webnovel

Bagaimana Dia Boleh Menang

Editor: EndlessFantasy Translation

Keputusan akhir untuk hukuman mereka berdua adalah Song Jing akan dihantar ke Dewan Penghakiman untuk disebat, manakala Liu Ying pula akan dilucutkan jawatannya.

Selepas Si Ye Han beredar, suasana di dalam ruang tamu itu berubah tegang.

Sebelas memegang cincin dalam tangannya dan terbatuk ringan. Baru sahaja dia mahu bercakap, Liu Ying memotong dengan wajah keruh, "Jangan teruja sangat. Saya akan ambil balik cincin tu tak lama lagi!"

Selepas Liu Ying berkata begitu, dia berpaling dan terus beredar.

Song Jing melirik kepada Sebelas dan berlari anak untuk mengejar Liu Ying.

Sebelas hanya boleh menelan semula kata-katnya dan berdiri kekok di situ.

Pengawal yang paling dekat dengan Sebelas berkata dengan marah, "Sombong betul dia tu!

Apa dia cuba kata? Dia yang bersalah dan dilucutkan jawatan. Bukan ketua kami yang rampas kedudukan dia. Betul tak?"

Sebelas mengeluh dengan tidak berdaya, "Lupakan. Memang betul saya tak cukup kuat."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com