webnovel

Chapter 2

Dua minggu yang lalu,

Hari dimana tuanku Pemaisuri dan tuanku Raja mangkat, ketika itu mereka baru selesai melakukan majlis hari jadi puteri sulung mereka,

Majlis tersebut berlangsung dengan megahnya, untuk pertama kalinya, rakyat jelata di alu-alukan kedatangan mereka kerana Tuanku Emperor ingin memperkenalkan puterinya kepada umum, (seumpama majlis debunte)

Walau bagaimanapun Tuanku puteri mengunakan kain lace penutup hidung,dan mulutnya hanya matanya yang terlihat, hal ini dilakukan agar terhindar dari segala bahaya yang mendatang.

Umurnya sudah pun mencecah 16 tahun secara rasminya, namun Kim Clan mula membuka cerita untuk mencari calon suami buat sang puteri, hal itu membuatkan tuanku Emperor sangat murka dan mengakhiri majlis itu serta merta walaupun ketika itu, para kakitangan istana telah pun mempersiapkan jamuan makan malam untuk para tetamu,

Tuanku Pemaisuri mempelawa semua tetamu untuk menjamu selera dahulu sebelum mereka pulang,

Setelah majlis itu tamat, tuanku pemaisuri dan raja tiada bersuara mahupun memberi arahan, para pengawal masih menjaga ketat di pintu kediaman mereka,

Keesokan paginya, seluruh istana digemparkan dengan berita kehilangan mereka, berita kemangkatan mereka dirahsiakan dari seluruh penduduk, dan Kim Clan mempelawa diri mereka untuk menyiasat kematian tersebut,

Walau bagaimanapun, masih ada khabar angin yang berlega-lega di kalangan penduduk, dan Bendahara Kim memerintahkan untuk mengurung sesiapa sahaja yang menyebarkan fitnah terhadap tuanku diraja.

Saban hari selepas kepergian ibunda tercintanya, Haemin mula berubah, lebih-lebih lagi apabila Kim Clan mendesaknya untuk berkahwin dan memilih salah seorang calon yang mereka telah tetapkan untuk dijadikan raja baharu.

Tempoh untuk bekabung belum habis, namun Kim Clan sudah memikirkan untuk memilih raja yang baru, Haemin baru 16 tahun, dia masih muda dan belum mampu untuk memegang tanggungjawabnya sebagai pemaisuri,

"Kalau iya pun mahu suruh aku kahwin, kenapa tidak tunggu aku 18 tahun dahulu" keluhnya, dia mula merancang untuk melarikan diri dari istana, kalau boleh ingin pergi jauh dari kerajaannya itu,

Seminggu setelah kemangkatan tuanku diraja,

Bendahara Kim, mula datang kepada Haemin lagi sekali untuk mengatakan hasratnya untuk mengawinkan Haemin dengan salah seorang dari anak bujang daripada Kim Clan,

Namun ditolak mentah-mentah oleh Haemin, dia tahu yang Bendahara Kim ingin menjadi raja yang sebenar setelah menyingkirkan para raja Kim yang lain,

Dia tahu kerajaan Kim Clan yang sebelum ni telah dimusnahkan oleh Bendahara Kim sendiri namun disebabkan late Emperor Yeo dan late Emperor Kim sudah berpakat untuk menjadikan Emperor Moon sebagai pemerintah yang baru setelah ketiadaan mereka, rancangan Bendahara Kim gagal,

Disebabkan itu lah kenapa, bermula dari Keluarga diraja Yeo then ke Kim, sekarang adalah Moon then Kim balik? Bukan ke patutnya Yeo Clan?

Haemin merancang untuk larikan diri malam itu setelah dirinya terdesak untuk terus hidup, namun percubaannya gagal disebabkan oleh ketua pengawal istana itu menghalangnya, dia tertangkap sebelum memulakan rancangannya,

"Yah lepaskan aku!" jeritnya meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Maaf tuanku, kami tidak boleh membenarkan tuanku keluar dari istana" ujar pengawal tersebut

"Yah! kamu tu hanya pengawal, Saya ni puteri!" Haemin akhirnya dikurung dalam biliknya,

Hari kedua percubaan meloloskan diri selepas seminggu kematian ibu dan ayahnya,

Kali ni Haemin mula menggunakan jalan belakang dan meloncat pagar tempok yang rendah. Dia menggunakan baju hanbok lelaki dan memakai hat (topi)

"Fuh, untuk sementara ni aku pakai baju lelaki" bisiknya perlahan dan berlari ke hujung perkampungan desa itu dan tiba ke dalam bahagian hutan,

Dia tak begitu familiar dengan kawasan di bahagian hujung desa tersebut, dari jauh boleh kedengaran bunyi para pengawal mula bertindak mencarinya.

Dia ingatkan dirinya telah tersesat, namun dia menjumpai sebuah tasik yang sangat indah,

Terdapat 2 jambatan yang menghubungkan sebuah kawasan yang seperti pulau terapung di tengah-tengah tasik yang luas itu.

"Cantiknya bunga-bunga di sini, kejap? bunga ros?"

Haemin mula meninjau kawasan tersebut yang dipenuhi bunga-bunga yang dia tidak pernah dia lihat selama dia hidup,

Bunga ros sangat jarang terlihat pada zaman sebegitu, bunga ros hanya berasal dari negara barat-barat seperti yang tertulis dalam buku yang ia baca mengenai bunga-bunga.

"Jadi, ni lah Midnight rose yang penduduk desa selalu perkatakan, bunga ni tumbuhan liar dan hanya terlihat semasa bulan penuh, dan hanya mekar dimalam hari,"

"Cantik, kawasan ni pun dipenuhi dengan haruman bunga" Haemin membuka hatnya dan melepaskan telucuk sanggul, rambut panjangnya mula terlerai lurus kebawah,

Wajahnya yang tadi nampak seperti lelaki sekarang sesiapa sahaja boleh cam wajahnya sebagai perempuan

Haemin berjalan di jambatan yang terlilit dengan tumbuhan bunga ros liar tersebut,dipetiknya sekuntum dan di selitkan di rambutnya, dia mula tertarik dengan pokok sakura yang masih mekar di tengah-tengah tasik tersebut.

"Sekarang bukan musim bunga, tapi kawasan ni dipenuhi dengan bunga-bunga, seolah-olah tempat ni melanggar hukum alam. Macam aku telah dibawa ke dunia penuh fantasi,"

"Aku tak faham kenapa, mereka nak bunuh aku, dalam makanan aku, diletakkan racun yang membuatkan organ dalaman rosak dengan perlahan, mungkin kah ibunda dan ayahanda juga diracun sejak dulu? tapi kenapa?"

"Mungkin lepas ini, mereka akan bunuh aku pula," Haemin mula berjalan untuk ke seberang namun dia terserempak dengan seseorang yang nampak seperti pembunuh upahan, berpakaian hitam memakai topeng muka menyeramkan.

"Siapa kamu!" Haemin mula bersedia untuk mengelak dan membalas setiap serangan yang akan diberikan, dia mengeluarkan telucuk sanggulnya yang digunakan sebagai alat keselamatannya.

Dia mula diserang dengan pedang namun Haemin sempat mengelak dan mula berlari balik ke jambatan lagi satu, namun nasibnya sungguh malang, papan tersebut sangat rapuh dan patah ketika dia berlari hingga membuatnya terjatuh ke dalam tasik,

Haemin cuba berenang kepermukaan namun kakinya terbelit dengan rumpai, dia mencuba untuk melepaskan kakinya namun dia tak cukup nafas untuk melepaskan dirinya, dan hanya mampu redha dengan nasibnya ketika itu dan perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhirnya,

'Mungkin ini lah pengakhiran hidup aku, mati lemas dalam tasik ni, lagipun mereka betul-betul nak aku mati,....'

Namun pada masa yang sama,

Modern Life....

"Kejar dia!"

"Aaaaa mati lah aku kalau tertangkap" Min terjun dari balkoni tingkat 2 rumahnya seperti filem action tanpa cedera sedikit pun,

"Kalau korang tak dapat tangkap dia, aku bunuh korang semua!" suara namja itu masih kedengaran saat Min melompat pagar rumah agam tersebut dan melarikan diri,

Dia melarikan diri menggunakan kereta namun terlibat dalam kemalangan disebabkan dilanggar lori dari sisi,

Ketika orang-orang tadi sampai ditempat kejadian, Min ketika itu sudah berlari menerusi hutan agar tak tertangkap..

