webnovel

Selepas menghantar Ye Wan Wan pergi, mereka yang tinggal terus menyusun semula pasukan mereka dan membawa Si Ye Han pergi dalam masa yang sama.

Wajah Liu Ying tampak kaku.

Apa gunanya kalau mereka meninggalkan hotel?

Seluruh bandar ini telah jatuh ke tangan mereka. Ke mana saja mereka pergi, mereka ibarat kura-kura yang terperangkap dalam balang kaca.

Mereka tak boleh keluar dan bantuan tak boleh masuk.

Walaupun ada bantuan, ia pasti sudah terlambat…

Seluruh bandar itu tampak tenang di permukaan, tapi kebenaran sebenarnya jauh lebih mengerikan. Perangkap besar sedang menghampiri dan mereka semua akan mati dibunuh.

Ia berlaku semasa tuan mereka sedang terlantar koma. Tiang utama untuk mereka bersandar telah roboh.

Keadaan Si Ye Han juga tidak terlalu baik. Tubuhnya membahang panas semasa dalam perjalanan.

Dalam semua misi yang dia lalui sebelum ini, Liu Yin tidak pernah berasa putus harapan seperti ini.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter