webnovel

Black Hunter Origin

Sebuah kesah Isekai dengan latar belakang dunia fantasi, apa yang anda fikirkan? Klisyei? Membosankan? Atau sudah terlalu biasa? Terserah anda ingin menganggapnya seperti apa. Tetapi, ini adalah kesah Isekai pertama daripada Malaysia, jadi tidak ada salahnya jika ianya Klisyei bukan? Ringkasnya: Cerita ini berfokus kepada Madou Gaikuro, seorang pelajar sekolah menengah dan Otaku biasa yang secara tiba-tiba dibawa ke dunia lain dan diberikan gelaran berserta tanggungjawab sebagai seorang pahlawan. Jika anda berfikir bahawa perjuangan menjadi pahlawan itu mudah, maka anda sangat-sangat salah. Kesah ini akan mengubah sudut pandang anda terhadap kehidupan di dunia asing, kerana tidak semuanya akan berjalan dengan lancar. Walaupun memiliki kekuatan agung, dia tetap perlu melalui banyak kegagalan hanya untuk mencapai satu kejayaan. Ini adalah kesah mengenai perjalanannya untuk menjadi seorang pahlawan sejati. Bagaimana kesahnya akan berjalan? Baca saja dan ketahui ianya sendiri.

Kaitou_X · Fantasy
Not enough ratings
13 Chs

Chapter 4: Toorisugari no Hiro da, oboetoke.

Beberapa minit yang lalu... tepat sebelum terjadinya kekecohan di dalam Colosseum...

Diantara kawasan lorong-lorong gelap dikawasan pinggiran kota.

"Aduhai, diriku masih lagi tersesat nampaknya!!"

Ada seorang Chuunibyou yang menggelar dirinya The Void Lord Azathoth sedang dengan bangganya memamirkan situasinya saat ini.

"Siapa sangka, sang penguasa kehampaan boleh jatuh ke dalam situasi sehampa ini. Menghampakan betul..."[Void itu adalah sebahagian daripada namanya, tetapi disini dirinya juga menggunakan erti lain dari kata 'Void' sebagai diskrepsi situasinya saat ini. Void itu boleh bererti lohong hitam, kekosongan, kehampaan dan banyak lagi. Anda tidak perlu memahami apa yang sedang dirinya katakan saat berada di dalam mode Chuunibyou, sebab memang tidak ada dapat memahaminya]

Yup, itulah sang protagonis kita. Dan nampaknya dirinya masih lagi tersesat jalan, disertai dengan entah bagaimana dikuasai oleh Chuunibyou Mode di situasi seperti itu.

Setelah melarikan diri daripada kerumunan orang ramai dikeranakan rasa malu, dia telah sampai ke kawasan tersebut secara tidak sengaja.

"Jadi... Apa yang perlu aku lakukan sekarang?" Tanyanya kepada diri sendiri dengan nada megah.

"Hmmm... Sistem, apa kau ada sebarang petunjuk atau maklumat yang dapat membantu ku mencari 'Kage no Yuusha'?"

\\ Ada //

"Huhh... Apa itu? Kemukakan ia"

\\ Diterima. Ciri-ciri yang dimiliki oleh 'Kage no Yuusha' adalah: Hitam, Kuat, Merbahaya, Dingin dan sangat-sangat tidak mempercayai sesiapa //

"Bagus, sekarang aku cuma tinggal mencari seseorang berkulit gelap dan berotot lalu mengenali sifat dan pribadinya... Apakah kau bergurau dengan ku? Kau tahu tak berapa besarnya kota ini? Boleh tak berikan petunjuk yang lebih berguna?"

\\ Diterima. Sekiranya anda mengira dari 1 sehingga 5 anda akan dapat menemukan petunjuk lokasinya berada //

"Mengira 1 sampai 5? Sirius ni?"

\\ Sangat Sirius! //

"Baiklah..."

Meskipun memiliki sedikit keraguan, dirinya hanya menuruti sahaja apa yang dikatakan oleh Sistem dan mula mengira.

"Satu... Dua... Tiga... Empat..."

"Li-..."

Boooommmm!!

"Huh?! Bunyi apa itu?!"

