"Kamu semua bersembunyi di belakang skrin, taip di atas papan kekunci dan bercakap tanpa tapisan kepada orang luar yang kamu sendiri tak berapa kenal. Kamu semua hancurkan hidup orang lain hanya untuk meluahkan perasaan, untuk ikut peredaran semasa dan hanya kerana kamu bosan.
Selepas kamu semua tahu cerita sebenar, kamu tolak tepi kebenaran itu sebagai salah faham dan satu kesilapan kecil dari pihak kamu. Itu semua hanya untuk tutup kesalahan kamu kepada mangsa. Jadi, ini sikap pihak media?
Pihak media seperti kamu semua yang mencetuskan keganasan cyber yang berleluasa sekarang. Bukan kamu semua ke sampah masyarakat?
Boleh wartawan ini dan semua orang lain yang hadir hari ini jawab soalan saya!"
Setiap kata-kata yang keluar dari mulut Ye Wan Wan begitu tajam seperti pisau.
"Saya… saya…" Wartawan itu tergagap-gagap. Peluh dingin membasahi mukanya dan lidahnya kelu.
Suasana sunyi menyelubungi dan tiada seorang pun wartawan bersuara.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com