Ye Hong Wei menoleh kepada Ye Shao An dan mereka yang lain. "Minta maaf kepada Mu Fan."
'Apa? Sudahlah kami dipersalahkan, kami pula yang kena minta maaf?'
"Kenapa berdiri tercegat lagi dekat situ? Nak urus projek kecil pun susah, sekarang dah kecohkan satu keluarga!"
Ye Shao An sedar orang tua itu sudah tidak boleh dibawa berbincang, jadi dia berkata dengan terpaksa, "Mu Fan, Pak Cik minta maaf pasal insiden ni. Pak Cik akan selidik betul-betul perkara ni."
Liang Mei Xuan menahan amarahnya dan turut berkata, "Minta maaf, Mu Fan…"
Ye Yi Yi berkata penuh sesal, "Kami minta maaf sebab dah salah faham dekat awak. Nampaknya ada orang sengaja nak aniaya awak. Mak dan Ayah saya buat macam tu sebab mereka tak tahu perkara sebenar."
Ye Mu Fan melambai tangannya. "Lupakan, lain kali jangan tolak apa-apa masalah dekat saya!"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com