Sebelum dirinya sempat mengucapkan angka kelima, secara tiba-tiba kedengaran sebuah bunyi letupan yang sangat kuat sehingga membuat dirinya membatalkan kiraan yang sedang dilakukannya. Lalu dengan panik dirinya berpaling kearah sumber bunyi letupan itu untuk memereksa apakah yang sebenarnya terjadi.

Dan bertapa terkejutnya dirinya ketika melihat kearah tersebut.

Kelihatan sebuah pilar berwarna merah gelap memancar tinggi ke langit daripada Colosseum yang sebelum ini dilihatnya.

Memorinya masih belum rosak, jadi dirinya sangat pasti bahawa pilar tersebut tidak ada disitu sebelum ini. Oleh kerana itu dirinya dapat memastikan bahawa pilar berwarna merah gelap itulah yang menjadi punca bunyi letupan tadi.

Seketika kemudian dirinya pun teringat mengenai apa yang dikatakan oleh Sistemnya.

"Hei sistem, apa itu pertunjuk yang kau maksudkan tadi? Dan apakah kau yang mencipta pilar itu?"

\\ Jawapan: Memang itulah pertunjuk yang dimaksudkan, tetapi bukan sistem yang menciptakan ia. Sistem hanya melakukan pengiraan kepada perubahan drastik terhadap kandungan magic diudara dan melakukan beberapa kesimpulan lalu memberikan kemungkinan tertinggi... //

"Baiklah... Aku tidak begitu faham sangat, tapi aku cuma tinggal pergi ke tempat itu sahaja kan?"

\\ Ringkasnya: Ya //

"Baiklah, mari pergi!"

Tanpa berlengah-lengah lagi ditempat itu, dengan segera dirinya mula berlari menelusuri lorong-lorong dan terus bergerak lurus agar dapat sampai di tempat tersebut secepatnya.

♦️

Sementara itu, disaat yang bersamaan...

Terdapat sebuah kereta kuda dengan reka bentuk mewah yang dikemudi oleh seorang Knight sedang berhenti ditengah-tengah jalan.

Lalu seorang lelaki dengan armour ringan dan berpakaian merah mula turun daripada kereta kuda mewah itu.

Lelaki itu terus melihat kearah pilar berwarna merah gelap yang memancar keluar daripada Colosseum. Dan disaat dirinya khusyuk memerhatikan pilar tersebut dirinya mula berbicara sendirian dengan nada cemas.

"Oh tidak, ini tidak baik. Saya sudah sangat-sangat hampir dengan tempatnya... Takkanlah saya terlambat!!"

Lalu dengan wajah yang resah, lelaki berarmor ringan itu pun dengan cepat mula berlari menuju ke arah Colosseum itu.

"Eh? Nanti dulu tuan!!"

Para Knight yang sama-sama sedang berada di kereta kuda itupun melihat tindakan mengejutkan yang sedang dilakukan oleh lelaki berarmor ringan itu, lalu mereka mencuba untuk memanggil dan menghentikannya.

Tetapi nampaknya tindakan mereka tidak berjaya, dan lelaki berarmor ringan itupun semakin menjauhi mereka lalu menghilang daripada pandangan.

♦️

Didalam Colosseum...

Di kawasan tempat duduk penonton, semua penonton melihat dan bersorak gembira kepada aksi yang sedang berlaku di bahagian tengah arena.

Ada dua sosok yang terlihat sedang berada di atas arena. Salah satunya ialah seorang lelaki bertopeng dan berpakaian serba hitam yang sedang tergelak di atas tanah. Sedangkan seorang lagi adalah lelaki berusia sekitar 20-an dan mengenakan pakaian formal berwarna ungu dan pink sambil disertai dengan senyuman sinis di wajahnya, dia adalah sang pengacara.

Senyuman sinis yang ada di wajah sang pengacara itu membuatkan seluruh penampilannya kelihatan jahat sehingga pakaian formalnya itu bagaikan tidak bererti apa-apa, tetapi kelihatannya lelaki tersebut langsung tidak peduli dengan perkara tersebut.

Lalu setelah diam untuk beberapa ketika, sang pengacara adalah yang pertama bersuara.

"Hehehe... Tuan juara bertahan, apakah awak tidak mahu turut meraikan babak terakhir kali ini? Bukankah itu tidak sopan... he he he he he he he..."

