webnovel

Black Hunter Origin

Sebuah kesah Isekai dengan latar belakang dunia fantasi, apa yang anda fikirkan? Klisyei? Membosankan? Atau sudah terlalu biasa? Terserah anda ingin menganggapnya seperti apa. Tetapi, ini adalah kesah Isekai pertama daripada Malaysia, jadi tidak ada salahnya jika ianya Klisyei bukan? Ringkasnya: Cerita ini berfokus kepada Madou Gaikuro, seorang pelajar sekolah menengah dan Otaku biasa yang secara tiba-tiba dibawa ke dunia lain dan diberikan gelaran berserta tanggungjawab sebagai seorang pahlawan. Jika anda berfikir bahawa perjuangan menjadi pahlawan itu mudah, maka anda sangat-sangat salah. Kesah ini akan mengubah sudut pandang anda terhadap kehidupan di dunia asing, kerana tidak semuanya akan berjalan dengan lancar. Walaupun memiliki kekuatan agung, dia tetap perlu melalui banyak kegagalan hanya untuk mencapai satu kejayaan. Ini adalah kesah mengenai perjalanannya untuk menjadi seorang pahlawan sejati. Bagaimana kesahnya akan berjalan? Baca saja dan ketahui ianya sendiri.

Kaitou_X · Fantasy
Not enough ratings
13 Chs

Eplog: Stege Clear.

2 jam sudah berlalu semenjak berlakunya gempa bumi yang berasal daripada dalam Colosseum. Dan nampaknya tempat itu kini akan ditutup untuk suatu tempoh tertentu agar dapat memulihkan semula semua kerosakan yang dialami.

Peristiwa itu akan menjadi topik hangat untuk waktu dekat ini oleh masyarakat setempat, tetapi semua perkara itu adalah cerita yang lain.

Mari kita lanjutkan dengan apa yang sedang dilakukannya oleh protagonis kita.

♦️

Saat ini, disalah satu kedai makan yang ada didalam kota. Kedudukannya agak jauh daripada Colosseum tetapi juga tidak terlalu jauh kerana bangunan tersebut masih lagi dapat kelihatan dari tempat ini. [Tepatnya sisa-sisa bangunan, sebab sebahagian besarnya sudah hancur]

Ianya adalah sebuah kedai makan satu tingkat biasa dengan rekaan klasik, yang mana keseluruhan bahan yang digunakan untuk membangun kedai makan ini adalah kayu.

Di salah satu meja yang terdapat di dalam kedai makan itu, terdapat tiga orang lelaki yang sedang duduk dan makan bersama. Yup, ketiga-tiga mereka adalah orang-orang yang terlibat dengan kes kehancuran Colosseum secara langsung.

Salah seorang daripada mereka adalah MC kita Madou Gaikuro, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang secara tiba-tiba dibawa ke dunia ini kurang daripada setengah hari ini.

Dua orang yang duduk satu meja dengannya pula adalah Kotegawa Grei yang mengakui dirinya sebagai seorang Holy Hero, dan yang lainnya pula adalah seorang lelaki yang tidak diketahui namanya, dia mengenakan pakaian serba hitam dan mengunakan sebuah topeng di wajahnya. Dipastikan bahwa lelaki bertopeng ini adalah Kage no Yuusha, dan kekuatannya telah terbukti tanpa dapat diragukan lagi.

Mereka berada di tempat ini adalah kerana...

Tepat setelah berlakunya kekacauan yang dilakukan oleh lelaki bertopeng, para Knight yang berada di pihak Grei datang dan membantu mereka meninggalkan Colosseum agar dapat menghindari semua masalah yang akan berlaku jika mereka tinggal di sana.

Mereka semua dibawa menjauh dari tempat itu dan tidak lama kemudian mereka sampai di kawasan ini. Lalu dikeranakan alasannya masing-masing mereka semua memutuskan untuk singgah di kedai makan ini.

