38 Hadiah Ciuman

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tubuh perempuan itu yang baru sahaja lepas mandi mengeluarkan wangian semula jadi, bibirnya yang lembut dan manis begitu indah bagaikan gula-gula kapas…

Raksasa yang mengganas dan mengamuk di dalam tubuh lelaki tersebut berjaya ditenangkan serta-merta, menyerah diri dengan ciuman yang lembut dan tidak dijangka daripada perempuan tersebut pada lehernya.

Ye Wan Wan yang sedar akan perubahan mendadak suasana sekeliling Si Ye Han, akhirnya dapat menenangkan dirinya sedikit.

'Walaupun aku berlari ke pintu tadi, memang nampak macam aku nak lari, tapi aku cuma kunci pintu untuk bercumbu dengan dia. Dia tak akan marah kan?'

"Sayang, kenapa awak ke mari?" Ye Wan Wan cuba sedaya-upaya untuk kedengaran gembira.

Si Ye Han hanya memandangnya tanpa berkata apa-apa, diam seribu bahasa. Anak matanya yang sejuk beku seolah-olah menembusi jiwa Ye Wan Wan.

Ye Wan Wan berasa bersalah sedikit. Dia tahukah aku berlakon?

Selepas seketika, bibir kecil lelaki tersebut bergerak dengan lembut, "Ramainya orang yang mengurat awak…kalau beratur boleh sampai ke Bima Sakti?"

Ye Wan Wan terpana buat seketika. Apabila dia faham, dia sedar Si Ye Han sedang bercakap tentang lirik lagu yang dinyanyikan tadi.

Ye Wan Wan berpeluh jantan dan membalas, "Taklah! Itu cuma lirik lagu!"

'Beraturlah sangat sampai ke Bima Sakti…dihumban dalam neraka 18 tingkat adalah!

'Adakah orang yang berani menggoda aku masih bernafas lagi keesokan harinya?

'Bukan, sebenarnya, siapa yang akan menggodaku sedangkan lalat pun tak mahu hinggap?'

"Ah! Ada yang saya nak beritahu! Saya dapat nombor 1 dalam peperiksaan kali ini! Markah penuh untuk bahasa, bahasa Inggeris dan seni liberal!" Ye Wan Wan mengubah topik.

Jari Si Ye Han menguak anak rambut ke belakang telinganya dengan lembut dan membalas perlahan, "Hm."

Dia bercakap dengan nada biasa tanpa rasa terkejut atau ragu-ragu, bagaikan pencapaian keputusan sebegini adalah normal bagi Ye Wan Wan.

Memikirkan semua keraguan tanpa henti yang dituju kepadanya hari ini, reaksi Si Ye Han membuatkan hatinya merasai sesuatu yang tidak dapat dijelaskan.

Apa yang mengejutkan lagi, satu-satunya orang yang mempercayainya adalah Si Ye Han.

Si Ye Han melihat Ye Wan Wan termenung dan kelihatan muram. Jarinya yang runcing dengan tiba-tiba mencubit bibir perempuan tersebut dan menciumnya dengan lembut; mata Ye Wan Wan terbuntang besar. "Syabas atas usaha awak."

Ye Wan Wan mengelipkan matanya berkali-kali.

Er…

'Itu hadiahkah?

'Apa yang aku buat sampaikan Si Ye Han fikir aku mahu dicium sebagai hadiah!

'Lupakan sajalah, asalkan si raja ini gembira.'

Pada ketika itu, tiba-tiba Ye Wan Wan teringat tempat ini ialah hostel perempuan!

'Macam mana dia boleh masuk?

'Bukan, sebenarnya, bila dia nak balik?'

Lagipun, hostel ini mungkin akan diperiksa oleh sesiapa pada bila-bila masa dan jika dia didapati menyembunyikan lelaki…

Sebaik sahaja minda Ye Wan Wan ligat memikirkan cara untuk meyakinkan Si Ye Han untuk pulang, pandangan Si Ye Han tertumpu pada katil kecilnya yang tidak berpenghuni dan secara tiba-tiba dia bertanya--

"Mana selimut?"

"Ha? Selimut?" Ye Wan Wan terkesima buat seketika dan kemudian dia dengan bersahaja menjawab, "Saya keringkan di luar dan saya belum angkat masuk dalam lagi! Nak saya keluar dan ambil…?"

Lelaki tersebut mengangguk kecil, "Hm."

Ye Wan Wan tidak mengerti mengapa Si Ye Han tiba-tiba bertanya tentang selimut. Dia yang berasa keliru, berlari ke anjung untuk mengambilnya.

Dia mengemas cadar dengan elok dan menepuk-nepuk sambil meniup bantal.

Selepas mengibas selimut dan bantal, kedua-duanya kelihatan gebu dan lembut serta berbau sinaran matahari, membuatkan dia berasa puas hati.

Lelaki tersebut melihat katil itu dengan senang hati dan kedua-dua kaki panjangnya bergerak dan dia berbaring di atas katilnya, "Tolong saya kunci jam 2 jam daripada sekarang."

"…" Ye Wan Wan tercengang apabila dia melihat lelaki yang sedang baring di atas katilnya, bersedia untuk tidur.

'Si Ye Han mahu tidur di sini!'

avataravatar
Next chapter