Tidak ada sebarang balasan yang kedengaran. Lelaki bertopeng itu masih lagi tegeletak diatas tanah tanpa daya dan hanya berdiam.

"Yah... saya sebenarnya memang tidak mengharapkan agar awak menjawab saya, racun yang saya sebarkan pasti sudah banyak mempengaruhi tubuh awak tapi tetap saja saya terasa seperti diabaikan..."

Meskipun begitu, lelaki bertopeng itu masih lagi tidak bersuara.

"Hei, setidak-tidaknya bergembiralah sedikit untuk moment bersejarah ini. Bukan selalu calon pahlawan seperti saya akan melakukan perkara ini"

"Kau... jangan... haraplah...!"

"Apa!?"

Tanpa diduga, sang lelaki bertopeng itu membalas kata-kata yang diajukan kepadanya. Dan tidak hanya itu, sang lelaki bertopeng itu juga mula bergerak-gerak dan mengubah posisi tubuhnya yang sebelumnya tergelak tidak berdaya diatas tanah, menjadi berdiri diatas kedua kakinya dengan penuh usaha.

Ya... sang lelaki bertopeng itu kembali berdiri, meskipun tidak dengan kukuh tetapi dia masih dapat berdiri. Darah yang sangat banyak masih lagi kelihatan padanya, dirinya terhuyung-hayang, dan tubuhnya tidak seimbang sehingga membuat dirinya seakan-akan tumbang kembali sekitarnya didorong. Tapi... dirinya tetap berdiri.

Sang pengacara yang kelihatan percaya diri sebentar tadi kehilangan segala keberaniannya kerana melihat bangkitnya lelaki bertopeng.

Dirinya menggeletar, dirinya merasa seakan-akan melihat sesuatu yang sangat menakutkan. Perasaan itu bukan dikeranakan dirinya merasa lebih lemah daripada seseorang yang sedang keracunan, bukan juga kerana dirinya tidak yakin dengan kemampuannya, tapi... dirinya dapat merasakan bahwa ada sesuatu yang menakutkan sedang melihat ke arahnya.

Sedangkan bagi lelaki bertopeng pula, meskipun masih tidak dapat berdiri dengan betul, sang lelaki bertopeng itu mula berbicara.

"Kau... mahu... diriku bergembira untuk moment ini? Bodohnya.... dirimu...."

"Bagaimana ini boleh berlaku!? Saya pasti yang racun saya sudah sangat kuat, macam mana awak masih boleh bergerak!?"

Sang lelaki bertopeng itu mengabaikan pertanyaan daripada sang pengacara, dan melanjutkan kata-katanya.

"Kau? Pahlawan?... Jangan buat lawak lah... Sekali lihat sahaja... sudah dapat diketahu... bahwa katogeri mu adalah pengecut... Diriku ini tidak sudi... dikalahkan... oleh seorang pengecut..."

Sang pengacara masih lagi ditempatnya, dirinya langsung tidak bergerak kerana ketakutan.

Disaat yang sama, sang lelaki bertopeng itu mula mencuba untuk berjalan. Dia memaksakan kakinya untuk bergerak, bergerak, dan bergerak agar menghampiri sang pengacara.

Sang pengacara masih lagi terkaku, dirinya masih lagi merasa ketakutan. Dirinya tahu bahawa pergerakan lelaki bertopeng itu sangat lambat, dan jika dirinya melarikan diri sekarang dirinya pasti tidak akan dapat dikejar. Tetapi... seluruh tubuhnya menjadi tidak dapat digerakkan, dirinya tidak dapat bergerak.

Langkah demi langkah, lelaki bertopeng itu semakin menghampiri. Jarak mereka semakin memendik, terus memendek, terus memendek dan terus memendek. Dan pada akhirnya lelaki bertopeng itu berada sangat hampir dengannya.

Lelaki bertopeng itu kemudiannya menggunakan sebelah tangannya untuk menggapai sang pengacara.

Sang pengacara yang melihat tangan tersebut merasa seolah-olah itu bukanlah tangan melainkan mulut daripada seekor monster, dan benda itu sedang mencuba untuk melahapnya. Dirinya kemudian mengumpulkan semua kekuatannya dan memaksa agar tubuhnya bergerak dan menghindari benda tersebut.

