webnovel

Mungkin Dia Buta

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Pada penghujung hari tersebut, berita menggemparkan ini telah tersebar di seluruh Qing He dan juga beberapa buah sekolah menengah yang berdekatan.

Semua orang tahu tentang bos kecil Qing He, iaitu Ling Dong telah ditolak oleh perempuan paling hodoh iaitu Ye Wan Wan. Mereka juga tahu tentang perempuan hodoh dan gila itu yang merepek tentang ciri teman lelaki idamannya yang perlu lebih kacak daripada Si Xia…

Dewan sekolah:

Ling Dong duduk jauh di barisan terakhir sambil setia menonton Ye Wan Wan yang sedang berlatih di hadapan.

Walaupun setelah ditolak oleh Ye Wan Wan dengan serta-merta, namun dia masih tidak mahu berputus asa.

Si Xia duduk di sebelah tingkap, bersebelahan dengannya.

Ling Dong menghulurkan sebatang rokok kepadanya.

Si Xia melihat sahaja rokok tersebut sebelum menolak.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter