webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Teen
Not enough ratings
78 Chs

Bab 32 : Anak lelaki saya ni ada buat permintaan

Zara meletakkan garfu dan pisau setelah makan separuh makanan dalam pinggannya kerana tidak dapat telan lagi. Mendengar semua perbualan itu sudah cukup buatkan perutnya tidak sedap.

"Kamu tak apa-apa?"tanya Rania di sebelah dengan nada separuh berbisik.

Zara berpaling ke sisinya lantas mengangguk sambil tersenyum. Tak hairan la kenapa Sarah cantik. Lihat la Rania sendiri. Beliau seorang wanita yang cantik dan awet muda. Tak nampak seperti wanita 50-an langsung.

"Ya...Cuma tak selera..puan makanlah lagi..." ujar Zara hendak berbasa basi walaupun hatinya tak lalu nak buat apa-apa masa ni.

Rania tersenyum lebar.

"Aunt perhati kamu makan sikit sahaja...sejak tadi, kamu tak apa-apa?"

Mata Zara naik memandang Sarah apabila mendengar soalan itu yang sejak tadi memberi renungan bersalah kepadanya lalu kembali memandang Rania.

"Tak adalah...biasalah. Kita ni perempuan kena jaga badan. Kalau gemuk sangat orang tak suka kalau kurus sangat tak cantik pula kan...itu yang saya makan sikit-sikit sebab nanti ada hidangan lain..."seloroh Zara dengan ceria.

Rania ketawa kecil mendengarnya lalu mengangguk kepala.

"Betul kata kamu...aunty yang dah tua ni pun kena jaga badan..."bicara wanita itu dengan mesra.

Zara tersenyum sedangkan dalam hatinya sedang sakit seperti digores berkali-kali. Sampai nak bernafas pun tak boleh masa tu.

Kenapa Sarah tak pernah beritahu yang dia adalah anak kepada Benz dan adik kepada Damon. Apa yang Sarah cuba lakukan?Mereka telah berkawan lama. Dan selepas bertahun lama dia baru tahu sekarang?

"Oh...Benz."panggil Kayla yang menyampuk perbualan James dan Benz.

Mata Benz terus memandang Kayla.

"Ya..."

"Saya dengar awak datang ke sini sebab hendak sampaikan sesuatu?Apa dia?"senyum Kayla yang sudah boleh merasa sesuatu yang besar bakal tiba.

Benz yang dengar tersentak sambil mengangguk kepala.

Kennedy dekat sebelah Benz dah panas punggung.

Sementara Zara dan Sarah langsung tak peduli soal perbualan tersebut kerana tenggelam dengan isu mereka sendiri.

"Ah..betul. Hampir terlupa saya..."ujar lelaki itu yang kemudiannya memandang Damon.

"...sebenarnya anak lelaki saya ni ada buat permintaan pada saya. Disebabkan tahun ini dia sudah masuk 25 tahun dan tak nak tunggu lama-lama,, dia mahu berkahwin. Saya cakap kalau nak, saya okay saja. Jadi saya pun datang ke sini bertemu dengan James selepas saya dengar beliau ada anak perempuan...mana tahu kalau anak lelaki saya ni berkenan..."Benz menepuk bahu Damon.

Kennedy yang dengar sudah terbuka mata luas, hampir hendak menjerit sebab teruja selepas mendengarnya.

Sementara Zara yang dengar langsung tidak peduli. Kerana waktu itu Zara fokus pada Sarah. Di bawah meja, Zara mengepal penumbuk menahan sabar atas pehanya.

"Ya ke..."balas Kayla sambil memandang Damon. Dia tahu Kennedy pasti akan terpilih. Lihat sahaja, anaknya itu lebih bagus dan lagi menarik dibandingkan budak hingusan seperti Zara tu. "Bagaimana pendapat kamu?"soal Kayla pada Damon sewaktu Zara bangun dari situ.

"Maaf...saya perlu ke tandas..."pamit Zara dengan senyuman serba salah.

Kayla mengetap gigi kejengkelan. Dia jeling tak puas hati ke Zara masa anak tiri dia berdiri dari situ.

"Saja jer nak cari perhatian!Tak nampak ke orang tengah berbincang ni!"gerutu Kayla dalam hati.

Damon yang dengar mengerling ke arah Zara dan mengekori langkah gadis itu sehingga Zara meloloskan diri keluar dari situ. Setelah itu Damon memandang Sarah. Memberi isyarat supaya adiknya mendapatkan Zara.

Sarah yang lihat sudah membuat muka takut. Dia bangun dari situ dan memberi tunduk maaf.

"Saya pun...tiba-tiba saja...kalian sambunglah perbincangannya..."pamit Sarah.

Kayla dan Kennedy yang lihat berasa senang setelah Zara pergi dari situ. Boleh lah mereka bincang soal perjodohan ni tanpa gangguan dua orang menyemak itu.