webnovel

Kehilangan bermisteri Si Ye Han ketika ini sama seperti kabus tebal yang bukan sahaja memerangkap seluruh keluarga Si, tetapi juga Ye Wan Wan.

"Xu Yi, awak rasa Si Ye Han mungkin ke luar negara untuk urusan perniagaan?" tanya Ye Wan Wan.

Xu Yi menggeleng kepalanya. Selepas berfikir sejenak, dia menjawab, "Tak ada projek lain yang memerlukan penglibatan Tuan ke-9 sendiri kebelakangan ni. Lagi satu, projek paling penting sekarang ialah rundingan dengan Syarikat Hua Feng. Keluarga Si dengan Syarikat Hua Feng ada berbincang sebuah projek berskala besar beberapa tahun lepas, jadi tak ada perkara lain yang lebih penting daripada projek dengan Syarikat Hua Feng sekarang."

"Kalau macam tu, ada tak sebarang tanda beberapa hari sebelum kehilangan Si Ye Han?" tanya Ye Wan Wan lagi.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter