webnovel

Hilang Semua Sokongan dan Reputasi

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Qiao Ke Xin kemudian memegang pergelangan tangan Ye Wan Wan. "Abang comel, betul tak?"

Ye Wan Wan tidak mahu memalukan Qiao Ke Xin di hadapan semua orang. Jadi dia hanya berdehem kecil dan menjawab, "En."

Di kehidupannya yang lepas, dia ada terbaca berkenaan majlis anugerah Orkid Emas di atas talian. Dia teringat dengan jelas, selepas dia selesai membaca berita berkenaan, laman sesawang itu telah dikemas kini dengan skandal Qi Mei Ling. Gadis itu menganjurkan parti seks, malah mengumpul orang untuk mengambil dadah bersama.

Dengan skandal panas dan serius seperti itu, ia telah menghancurkan sepenuhnya imej pencetus inspirasi dan sempurna Qi Mei Lin yang dicipta oleh para peminatnya.

Qi Mei Lin menjeling jengkel dan tampak tidak gentar. "Kau memang hebat, Qiao Ke Xin. Seronok ke main dengan anak ikan[1]? Dah tua tapi tak sedar diri lagi! Malapetaka? Aku nak sendiri nak tengok malapetaka apa aku nak hadap lepas ni!"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com