Dan perkara itu berjaya, tangan lelaki bertopeng itu hanya berjaya melintasi tubuhnya tanpa bersentuhan sedikit pun. Tetapi belum sempat untuk dirinya bergembira, lelaki bertopeng itu kembali mengubah arah hayunan tangannya.

Kali ini sang pengacara sudah tidak memiliki sebarang kekuatan didalam dirinya untuk mengelak daripada tangan maut tersebut, tangan itu tidak dapat dielak. Yang mampu dirinya lakukannya cumalah melihat, cuma melihat tangan tersebut menghampiri wajahnya.

Penentang sebelumnya juga mati kerana digenggam oleh tangan itu, apakah nasibnya juga akan sama seperti itu? Lalu...

Bammm!

Suatu bunyi terjadi, apakah itu bunyi kepala seseorang yang dihancurkan? Apakah itu bunyi datapada cengkaman tangan maut? Tidak, itu adalah bunyi sesuatu yang terjatuh ke tanah.

Itu adalah... Lelaki bertopeng.

Lelaki bertopeng kembali tumbang ke tanah. Betul-betul tepat disaat dirinya hampir sahaja membunuh sang pengacara. Nampaknya dirinya sudah benar-benar kehabisan tenaganya kali ini.

Sang pengacara yang melihat perkara tersebut bengong untuk sesaat, lalu tidak lama kemudian dirinya mula memahami situasi tersebut.

"He... he he... he he he he he he he... ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha....."

Dirinya tertawa, dirinya merasa lega, dirinya merasa selamat, dirinya merasa berjaya, dirinya merasakan kegembiraan.

"Ha ha ha ha ha ha ha ha ha... Awak buat saya takut sahaja tadi. Tapi sekarang awak sudah bukan apa-apa, awak tidak akan dapat berbuat apa-apa sekarang... He he he he he he he he he he..."

Sang pengacara merasa bahwa dirinya telah menang, dirinya merasa hebat, dirinya merasa seakan-akan dapat melakukan segalanya.

Senyuman lebar terpampang di wajahnya. Lalu dirinya melihat kearah lelaki bertopeng yang tidak berdaya diatas tanah, dan dirinya mula teringat akan ketakutan yang dirasakannya tadi. Mengigat perkara itu membuatnya merasa marah kepada lelaki bertopeng.

Lalu sang pengacara mengangkat sebelah kakinya dan menjatuhkan kakinya sekuat tenaga keatas kepala lelaki bertopeng. Lalu sang pengacara mengangkat kakinya lagi dan mengulangi perbuatannya. Berkali-kali, tanpa henti, dirinya merasa sangat bahagia ketika melakukan perkara itu.

Dan disaat dirinya masih lagi memijak-mijak kepala lelaki bertopeng, dirinya mula berkata-kata dengan nada sombong.

"Bukankah awak kuat? Bukankah awak dapat membunuh sesiapa pun dengan mudah? Bukankah baru sahaja tadi awak mahu membunuh saya? Haaaa?...."

"Dimana semua kekuatan awak tu ha? Berani awak menakut-nakutkan saya tadi ya... Sekarang... dimana semua itu hah!!"

Dengan penuh kebencian, sang pengacara terus memijak-mijak kepala lelaki bertopeng semakin kuat dan kuat.

"Awak tidak lebih daripada sekadar monster busuk yang tidak berguna, awak bahkan tidak mampu untuk menggerakkan walau satu jari pun. Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha...."

Pada saat itu, para penonton masih lagi terus memerhatikan tindakan sang pengacara, mereka terus melihatnya dengan gembira. Mereka tersenyum, ketawa,dan bersorak.

Mereka bergembira dengan apa yang sedang mereka saksikan, mereka bersorak gembira untuk tindakan sang pengacara. Mereka merasa seakan-akan melihat seorang pahlawan yang sedang mempermainkan monster yang dikalahkannya.

Sang pengacara merasakan semua sorak tersebut, dirinya merasa seolah-olah sedang dipuja.

Dan setelah puas menikmati sorakan tersebut, dirinya merasa sudah cukup menendang-nendang kepala lelaki bertopeng dan langsung membunuhnya.

