Syarikat Hiburan Himpunan Bintang.
Sebuah kereta Ferrari berwarna perak meluncur masuk dan berhenti di hadapan pintu masuk.
Seorang lelaki berpakaian mewah daripada kepala sampai ke kaki lengkap dengan sepasang kaca mata hitam dilihat membetulkan sut di tubuhnya sebaik sahaja melangkah keluar dari kereta.
Sebaik sahaja dia menapak masuk ke dalam syarikat, beberapa artis dan kakitangan syarikat meluru ke arahnya dan menyapa penuh hormat.
"Selamat pagi, ketua jurugaya He!"
"Ketua jurugaya He, awak kata nak gayakan saya lepas ni. Bila awak ada masa lapang? Semua orang sedang tunggu awak!"
"Ketua jurugaya He dah janji dengan saya dulu, okey?"
Tidak perlu disebut betapa pentingnya satu-satu pasukan jurugaya di belakang mana-mana artis. Banyak bintang terkenal mempunyai jurugaya yang hebat di belakang tabir, membenarkan mereka melebarkan lagi sayap.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com