"Fuhh, nasib aku tak mati dalam letupan kereta tu tadi, lebih parah kalau kena tangkap dan dibunuh oleh si tua tu! aku bernasib baik masih hidup ketika kemalangan tadi," Min berlari lurus ke hadapan,sehinggalah dia pun sampai ke sebuah tempat yang tidak pernah terfikir wujudnya, jambatan di hadapannya itu nampak usang dan rapuh seperti jambatan pada zaman joseon,

"Aku kat mana ni," Min mula berasa sangat pening, seluruh badannya sakit-sakit kerana kemalangan yang ditempuhinya tadi, kaki dan lengannya luka-luka, tangannya berdarah perlahan namun Min tak kisah semua tu, dia meneruskan jalannya untuk pergi ke seberang jambatan tersebut,

"budak tu dah kenapa?" Min melihat seperti ada seorang budak seperti berdiri di titian jambatan,

"Yah! kau nak bunuh diri kah!" Jerit Min dari kejauhan namun sepertinya suara dia tak kedengaran, kelihatan sepertinya budak itu ingin membunuh diri,Min pun berlari untuk mendapatkan tangan budak tu namun entah macam mana dia tak mampu mengapai tangan tersebut walaupun dia boleh menyelamatkannya

Disebabkan ketidakseimbangan badannya, dirinya pun turut terjatuh ke dalam sungai tersebut,Min boleh sahaja berenang ke permukaan namun seolah-olah kakinya terkait dengan sesuatu, Dia kehilangan banyak tenaga kerana struggle bernafas dan akhirnya dia seperti rasa nyawanya melayang

Namun dia terdengar bunyi percikan air seperti ada yang terjun untuk menyelamatkannya,

'Sesiapa, selamatkan aku,aku tarik balik kata-kata aku yang nak mati, aku nak hidup, aku nak ubah takdir aku'

Seolah-olah permintaannya dikabulkan, Dia pun perlahan-lahan membuka matanya, setelah merasakan ada tangan memeluk tubuhnya,

Ketika itu dia melihat seseorang menyelamatkannya, mata coklat hazel yang sangat menawan itu membuatkan dirinya terpaku memandangnya, dia merasakan degupan jantungnya sendiri,

Sepertinya dia telah diberi nyawa yang baru ,

Pandangannya samar-samar sahaja memandang namja itu ketika dirinya membuka mata, disebabkan badannya terlalu lemah, membuatnya pengsan semula,

Pada masa yang sama , kedengaran bunyi pedang saling berlaga, pasukan Night raven tiba menghalang para assassin yang mencerobah kawasan larangan tersebut. Beberapa aksi perlawanan yang tidak bisa diungkapkan hanya mampu membayangkan pun berlaku.

Setelah perlawanan yang tidak bergitu panjang itu berlaku, para Night raven bergumpul,

"Hyung! Gwenchana!" tegur salah seorang dari Night Raven yang menggunakan kipas sebagai senjata rahsianya.

"Youngjo!" berlari mendapatkan Youngjo yang berenang ketepian tasik.

"Gwenchanayo..." wajahnya sangat bersinar ketika disinari oleh cahaya bulan , haruman bunga ros mula terhidu di sekeliling. Kim Youngjo has make appearence,

"Korang, maaf lambat, Ehh? korang kenapa luka-luka ni? tak tahu pula kita ada latihan malam ni?" seseorang dari jauh berlari membawa panahnya, Termengah-mengah dibuatnya.

"Keonhee ahh, kau ni selalu lambat, kau buat apa? takkan lah kau buat kerja-kerja dirumah?" Keonhee hanya tersipu malu, dia selalu lambat untuk latihan bersama Night Raven..

"Youngjo-ahh,neo jinjja gwenchana? Yah kau tak boleh berenang, asal kau terjun selamatkan dia? kalau kau pun lemas macam mana? aku juga yang susah" bahu Youngjo digenggam erat oleh Gunhak atau lebih dikenali sebagai Leedo, Mereka mungkin dari clan yang sama namun, mereka secara teknikalnya bukan adik beradik kandung.

"na jinjja gwenchane, tapi Gunhak-shi, betul ke dia ni Puteri yang mereka nak bunuh tu?" tanya Youngjo yang masih duduk di tepi tasik dengan Min di sisinya. Sekilas pandang, wajah Min ditenung perlahan.

