webnovel

Awak Perlu Dua Tangan untuk Menepuk

Editor: EndlessFantasy Translation

Shen Meng Qi tidak pernah menyangka kenyataan mudah Ye Wan Wan akan menyebabkan dia ditimpa masalah sebesar ini; dia mahu tampar mulut perempuan itu saat ini.

Tapi memandangkan semua benda telah terdedah sekarang, dia hanya boleh menahan api marahnya dan merayu, "Yan Ran, dengar dulu, ini bukan seperti apa yang awak fikir! Saya ada sebab mengapa saya bersama Song Zi Hang hari itu, saya buat untuk awak…"

"Oh, jadi orang yang bersama dengan dia hari itu memang betul awak! Jadi awak mengaku? Orang yang Song Zi Hang suka selama ini memang awak!"

Tiba-tiba, Jiang Yan Ran mula ketawa seperti orang gila. "Ha… Haha… Shen Meng Qi… Saya kongsi semua perasaan saya pada awak setiap hari macam orang bodoh… Berkongsi dengan awak tekaan saya pada perempuan yang Song Zi Hang suka…

Awak seronok tengok saya berlagak bodoh depan awak? Melihat saya suka dia separuh mati tapi orang yang dia suka ialah awak? Puas hati kau sekarang?

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com