Tapi nyatanya alasan mereka semua adalah sama, iaitu kelaparan kerana menghabiskan banyak tenaga mereka dalam pertempuran di arena.

Saat ini, meja mereka dipenuhi dengan menara-menara yang dibina dengan pinggang kosong. Ini baru beberapa minit setelah mereka semua tiba di kedai itu, tetapi dua orang daripada mereka sudah meminta menambah makanan sebanyak beberapa kali.

Para pelanggan lain yang turut berada di kedai itu hanya mampu tebeliak mata melihat kearah mereka. Sementara para Knight yang mengiringi mereka pula hanya terus memerhati dari meja berdekatan.

"Waw, Skill awak tu pasti memakan sangat banyak tenaga awak. Itu suatu pinggan yang ke-11" nyata Grei.

"Kenapa awak lebih memperdulikan jumlah milik saya daripada dia? Lihatlah, dia sudah makan cukup untuk stok 30 orang tapi masih lagi mahu tambah" Balas Gaikuro.

"... Diriku sudah tidak makan hampir selama 2 minggu, ditambah lagi diriku terpaksa bertarung tanpa henti di arena itu selama seminggu penuh. Jadi jangan samakan kelaparan ku ini dengan milik mu" Tegur lelaki bertopeng.

"2 minggu!? Mengagumkan betul awak masih boleh hidup!"

"Macam mana awak masih boleh telan semua makanan tu? Awak pakai topeng kan?" Tanya Grei.

"Saya juga tertarik, boleh katakan apa rahsia awak?" Celah Gaikuro.

"... Daripada itu, bukankah kamu berdua sebenarnya memiliki sesuatu yang lebih penting untuk dibincangkan" balas lelaki bertopeng itu tanpa menjawab persoalan mereka.

"Oh ya, betul jugak tu" sedar Grei.

"Saya juga hampir melupakannya, jadi bukankah ini saatnya untuk kita saling menjelaskan" kata Gaikuro.

♦️

Lalu setelah itu, kesemua mereka saling menjelaskan dan menceritakan semua situasi mereka kepada satu sama lain.

Grei menceritakan tentang bagaimana dirinya dipanggil ke dunia ini sebagai sebagai seorang Holy Hero. Katanya dirinya dipanggil keduniaan itu sebulan yang lalu, tepat oleh para penyihir diraja milik kerajaan ini. Dan nampaknya alasan dirinya datang ke kota ini kerana mendapat informasi tentang pahlawan selain dirinya.

Lelaki bertopeng itu pula menceritakan tentang bagaimana dirinya boleh sampai terlibat dengan Colosseum itu. Menurutnya, dia adalah seorang banduan yang entah mengapa terpilih sebagai seorang Second Heros pada seminggu yang lalu. Lalu dirinya dipaksa untuk berkerja kepada seorang bangsawan yang menginginkan kekuatan tersebut, tetapi ditolak oleh lelaki bertopeng itu kerana tidak mahu diperhambakan oleh orang lain.

Kemudiannya bangsawan itu membuat sebuah senario agar dapat memaksa lelaki bertopeng menyerah. Dan semua perkara itu terus memanas sehingga menjadi sebuah pertunjukan.

Dan Gaikuro pula, pastinya dia menceritakan tentang bagaimana sampai ke dunia ini setengah hari yang lalu.

"Nanti, Nanti, Nanti, jadi awak baru tiba di dunia ini hari ini? Dan tadi tu pertempuran pertama awak?"

"Ya, itupun jika awak tidak mengira pertarungan saya dengan monster serigala"

"Susah saya nak percaya. Tapi awak bertarung seperti seorang veteran, apa awak seorang Atlit sukan atau sebagainya ketika didunia awak?"

"Tidak, saya cuma pelajar sekolah biasa. Semua gerakan yang saya lakukan itu semuanya berkat daripada 'Berkah Pahlawan Terdahulu'"

"Berkah Pahlawan Terdahulu..."

"Apa awak tidak mengalaminya?"

"Eh? Tak, saya juga menerimanya. Hanya sahaja saya cuma berjaya memperolehi 15% sahaja. Itu pun cuma memberikan saya kemampuan bahasa dunia ini"

(Hmm... Betul jugak tu, baru saya perasan. Saya juga dapat memahami bahasa dunia ini yang nyatanya asing bagi telinga saya. Jadi ertinya pemberkatan itu juga menanamkan pengetahuan bahasa bagi saya)

"Jadi, berapa pratus kejayaan pemberkatan yang awak perolehi?"

"70%"

"Apa!? Bagaimana!?"

"Jangan tanya saya! Saya cuma bertuah secara kebetulan sahaja!"

"15% cuma memberikan saya kemampuan bahasa dunia ini, jadi saya perlu berlatih dan usaha sendiri. Tapi awak... Ini tidak adil, bukankah saya yang sampai dulu! Kenapa awak lebih bertuah!!"

Disaat Grei menjadi frustasi, lelaki bertopeng itu akhirnya selesai menyantap makannya dan mula menyertai pembicaraan itu.

"Jadi, dikau juga pahlawan daripada dunia lain huh? Tapi ada sesuatu yang buat diriku tertanya-tanya. Dikau memiliki pedang sebagai Hero's Weapons kan?"

"Um... Yah, jadi kenapa?"

"Itu bererti dikau juga adalah seorang Holy Hero, tetapi sepatutnya Holy Hero hanya ada satu orang sahaja untuk setiap generasi! Jadi dengan erti kata lain, ada kemungkinan salah satu daripada kalian adalah pahlawan palsu!"

"Apa!!"

Mendengar penyataan itu Gaikuro langsung menjadi terkejut. Jika yang dikatakan itu benar maka antara Gaikuro dan Grei, salah satu daripada mereka berkemungkinan seorang penyamar. Dia secara tanpa sedar berpeluh deras kerana berfikir bahwa dirinya ternyata adalah pahlawan palsu itu. Tetapi tidak lama setelah penyataan itu keluar...

"Menurut saya itu tidak mungkin" Grei mencelah.

"Mengapa kau begitu yakin?" Balas lelaki bertopeng.

"Holy Sword itu sentiasa memancarkan sebuah aura kehidupan yang unik, dan mustahil untuk menirunya. Tetapi, saya dapat merasakan bahawa kedua-dua pedang milik kami aura yang sangat mirip dan bahkan tahap kemiripannya sempurna"

"... Begitukah."

"Yah, lagipun didunia ini juga ada yang namanya kembar. Mungkin Holy Hero dan Holy Sword juga ada yang kembar di generasi tertentu. Tidak ada yang tahu sudah berapa ramai pahlawan yang terpilih dimasa lalu"

"Begitukah."

"Yup, begitulah. Lagipula memiliki lebih banyak sekutu itu lebih baik"

"Umm... Boleh saya mencela? Apakah Holy Hero itu berbeza dengan pahlawan yang lain?" Soal Gaikuro.

"Eh, jadi awak tidak tahu?" Grei bertanya kembali.

"Tahu tentang apa?"

"Hahhh... Ada 2 jenis pahlawan Legendarys, Holy Hero dan Ancillary Heros. Holy Hero adalah pahlawan daripada dunia lain seperti kita, senjata milik Holy Hero pula adalah Holy Sword. Tetapi berdasarkan sejarah selama 700 tahun, tercatat cuma ada seorang Holy Hero untuk satu generasi. Dan boleh dikira kes kita ini istimewa" Terang Grei.

"Ancillary Hero's pula adalah pahlawan yang berasal daripada dunia ini. Mereka biasanya adalah orang-orang yang dipilih oleh satu dari lima Hero's Weapons selain Holy Sword milik sang Holy Hero. Jumlah Ancillary Hero's itu ada 4 orang untuk setiap generasi. Diriku adalah kategori Ancillary Hero's" lanjut daripada lelaki bertopeng.