Lalu sang pengacara melihat-lihat ke seketika arena dan ternampak sebilah pedang tanpa pemilik berada beberapa meter darinya. Itu pasti pedang milik salah satu daripada penentang yang kalah dengan lelaki bertopeng sebelum ini.

Sang pengacara pun menghentikan perbuatannya yang memijak-mijak kepala lelaki bertopeng dan mula berjalan untuk mengambil pedang tersebut dan memereksanya.

Nampaknya pedang tersebut masih dalam keadaan elok dan dapat digunakan, lalu setelah menghayun-hayun pedang tersebut beberapa kali sang pengacara kembali berpaling dan melihat kearah sang lelaki bertopeng.

Dengan senyuman jahat, sang pengacara mula mengangkat pedang yang dipegangnya dengan sebelah tangan. Lalu dirinya pun melangkah menghampiri kembali ke tempat lelaki bertopeng itu.

Langkah demi langkah, senyuman jahatnya tidak memudar, dan bunyi ketawa anih mula dikeluarkan.

"Keh keh keh keh keh keh keh keh....."

Pada akhirnya, jarak jangkauan serangannya telah dipenuhi. Sang pengacara berdiri tepat dihadapan lelaki bertopeng yang masih lagi tertiarap diatas tanah. Dalam jarak ini serangan daripada sang pengacara sudah pasti tidak akan tersasar, ditambah lagi dengan keadaan parah yang dimiliki oleh lelaki bertopeng, memang mustahil untuk berlaku sebarang kegagalan dalam perbuatannya.

Para penonton semakin bersorak gembira kepada sang pengacara, mereka bersorak seakan-akan ini adalah acara utama yang dinanti-nantikan. Kesemua mereka berteriak dengan kuat, sangat kuat sehingga bermacam-macam bunyi dihasilkan dan bergabung menjadi kebisingan.

Lalu sang pengacara pun memulai tindakannya dan mengangkat tinggi pedang yang dipegangnya. Dan...

♦️

Di sebuah lorong gelap.

Seorang lelaki yang berarmor ringan sedang berlarian dengan kelajuan yang sangat tinggi.

"Saya sudah dapat melihat cahaya, jadi ertinya inilah hujung terowong bangunan ini!"

Lalu tidak lama kemudian, apa yang dikatakan olehnya itupun menjadi kenyataan. Dirinya keluar daripada sebuah terowong yang gelap dan kini berada di bawah sinaran cahaya matahari. Meskipun begitu, dirinya tidak meraikan perkara tersebut dan masih lagi dalam keadaan tergesa-gesa.

"Ini tempatnya, tetapi dimana 'dia' ?!"

Nampaknya dirinya sedang mencari sesuatu. Dan kerana hal itu dirinya memandang ke pelbagai arah dengan memaling-malingkan kepalanya. Lalu setelah seketika, pandangannya tertumpu pada sudut -30° kehadapan.

(Oh, tidak. JANGAN!!)

Dengan wajah yang cemas, lelaki berarmor ringan itu meluncur dengan laju kearah itu.

Dan...

♦️

(Bagaimana pula semua ini boleh berlaku?) Tanya seseorang kepada dirinya sendiri.

Pandangan daripada sudut lain...

Kelihatan seperti terdapat beberapa orang yang sedang berada dalam posisi yang cukup rumit tanpa bergerak seakan-akan masa sedang terhenti. Suasana yang sunyi terhasil kerana ketegangan dan atmosfera yang mencengkam sangat dirasakan diantara semua orang yang berada di lokasi itu.

Tempat itu adalah sebuah bangunan besar yang mirip dengan Colosseum Gradiator di Rom. Terdapat ramai 'orang' daripada pelbagai golongan usia sedang duduk dikawasan penonton, yang sepertinya sedang menonton sebuah pertunjukan.

Sementara di bahagian tengah-tengah bangunan itu pula terbentang luas yang sepertinya menjadi kawasan arena dimana pertunjukan diadakan. Dan di atas arena tersebut, kelihatan beberapa sosok yang sedang melakukan sesuatu.

Ada seorang lelaki bertopeng dan berpakaian serba hitam sedang tegeletak tidak berdaya diatas tanah.

