webnovel

Hanya Boleh Guna Jalan Terakhir

Editor: EndlessFantasy Translation

Gong Xu memanjangkan lehernya dan melihat ke tepi Ye Wan Wan. Ketika itu baru dia perasan satu kelibat yang tersembunyi di sebalik bayang-bayang.

'Eh? Kenapa aku macam… biasa tengok dia ni?'

Gong Xu hanya melihat sekilas sahaja wajah Si Ye Han di luar bar malam itu. Tetapi kerana lelaki itu meninggalkan pandangan yang dalam kepadanya, dia tidak boleh lupa wajah lelaki itu walaupun dia cuba.

'Bukan tu kawan Ye Bai yang jemput dia malam tu ke?'

Masa itu, dia juga salah faham hubungan Abang Ye dengan lelaki itu…

'Kenapa dia ni ada dekat rumah Abang Ye di masa macam ni?

'Uh, kenapa dia tengok aku… dengan pandangan menggerunkan macam tu…'

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com