"Selain daripada jenis senjatanya dan dunia asal, tidak ada lagi yang berbeza bukan? Jadi kenapa perlu dibahagian kepada 2 jenis pahlawan?"

"Itu kerana Holy Hero itu tidak tergantikan"

"Huh? Apa maksudnya itu?"

"Dikau rasa mengapa sebutan kami menggunakan kata 'Ancillary'? Itu dikeranakan kami tidak seberharga Holy Hero"

"Kenapa pula?"

"Ancillary Hero's itu boleh berubah-ubah orang. Tidak seperti Holy Hero yang tetap, pangkat dan kekuatan pahlawan milik kami boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang berjaya merampasnya" lanjut lelaki bertopeng.

"Kekuatan awak semua boleh dirampas?!"

"Ah, atas alasan itu jugalah diriku terlibat dengan masalah di arena itu. Mereka sebenarnya mencuba untuk memaksa ku menyerahkan kekuatan tersebut"

"Mengapa mereka berbuat seperti itu, tidak bolehkah jika dibiarkan pahlawan yang secara langsung dipilih oleh Hero's Weapons begitu sahaja?"

"Jangan naif sangat. Manusia itu makhluk yang tamak, didunia ini jika kau memiliki kekuatan maka kau akan dapat berada di atas. Oleh kerana itu pasti akan ada saja orang yang mencoba untuk memilikinya, apatah lagi kekuatan agung para pahlawan!"

"..."

Gaikuro terdiam. Terdiam kerana mendengar fakta tersebut. Hal itu juga berlaku bagi Grei. Untuk sesaat suasana diantara mereka menjadi sepi tanpa bunyi. Tetapi tidak lama setelah itu Grei mula bersuara.

"Rasanya mari kita hentikan pembincangan ini dulu. Hal-hal ini memiliki lebih banyak misteri dan fakta yang mustahil untuk dikemukakan hanya dengan saling berbual di meja makan. Jadi apa kata kalau awak berdua ikut saya pergi ke ibu kota, disana kita akan dapat mencari lebih banyak maklumat. Ditambah lagi sang raja kerajaan ini akan turut membantu kita"

"Ibu kota!? Raja!?"

Gaikuro serta merta teruja ketika mendengar bahawa dirinya akan dapat bertemu dengan seorang raja seperti yang biasa terjadi di anime. Dirinya kelihatan begitu bersemangat dan tertarik sehingga dapat kelihatan beberapa kilauan diseluruh wajahnya. Akan tetapi...

"Ditolak!" Nyata lelaki bertopeng dengan lantang. "Aku tidak akan ikut awak semua pergi ke tempat itu" sambungnya.

"Apa? Mengapa?"

"Kerana aku tidak mahu. Itu sahaja sudah lebih daripada cukup untuk menjadi alasannya"

"Tapi disana kita akan mendapatkan lebih banyak bantuan. Kita mungkin pahlawan yang ditakdirkan untuk menyelamatkan dunia, tetapi kita tidak akan dapat melakukan semuanya! Pahlawan juga memerlukan bantuan orang lain!"

"Aku seorang penjahat!"

"!!"

"Kalian berdua hanyalah orang asing yang secara tiba-tiba dibawa ke dunia ini jadi diriku agak ragu kalau berdua betul-betul mengenali isi sebenarnya, sedangkan diriku sudah hidup dan terseksa didunia rosak ini seumur hidup ku. Oleh kerana itu diriku langsung tidak peduli dengan nasib dunia ini, tapi ianya masih menyeret ku kedalam masalah ini. Untuk apa? Untuk memaksa ku menyelamatkannya? Malang itu juga sepatutnya ada batasnya!"

"..."

Grei terdiam. Dia tidak mampu menjawabnya. Dirinya hanya mampu terkaku sambil memikirkan kata-kata tersebut.

"Jadi awak tidak akan ikut?" Tanya Gaikuro.