Ada seorang lelaki yang berpenampilan jahat sedang mencuba untuk melakukan sebuah serangan menggunakan sebilah pedang kepada lelaki yang sedang tegeletak diatas tanah itu.

Dan ada dua orang yang berpenampilan seperti remaja 16 tahun sedang saling menyilangkan pedang mereka sehingga membentuk huruf X untuk menahan serangan lelaki yang berpenampilan jahat itu daripada mengenai lelaki yang sedang tegeletak diatas tanah.

Dan salah satu daripada remaja itu adalah MC kita, dan dari apa yang terlihat, sepertinya dirinya sedang terlibat dalam sebuah masalah.

(Bagaimana pula saya boleh terjebak dalam situasi ini? Semenjak bila semua ini bermula?) Itulah apa yang sedang bermain-main didalam fikiran.

(Apa-apaan situasi pelik ini? Kurang daripada setengah hari yang lalu saya masih lagi sedang berada di hadapan komputer didalam bilik saya. Macam mana pula saya boleh sampai ke dunia fantasi lalu terus terlibat dalam perkara ini?) Pertanyaan-pertanyaan itu terus bermunculan dan membuatnya untuk mencuba mengingat semula segala yang berlaku sebelumnya.

Yup... akhirnya sang protagonis kita yang tersesat telah kembali. Sang Pahlawan, Madou Gaikuro telahpun tiba.

"A-apa!? Siapa awak berdua!! Jangan menghalangi jalan saya!!" Tanya lelaki dengan penampilan jahat yang dikenali sebagai sang pengacara.

Menanggapi pertanyaan tersebut, Gaikuro kemudiannya melihat ke sisinya dan memandang sosok remaja yang mengenakan pakaian berwarna merah disebalik armour ringan miliknya. Dan begitu juga yang dilakukan oleh remaja dengan armor ringan, kedua-duanya saling menatap sesama sendiri untuk seketika kerana rasa hairan.

Tetapi sebelum mereka sempat untuk saling memproses maklumat didalam kepala mereka, sang pengacara mula mengubah posisinya dan mengundur beberapa langkah ke belakang. Berkat perbuatan tersebut semua posisi rumit itupun dapat dileraikan dan kedua remaja itu saling berdiri sebelah-menyebelah.

(Pedang itu... si armor ringan ini...) kata Gaikuro didalam hatinya.

(Pedang itu... si jeket sukan ini...) kata remaja berarmor ringan didalam hatinya.

Keduanya memikirkan persoalan yang sama pada ketika itu, tetapi mereka mula mengingat kembali situasi yang sedang mereka hadapi dan memutuskan untuk menunda memikirkan perkara itu nanti.

"Saya tidak kenal awak, tetapi dikeranakan awak juga menghalang serangan tadi, maka saya boleh anggap bahawa kita berada di pihak yang sama untuk saat ini" kata remaja dengan armor ringan kepada Gaikuro.

"Ah, mari kita tangguhkan dulu semua pertanyaan untuk nanti, dan mari kita selesaikan masalah ini dahulu" balas Gaikuro.

Para penonton masih lagi terdiam kerana melihat kedatangan kedua orang remaja itu kedalam arena secara tiba-tiba. Mereka tidak mampu memahami apa yang sedang terjadi, mereka hanya mampu terus membisu seribu bahasa dikeranakan semua kekeliruan yang bermunculan secara bersamaan.

Tidak ada sebarang bunyi yang dihasilkan. tidak ada lagi yang bersorak. Tidak ada lagi yang menjerit atau berteriak. Kesemuanya diam tak bersuara sambil terus melihat kearah arena.

"Kenapa awak berdua menghilang saya!! Berani betul awak berdua, awak tahu siapa saya? Saya adalah seorang yang bakal menjadi seorang pahlawan!! Siapa awak yang berani menghalagi kehendak seorang pahlawan ha!?" Tengking sang pengacara kepada kedua-dua remaja dihadapannya.

"Awak? Pahlawan? Ohhh... maafkan saya kerana lupa untuk memperkenalkan diri" jawab remaja dengan armor ringan.

"Nama saya Grei, Kotegawa Grei. Sang Holy Hero dunia ini" sambung remaja dengan armor ringan itu.

"Ap-? Tidak... tidak mungkin, mengapa sang Holy Hero boleh berada di tempat ini?!" Sangkal sang pengacara.

"Hei, bukankah awak juga patut memperkenalkan diri" tegur Holy Hero Grei kepada Gaikuro.

"Oh ya, terlupa pulak saya" sedar Gaikuro.

Lalu dirinya meletakkan pedangnya diatas bahunya dan mengunakan satu lagi lengannya yang bebas untuk menunjuk dirinya sendiri dengan jari ibunya, dan sempurnalah gaya pengenalannya. Gaikuro kemudiannya kembali berbicara.

"Gaikuro, Madou Gaikuro. Toorisugari no Hiro da, oboetoke!" [Yang minat Kamen Rider pasti tahu tegline siapa ni dan apa ertinya meskipun disini diubah sedikit oleh Gaikuro]

"Wow... Bergaya betul..." kata Grei kerana kagum dengan pengenalan diri miliki Gaikuro.

"Hiro? ...Seorang lagi Hero...?! Tidak, tidak... Ini mustahil, tidak mungkin kebetulan seperti ini dapat berlaku!! Awak berdua pastinya palsu!!" Sangkal sang pengacara kerana tidak dapat menerima hakikat tersebut.

"Menyebut yang asli sebagai palsu itu lebih daripada cukup membuat rasa jenkel, lagipun awak adalah pahlawan palsunya disini" kata Gaikuro.

"Betul tu, awak bahkan tidak layak untuk berkhayal diri awak sebagai pahlawan" setuju Grei dengan penyataan Gaikuro.

"Kh! Ketepilahhhhhh!!"

Dengan penuh emosi sang pengacara mara kearah kedua pahlawan itu sambil mengangkat tinggi pedang yang dipegangnya dengan kedua belah tangannya. Dapat dirasakan bahawa sang pengacara telah kehilangan ketenangannya dan mula berteriak-riak sambil melakukan serangan. Dirinya mengabaikan faktor jumlah musuh yang sedang dihadapinya dan hanya berfokus untuk menyerang.

Melihat tindakan sang pengacara itu, Gaikuro dan Grei saling memberikan isyarat dengan mengangguk. Lalu kedua pahlawan itupun mula melakukan tindak balas mereka.

Disaat sang pengacara menghayunkan pedang yang ada ditangannya itu Grei menangkis serangan itu dengan pedangnya, akibat daripada daya tolakan yang terhasil daripada benturan pedang ditangannya dengan pedang milik pahlawan Grei, pertahanan miliknya menjadi sangat terbuka lebar.

Itulah apa yang diinginkan oleh kedua pahlawan itu dengan rancangan spontan mereka, disaat Grei menepis serangan Gaikuro pula akan melancarkan serangan balas melalui ruang yang terhasil.

Kombinasi kedua pahlawan itu hanya terjadi secara kebetulan, tetapi kedua-dua mereka seolah-olah saling memahami maksud tindakan diantara satu sama lain.

Gaikuro memasuki celah-celah bukaan pertahanan milik sang pengacara dan dirinya saling bertatapan dengan sang pengacara untuk sesaat. Lalu Gaikuro pun melancarkan serangan penamat kearah sang pengacara.

Serangan itu berbentuk sebuah tumbukan padu yang meluncur daripada bawah dan terus naik keatas dengan laju sehingga menghentam dagu milik sang pengacara.

Tumbukan tersebut cukup kuat sehingga mampu membuatkan sang pengacara terlempar beberapa inci ke udara sambil kepalanya terdongak tegak.

Gaikuro tidak berniat untuk mencederakan sang pengacara, oleh kerana itu dirinya tidak menggunakan pedangnya dan lebih memilih melakukan tumbukan yang kuat sehingga lawannya .K.O.

Lalu sang pengacara tumbang ke tanah dan tidak bangkit kembali, dapat dipastikan bahwa dirinya telah jatuh pengsan tepat setelah tengkuknya dibuat mendongak secara paksa oleh tumbukan Gaikuro.

Itu adalah kemenangan mereka, kemenangan pertama yang diperolehi tepat setelah Gaikuro tiba-tiba di dunia itu.