'ini bukan kali pertama aku jumpa kau bukan?' Youngjo hanya bermonolog di dalam hatinya,

"Moon Haemin kan nama dia?" Leedo menyimpan kembali pedangnya dalam bekasnya semula, atas arahan Youngjo dia tidak mengejar para assassin yang mengikuti gadis itu.

"Tapi, kenapa Kim Clan nak bunuh dia? bukan ke mereka yang beria nak kahwin kan dia dengan calon raja baru?"

'Praak', bunyi dikeluarkan oleh kipas tangan milik Hwanwoong dan mula mengipas dirinya setelah menghalang para assassin tadi.

"Dongju mana? takkan masih di tempat tu?" tanya Youngjo untuk menukar topik melarikan diri dari soalan Hwanwoong, dia pernah bertikam lidah dengan Hwanwoong disebabkan keluarga mereka sendiri.

"Jom lah balik, lagipun assassin tadi tu dah larikan diri, kalau ikutkan aku nak je kejar," ujar Leedo menepuk-nepuk bahunya yang lenguh

Youngjo masih duduk di tepi tasik, dari jauh sepertinya dia mengeluarkan sesuatu dari pocket bajunya,

"Youngjo-ahh kau buat apa lagi tu jom balik sebelum orang istana cari puteri mereka ni." tegur sahabatnya itu,

"Ahh Seoho-ahh, kita akan perhatikan dia buat masa sekarang, aku nak tahu lebih dalam apa rancangan dia,"

Youngjo menandakan simbol istimewa di pergelangan tangan Min, dilukis perlahan dan tersenyum, setelah sekian lama itu lah pertama kali Seoho melihat Youngjo senyum semula,

"Kau..."Seoho terkejut melihat apa yang Youngjo lakukan ketika itu,

"Jangan risau, aku tak akan, kau pun tahu.." Seoho melihat wajah Youngjo dan mengeluh perlahan

"Ikut kau lah, aku tak nak jadi macam dulu,kita ni pahlawan, kita ada tugas kita sendiri, kau pun tahu tu, sebab kau ketua kitaorang, Jom lah diaorang dah tunggu" bahu Youngjo ditepuk perlahan, ayat Seoho dihadam dalam hati,

Sebelum pergi, Youngjo sempat berbisikan sesuatu kepada Min.

'Bila kita jumpa lagi, kau kena bayar aku untuk nyawa kau yang aku dah selamat kan,'

Back to present,

Min yang baru bangun mula memberikan pandangan cuak kepada Hyekyo wajahnya merah seperti tomato, dia mula menjerit, dan membuatkan Hyekyo menggelabah.

"OMG, tu bukan memori Haemin sepenuhnya! masa aku lemas tu, namja kacak tu bagi CPR kat aku, bukan ke tu bermakna, Haemin yang sebenar dah mati! WTF!!!!!"

"dan..dan...Arghhhhh selama aku hidup 21 tahun itu lah first kiss aku! NOOOOOOO!!!" Min yang membuat muka terkejut ala-ala The Scream tersebut mula pengsan lagi sekali

Hyekyo mula risau dengan puterinya itu yang sejak pagi tadi moodnya tak tenteram dan balik-balik pengsan, sehinggakan Yonghwa memanggil physician untuk memeriksa puteri tersebut.

Menurut physician tersebut, puteri mungkin mengalami kemurungan dan perlu pergi keluar bersiar-siar untuk menghirup udara segar, udara di kawasan istana kurang baik untuknya.

Setelah Hyekyo dan Yonghwa keluar dari bilik,

"Tuan Park terima kasih, ni upah dia," Min memberi seuncang duit kepada Physician Park tersebut.

"Yah, awak lupakan saya ke? saya ni kawan awaak lah, Park Rena!?" Rena membuka mask kain yang menutup bahagian hidung dan mulutnya.

"Yah, chinguya, sampai sini awak cari saya, waah tak sangka lah kita berdua sama-sama terperangkap kat zaman Joseon ni" Min memeluk sahabat karibnya tersebut.

"Huh? Apa awak merepek ni? terperangkap kat zaman joseon? bukan ke kita memang di joseon?" Rena duduk bersila dengan wajah blurnya memandang wajah Min.

"Ahh kau bukan Park Rena jurusan account kah? kejap! Oh My God, apa kena dengan aku ni.." Min sendiri mula blur dengan ayatnya sendiri.

'Oh...my...god... patut lah aku rasa pelik sangat,'

'nama sama, muka sama, takdir sama,'

'seolma aku di kehidupan lalu aku? tapi kenapa?'

'Nama korea aku pun Moon Haemin, dan nama puteri ni pun Moon Haemin,'

'then, nama kawan kolej aku di dunia modern Park Rena dan Shin Hyekyo,'

'now di zaman Joseon pun nama dayang istana dan juga childhood aku Hyekyo dan Rena???ahhh makin pelik dan membagongkan.'

"Min-ahh kenapa pula awak yang termenung ? Awak belum jawab lagi pertanyaan saya tadi"

Min mula menceritakan apa yang sebenarnya terjadi namun hal itu membuatkan Rena ketawakan dirinya dan berfikir bahawa Min hanya begurau dan membuat lawak.

"Actually saya dan Hye( sebutan Hey yii) rancang nak bawa awak keluar bersama , tapi itu lah nak lawat istana sekarang pun susah, tidak seperti dahulu lagi, dan awak tak dibenarkan keluar dari istana kan?"

Setelah lama berborak akhirnya Rena meminta diri dan mula memberi isyarat untuk berjumpa di tempat biasa.

'Bahasa isyarat??'

'aku tunggu kat tempat biasa di pokok besar'

'waah, orang zaman dulu dah belajar bahasa isyarat nasib lah aku pernah ikuti kurus bahasa isyarat , tapi okay juga hidup zaman joseon jadi puteri ni,'

'makan minum orang buat kan, selalunya aku yang masak sendiri ,pakaian pun dayang-dayang yang pakaikan, makeup pun di touch up oleh para dayang-dayang istana, seronok pula jadi puteri,'

Min mula lupa hasrat sebenarnya untuk mengubah takdirnya sendiri,

"Ahhh tak boleh leka, sementara boleh keluar ni, aku akan gunakan masa ni untuk mencuci mata aku, handsome boys i'm coming..."

"Jap, euww no way, takkan lah aku nak ada banyak scandal, aku masih 16 tahun," Min berfikir sejenak dan mula mengukir senyuman sinis,

"ahh badan je 16 tapi fikiran aku 21 tahun, ha...ha..ha..." Min ketawa perlahan-lahan melihat pantulan dirinya di cermin, sudah seperti vilain dalam drama ,

"Plan mencari anak ikan bermula sekarang, eh asal anak ikan pula, hmmm whatever asalkan aku ada calon-calon yang menepati kriteria-kriteria seorang raja seperti yang ditetapkan oleh Kim Clan"

Krunkkk Krunkkk

"Tapi sebelum tu elok lah aku makan dulu, haish, disebabkan aku balik-balik pengsan,sampaikan aku terlepas waktu Lunch, dah lah chef istana masak sedap.."

Para dayang pun masuk mempersiapkan Min dengan pakaian hanbok , nampak simple tapi elengant.

"Hye-shii boleh tak, kita pergi dapur? baegopayeo..." Hyekyo tergelak kecil melihat terlatah Min ketika itu, dengan gayanya mengusap perutnya kerana lapar, sejak malam tadi Min tidak menjamah sedikit pun makanannya.

"Arraseo Gongju-nim" Hyekyo menunduk dan mempelawa Min untuk berjalan di hadapan agar tidak disalah anggapkan seperti dirinya biadap ketika dipandang oleh dayang-dayang istana lain, lebih-lebih lagi ketua dayang puan Kim Miyeon yang asyik memerhati Min sejak dari kejadian dirinya dijumpai di kawasan sempadan.

Semasa didapur, Hyekyo kelihatan agak gelisah tentang sesuatu, dari hari tu, dia ingin bertanya mengenai sesuatu dengan puterinya itu,

"My lady, saya nak tanya boleh tak, sejak bila pengelangan tangan my lady ada simbol bunga ros?" Min berhenti menyuapkan makanan ke dalam mulutnya, dirinya pun tak pasti sejak bila ada simbol bunga ros dengan kata lain seperti tattoo atau tanda,

"Sejak kami selamatkan puteri, kami nampak tangan tuanku dipenuhi dengan darah"

"Seolma! takkan lah parut?" Min melipat lengan bajunya untuk melihat tattoo bunga ros tersebut, disentuh perlahan, rasanya seperti dilukis dengan dakwat khas, sepertinya waterprooft ink,

"Mana tuanku dapat ni!?" Yonghwa datang dan mengenggam lengan Min.