"Begitulah"

Lalu lelaki bertopeng itu bangun daripada kerusinya dan mula berpaling. Sambil itu dirinya menarik keluar sesuatu dari sebalik pakaiannya. Benda yang dikeluarkan olehnya itu adalah sesuatu yang berwarna hitam, tajam dan pendek. Ianya adalah sebuah Knife.

"Knife ini adalah Hero's Weapons milik ku, diriku mahu dikau menerimanya. Walau bagaimanapun diriku ini berhutang budi kepada mu, tapi sekarang diriku tidak memiliki apa-apa yang dapat diberikan sebagai balasan. Jadi anggaplah diriku berhutang, dan Knife ini sebagai pendahuluannya"

"Eh!!! Tidak, tidak, tidak, saya tiada boleh menerimanya! Lagi pula, Grei adalah orang yang membayar makanan ini"

"Ini bukan untuk makannya, tapi kerana dikau menarik diriku daripada gerbang kematian. Dikau berkata bahawa aku masih lagi ingin hidup, aku mempercayai itu. Dan itu bererti dikau menyelamatkan ku, jadi aku berhutang nyawa kepada mu" Kata lelaki bertopeng menjelaskan.

"Jika makanan... yah, saya sudah menolongnya melarikan diri daripada arena itu kan. Jadi ini seperti dirinya membalas budi sahaja" Lanjut lelaki bertopeng.

"Hei, saya datang ke sana tu juga demi awaklah!" Grei memotong pembicaraan.

Tanpa memperdulikan komentar Grei tersebut, lelaki bertopeng itu mula berjalan menuju pintu keluar milik kedai itu. Tetapi disaat lelaki bertopeng itu hampir melangkah keluar...

"Nanti dulu, boleh katakan dulu siapa awak!?" Tanya Gaikuro.

Lalu lelaki bertopeng itu berhenti berjalan dan mula sedikit memutar lehernya dan menoleh kearah Gaikuro, dan dirinya pun berkata...

"Diriku cumalah seorang penjahat, ingat itu baik-baik "

"Eh!!?"

Kemudiannya lelaki bertopeng itu kembali berpeling dan secara tiba-tiba dikelilingi oleh bayang-bayang hitam. Lalu dia akhirnya menghilang tanpa jejak bersama-sama dengan bayang-bayang itu.

"Dia menghilang!!"

"Yah, itulah sebabnya ada kata 'Kage' pada gelarannya" [Kage itu bahasa jepun untuk bayang-bayang]

"Jadi, mari kita pergi juga. Saya perlu memberikan laporan kepada raja berkaitan dengan hal ini" lanjut Grei.

"Um, baiklah"

Dan beginilah kesah baru milik pahlawan muda itu pun bermula.

Dirinya dipisahkan daripada semua orang yang berhubungan dengannya dan dibawa ke dunia yang asing baginya secara tiba-tiba, lalu dibuat menjadi seorang pahlawan dan diminta untuk menyelamatkan dunia tersebut. Tetapi bukannya merungut dan marah dengan takdirnya, dirinya malah dengan senang hati menerima tanggungjawab tersebut.

Dia bersedia menanggung beban sebesar itu meskipun dirinya masih lagi terlalu muda. Dia bukanlah seorang genius ataupun atlit, dirinya cumalah pelajar sekolah menengah biasa tanpa sebarang pengalaman atau kemampuan luar biasa.

Perjalanannya dimasa hadapan tidak akan dapat dijangka dan sukar, tidak ada yang dapat tahu apakah dirinya akan berjaya atau tidak. Tetapi yang pasti, tidak ada salahnya menyaksikan kesahnya.

Mari kita lihat sendiri bagaimanakah kesah lagenda mengenai dirinya akan tertulis.

Bab pertama akhirnya selesai, Nantikan kelanjutan nya dimasa hadapan.

Eplog: Stage Clear.

~The End~

Nanti dulu! Sudah sampai bahagian penutup bab pertama ke? Cepatnyaaaaa...!!

Kaitou_Xcreators' thoughts