Para penonton yang ada di tempat itu masih lagi bingung dengan situasi tersebut masih lagi berdiam dengan penuh tanda soal dikepala mereka. Nampaknya mereka tidak akan dapat memahami apa yang telah mereka saksikan sekiranya tidak ada yang memberikan mereka penjelasan, tetapi rasanya memang tidak akan ada yang dapat memperjelaskan semua itu.

Lalu situasinya kembali tertumpu kepada kedua remaja yang mengakui diri mereka sebagai pahlawan.

"Jadi... apa semuanya sudah selesai" soal Gaikuro untuk kepastian. "Mungkin saja" dan Grei menjawabnya. Lalu Grei pun mula kembali bertanya kepada Gaikuro dan mula mengemukakan semua persoalan yang sempat ditangguhkan sebelum ini.

"Nama awak Gaikuro kan, awak mengatakan bahawa awak juga seorang pahlawan. Jadi apakah tujuan awak datang ke sini?"

"Heh, Saya juga boleh menanyakan soalan yang sama kepada awak" dan entah mengapa secara tiba-tiba mode Chuunibyou milik Gaikuro aktif sehingga mengubah personalitinya menjadi Azathoth yang arogan.

"Saya yang bertanya terlebih dahulu, jadi jawablah dulu sebelum bertanya kembali"

"Oh, baiklah. Alasan saya kemari adalah untuk mencari 'dia'" jawabnya sambil memberi isyarat jari ibu kearah sang lelaki bertopeng yang masih lagi tergelak tidak berdaya di atas tanah.

"Ha, untuk apa! Apakah mungkin niat awak juga sama seperti lelaki tadi!" Grei beriaksi terhadap penyata tersebut dan secara tidak sedar memasang posisi bersedia.

"Tidak, saya cuma mahu menyelesaikan Quest saya yang meminta agar mencari 'Kage no Yuusha'. Jujurnya saya sendiri masih tidak cukup yakin bahawa apakah dialah orang yang dimaksudkan"

"Quest?"

"Jadi sekarang giliran awak pula, apa tujuan awak ke sini?"

"Oh, saya? Saya cuma-..."

Sebelum sempat untuk Grei menyelesaikan kalimatnya, secara tiba-tiba suatu berlaku dan mengubah semua suasana diatas arena yang sebelumnya tenang menjadi tegang.

Muncul setidak-tidaknya 20-30 orang disekitar kawasan arena. Mereka secara tiba-tiba sahaja muncul daripada kerumunan orang dikawasan penonton dan terus melompat masuk kedalam arena.

Kesemua mereka memiliki senjata, dan saat ini mereka semua mengepung seluruh arena sehingga membuatkan tidak ada yang akan dapat melarikan diri daripada tempat itu.

Dapat dirasakan suasana menegangkan dan pandangan permusuhan diantara kesemua mereka, nampaknya kesemua mereka bukannya dari pihak yang sama.

Lalu didalam semua ketegangan itu, Grei mula berbicara kepada Gaikuro.

"Nampaknya bukan hanya kita yang memiliki urusan dengan orang yang sedang 'tidur' disana"

"Ah, rasanya Stage ini belum selesai. Jadi marilah tangguhkan lagi semua persoalan dan kita selesaikan dulu semua ini"

Kedua remaja itu kini berdiri dengan saling membelakangi untuk menghadapi gerombolan musuh baru yang tiba-tiba muncul. Sekali lagi, mereka berdua akan saling berkerjasama.

"Saya serahkan kepada awak untuk menjaga bahagian belakang saya, boleh saya percayakan perkara itu kepada awak? Toorisugari no Hiro!!"

"Itu juga berlaku untuk awak, cubalah untuk tidak membebankan saya pula ya. Yuusha Grei!!"

"Heh, mari kita mulakan!!"

"Yeah, kemarilah awak semua!!"

Dan pertempuran di antara kedua remaja pahlawan itu menentang orang-orang itupun dimulai.

Chapter 4: Toorisugari no Hiro da, oboetoke.

~The End~

Akhirnya watak utama di kesah ini dapat juga bersinar, apa pendapat anda semua? Apakah cukup bergaya? Saya sampai curi tegline milik Decade, kalau tidak menarik saya tak tahu lah...

Kaitou_Xcreators' thoughts