"Yah! sakit lah bodo!" Min menepis genggaman Yonghwa lalu meninggalkan dapur, para dayang dan chef ketika itu menunduk ketakutan,

Min melangkah keluar dari pintu dapur dan dayang-dayang yang melalui kawasan tersebut, mula tertunduk terduduk terkejut melihat kemunculan Min.

'Haish kelakuan dorang buat aku rasa macam villain dalam cerita drama, ye lah ditakuti,dibenci,nak dibunuh,'

'haish semua tu watak villain, tak boleh ke aku hidup dengan aman damai, tak da jumpa orang-orang macam ni, haish, mentang-mentang dah jadi anak yatim, terus semua jatuh hormat kat puteri ni,'

'Mungkin aku dari awalnya bukan anak ibunda dan ayahanda, jadi siapa Moon Haemin sebenarnya? Tapi di tugu peringatan nama keluarga aku betul lah Moon, mungkin aku patut cari rahsia keluarga diraja ni, mesti ada seseorang yang tahu apa yang sebenarnya dah terjadi,'

'Dan kenapa Kim Clan masuk campur dalam urusan diraja? Kalau ikutkan buku yang aku baca di zaman modern, Kim Clan adalah sebahagian dari golongan keluarga diraja Kim,'

'mereka inginkan pemerintah yang kuat dan cekal dalam segala aspek, mereka juga masuk campur dalam hal pemerintahan, sebab tu rata-rata orang kanan raja adalah dari Kim Clan, tapi kenapa yang tertulis dalam buku sejarah lain, dalam documentary lain and dalam drama lain?'

'Jadi ....maksudnya apa? takkan diaorang dah lantik raja tu, then raja tu buat hal diaorang senang-senang je bunuh dan gulingkan raja, ehh dah macam ayam golek dah,'

'mesti mereka ada rahsiakan sesuatu, jadi macam mana dengan Yeo clan, kalau tak silap aku Yeo clan dan Moon clan family kawan baik kan?'

'kalau Kim Clan nak sejarah berulang dengan sama, bukan ke start dari Yeo family? kenapa diaorang nak aku kahwin dengan keluarga Kim,'

'ahh asal aku tak terfikir eh? mesti lah diaorang nak bolot semua kekuasaan, dari segi ketenteraan,ekonomi,cukai,perbandaraan dan semuanya. haish aku dah agak dah!'

'Ahh sebab tu lah diaorang nk aku cepat-cepat kahwin'

'ha..ha..ha...tengok lah, aku akan rosakkan plan korang untuk bolot semuanya..'

'aku akan pastikan korang gagal'

'ni aku lah MOON HAEMIN'

"This is Moon Haemin!!" dengan gayanya mengangkat kedua tangganya dengan bangga menjerit dirinya adalah Moon Haemin, terus semua yang berada di kawasan istana memandangnya dengan pelik dan mula berbisik, membuat Haemin seperti tertuduh tidak betul dan gila.

"Korang kan, bukan main takut kalau aku menjerit, korang ni typical makcik bawang betul lah" Min berlalu pergi meninggalkan para dayang yang mula blur dan pelik dengan ayat yang puteri itu bahaskan.

Min pun berlari ke pagar belakang istana namun para pengawal mengetahui rancangan nya untuk keluar istana dan mula mengejarnya dari belakang,

Dia pun berlari sekuatnya dan melompat pagar dinding tersebut dan entah macam mana ketika itu dia betul-betul mendarat di atas kuda, dalam dakapan seorang jejaka berpakaian seperti cendiakiawan bijaksana mahupun dengan istilah lain aura keputeraan yang kacak bergaya.

"Neo Gwenchana?" ujar namja tersebut, suaranya seakan familiar di telinga Min membuat Min menoleh ke arah Namja tersebut,

Mata mereka mula bertentangan, Haruman bunga ros mula terhidu saat angin mula menyapa wajahnya dengan perlahan, mata coklat hazel yang menawan itu ditatap dengan penuh makna..

"chogiya..,urineun jeone mannayeo?" (Excuse me, did we met before?)

To Be Continued...

Scene akhir tu adalah favorite author,baru mula dah ada adegan rama-rama,

knj_99creators' thoughts