webnovel

Awak Pasti Awak Nak Ikut Dia?

Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun Chu Hong Guang tahu Ye Bai hanya cuba menjadi batu api antara dia dengan Zhou Wen Bin, dia masih mengambil berat kata-kata lelaki itu.

Zhou Wen Bin memang banyak melawan kebelakangan ini. Dia telah memandang enteng dirinya sebagai seorang pengerusi untuk sekian kalinya. Dia juga ada mendengar ura-ura yang Zhou Wen Bin berhubung secara peribadi dengan mereka daripada kumpulan Ye…

Sambil berfikir seperti itu, Chu Hong Guang akhirnya berkata, "Wen Bin, serahkan kontrak itu. Saya dah buat keputusan berkenaan perkara ini."

"Tapi, pengerusi Chu…"

Wajah pengerusi Chu berubah gelap. "Apa? Saya tak boleh tukar artis pula sekarang? Kalau awak tak setuju dengan perkara ini, awak tukar dia dengan Gong Xu!"

'Untuk pengerusi Chu bercakap macam ni, dia memang berasa dirinya telah dicabar.'

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com