"Wah! Apa dah jadi ini? Aku ingatkan ada pertunjukan baik punya hari ini! Kenapa Ling Dong tolong Ye Wan Wan?"

"Siapa tahu? Gila betul!"

"Mungkin dia dah insaf selepas kena seksa dengan Zhao Xing Zhou?"

"Ling Dong si bos kecil ini mana tahu takut? Kira baiklah dia tak rumitkan keadaan!"

Dalam kehangatan semua perbincangan ini, Ye Wan Wan duduk di atas kerusi Ling Dong.

Dia sudah bersedia menghadapi masalah tetapi perkara yang berlaku sebentar tadi sudah melampaui jangkaannya.

'Benarkah Ling Dong sudah insaf selepas diseksa oleh Zhao Xing Zhou?'

Atau…

Ye Wan Wan teringat samar-samar tanpa sengaja, Ling Dong ternampak rupanya tanpa solekan malam semalam.

'Tak mungkin tindakan Ling Dong ada kaitan dengan hal itu, bukan?'

Tidak lama kemudian, loceng berbunyi menandakan permulaan kelas dan semua orang menjadi senyap semula. Ye Wan Wan tidak mahu lagi ambil pusing tentang hal itu.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter