeluh panjang.

'Kita… selamat…

'Tuan korbankan diri dia untuk selamatkan kita semua…

'Terharunya…'

Si Ye Han membawa Ye Wan Wan pulang ke bilik tidur itu sekali lagi..

Nasib baik gadis itu lebih tenang kali ini. Setelah membuat kecoh sepanjang malam, dia akhirnya tidur dengan nyenyak tidak lama selepas berbaring di atas katil.

Selepas melihat gadis itu tidur dengan tenang, Si Ye Han akhirnya menghela nafas lega. Namun api yang membara dalam badannya tidak boleh dipadamkan tidak kira apa yang dia lakukan. Jadi dia terpaksa melalui malam tanpa lena malam itu…

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter