webnovel

Black Hunter Origin

Sebuah kesah Isekai dengan latar belakang dunia fantasi, apa yang anda fikirkan? Klisyei? Membosankan? Atau sudah terlalu biasa? Terserah anda ingin menganggapnya seperti apa. Tetapi, ini adalah kesah Isekai pertama daripada Malaysia, jadi tidak ada salahnya jika ianya Klisyei bukan? Ringkasnya: Cerita ini berfokus kepada Madou Gaikuro, seorang pelajar sekolah menengah dan Otaku biasa yang secara tiba-tiba dibawa ke dunia lain dan diberikan gelaran berserta tanggungjawab sebagai seorang pahlawan. Jika anda berfikir bahawa perjuangan menjadi pahlawan itu mudah, maka anda sangat-sangat salah. Kesah ini akan mengubah sudut pandang anda terhadap kehidupan di dunia asing, kerana tidak semuanya akan berjalan dengan lancar. Walaupun memiliki kekuatan agung, dia tetap perlu melalui banyak kegagalan hanya untuk mencapai satu kejayaan. Ini adalah kesah mengenai perjalanannya untuk menjadi seorang pahlawan sejati. Bagaimana kesahnya akan berjalan? Baca saja dan ketahui ianya sendiri.

Kaitou_X · Fantasy
Not enough ratings
13 Chs

Chapter 3: Penjahat di dalam Colosseum.

Diatas sebuah jalan yang terbentuk daripada sebuah jalur tanah botak yang tidak memiliki walau sehelai rumpun atau sebarang tumbuhan di atasnya. Terdapat sebuah kereta kayu berpenutup kain putih sebagai bumbungnya dan ditarik oleh dua ekor kuda berwarna coklat.

Kelihatan seorang lelaki dewasa yang diyakini pemilik kepada seluruh kenderaan tersebut, sedang memegang tali yang terikat dengan kedua kuda yang sedang menarik kereta kuda itu dengan suasana hati yang tenang.

Lelaki itu cumalah seorang petani biasa, itu dapat dilihat daripada beberapa longgok sayuran segar yang terdapat dibahagian belakang kereta kuda tersebut. Lelaki petani itu yang secara kebetulan sedang melakukan penghantaran hasil ladangnya ke kota terdekat pada hari itu, dan secara tidak sengaja bertemu dengan 'dia' dipertengahan jalan.

'Dia' yang dimaksudkan disini adalah satu orang lagi yang berada di atas kereta kuda tersebut, 'dia' adalah orang yang menumpang kereta kuda tersebut kerana memiliki destinasi tujuan yang sama dengan lelaki petani itu.

'Dia' adalah seorang budak lelaki dengan penampilan remaja dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun, berambut hitam, bermata berwarna hijau tua, dan memakai pakaian dengan warna hitam dan hijau tua sebagai coraknya.

'Dia' adalah Madou Gaikuro, sang pahlawan yang baru sahaja tiba didunia tersebut tidak lama ini. Dan saat ini apa yang sedang dilakukan sang pahlawan itu adalah...

"Oohhhhhhhhhhhh....!!!" Teriak Gaikuro secara tiba-tiba.

"Huh! Apa yang berlaku? Apakah ada Monster yang muncul?!" Tanya si petani yang mengemudi dengan panik dikeranakan teriakan mendadak daripada Gaikuro.

"Eh? T-tidak! Maaf, saya tidak sengaja berteriak. Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan, tidak ada sebarang monster yang kelihatan"

"Hahhh... Nasib baik lah. Saya ingin adalah masalah sirius tadi"

"Maaf"

Setelah kesalah pahaman itu teratasi, suasana diatas kereta kuda itu kembali tenang semula. Gaikuro kemudiannya kembali tertumpu kepada sesuatu yang menyebabkan dirinya berteriak sebentar tadi. Sesuatu itu adalah...

"Smartphone!!"

"Saya terbawa Smartphone saya sekali ke dunia ini!!"

"Haha, Mocizuki Touya!! Sekarang awak bukannya satu-satunya orang daripada dunia lain yang mempunyai Smartphone di Isekai!!" [Gaikuro sedang menyindir Protagonis di anime Isekai wa Smartphone to tomo ni]

Sebentar tadi, semasa dirinya sedang melakukan pemeriksaan item didalam Inventory miliknya dan secara tidak sengaja menemui beberapa perkara mengejutkan didalamnya. Dan salah satunya adalah Smartphone ini yang membuatkan dirinya berteriak tadi.

"Nanti dulu, ini adalah dunia lain!! Teknologi seperti ini mungkin tidak dapat berfungsi dengan normal di sini. Jadi..."

<Apprasial>

Dengan panik Gaikuro pun melakukan imbasan terhadap Smartphone miliknya dengan menggunakan Skill <Apprasial> untuk memereksanya. Dan hasilnya adalah...

{Tipe: Universal Item.

Name: Smartphone.

Syarat pengguna: Item pribadi yang hanya boleh dimiliki oleh sang pemilik.(Madou Gaikuro)

Penjelasan item: Item yang dibawa oleh sang pahlawan daripada dunia aslinya. Dikeranakan ianya telah menyerap sebahagian dari tenaga cosmic yang sama dengan sang pahlawan disaat melalui perjalanan antara dimensi, ianya memperoleh Unik Skill <Wisdom of Multivers> yang membolehkan ia melakukan pelbagai perkara dengan aplikasi yang terdapat didalamnya.

Jumlah penggunaan: Item ini tidak memiliki batasan penggunaan. Ia dapat terus berfungsi selama penggunanya menyalurkan tenaga Magic miliknya kepada Item ini untuk mengecas beterinya}

"Fiuh... Syukurlah aplikasi didalam masih lagi dapat berfungsi. Tapi, untuk kepastian..."

Dan dikeranakan masih lagi memiliki sedikit keraguan, dirinya pun mengaktifkan Smartphone miliknya itu. Lalu memereksa beberapa aplikasi yang ada, seperti Camera, Game, Album, Muzik, Google dan banyak lagi. Lalu...

"Tidak ada Line... Nooooooooooo!!!"

"Saya tidak memikirkannya sebelum ini... Tapi sekarang saya sedar apa yang paling berharga bagi saya didunia asal saya adalah perkara yang mustahil untuk saya perolehi di dunia ini... Betullah apa yang dikatakan oleh orang-orang lama, kita tidak akan pernah tahu sesuatu itu berharga sebelum kita kehilangannya"

Hatinya terasa seperti sebuah kaca yang hancur berkecai dikeranakan apa yang diharapkan olehnya kini menghilang. Dirinya kemudian memandang langit dengan tatapan hampa dan tidak lama setelah itu dia mula menangis.

Apakah sesuatu yang sangat-sangat penting baginya telah lenyap? Apakah ada fail berharga didalam Smartphone miliknya telah hilang? Apakah yang telah terjadi sehingga mampu menghancurkan hatinya dan membuatkan dirinya menangis?

"Saya tidak dapat lagi menonton Anime terbaru!! Inilah sisi kejam Isekai!!"

Ohh... itu saja rupanya... Mungkin ini adalah perkara remeh bagi orang normal, tapi bagi pencinta Anime seperti Gaikuro yang telah mengabadikan seluruh jiwanya untuk mendalami dunia anime, ini adalah sebuah siksaan yang sangat mengerikan bagi dirinya. Jika bukan kerana fakta dirinya dapat ke Isekai dan merialisasikan impian para Otaku menjadi pendukung hatinya, Gaikuro mungkin sahaja sudah menjadi gila dan mencuba mengakhiri hidupnya sendiri.

Sementara Gaikuro sedang meratapi langit dengan kehampaan dan entah bagaimana seluruh tubuhnya menjadi kering dan berwarna kelabu, kereta kuda yang ia tumpangi masih meneruskan perjalanannya. Perjalanan itu terus berlalu dengan keheningan yang bertahan agak lama, cukup lama sampai-sampai sudah begitu jauh dari tempat dimana Gaikuro mula menumpang kereta kuda itu.

Dan tidak lama kemudian lelaki petani yang mengemudi kereta kuda tersebut mula memanggil Gaikuro [Yang masih lagi kehilangan semangat hidupnya].

Alasan lelaki petani itu memanggil Gaikuro adalah kerana kota yang menjadi tempat tujuan mereka sudah mula kelihatan dari kedudukan mereka saat ini.

Gaikuro yang tadi masih berwarna kelabu mendengar hal itu dan memalingkan kepalanya untuk melihat kearah kota yang sedang mereka tujui. Dirinya pun mula pulih daripada kehampaan dan kembali terisi semula dengan warna tepat setelah dirinya melihat kearah kota tersebut.

Meskipun masih agak jauh, tetapi kota itu sudah terlihat dengan sangat jelas. Terdapat sebuah tembok besar yang mengelilingi seluruh kota itu, dan meskipun memiliki tembok yang menutupi sebahagian besarnya dari pemandangan, Gaikuro masih lagi dapat melihat beberapa bangunan yang tinggi melampaui tinggi tembok kota tersebut.

Semangat hidupnya yang hilang kini terisi kembali. Matanya berkilau-kilau dan wajahnya kelihatan begitu terpesona. Inilah pemandangan yang tidak akan dapat dirinya lihat didunia asalnya, oleh kerana itu dirinya menjadi begitu teruja pada saat ini. Ini adalah...

"Ferst Town... Ini adalah kota permulaan versi Isekai!" [Gaikuro sedang membandingkan pandangannya dengan game, kota pertama atau juga dikenali sebagai Ferst Town adalah tempat dimana character game RPG melakukan Tutorial dan kemunculan pertama mereka]

Dikala Gaikuro masih lagi terpesona dengan kota yang dilihatnya, masa terus berlalu dan jarak kota tersebut dengan dirinya semakin memendek. Dan sedar-sedar saja, kereta kuda yang dirinya tumpangi itu pun sampai di pintu gerbang yang terdapat dibahagian hadapan tembok kota tersebut.

Dan meskipun terdapat beberapa penjaga gerbang yang merasa curigaan terhadapnya kerana pakaian yang dikenakan olehnya, Gaikuro dan kereta kuda yang ditumpanginya itu pada akhirnya berjaya lulus daripada pemeriksaan dan masuk ke dalam kota itu.

Pemandangan yang Gaikuro lihat kali ini adalah jauh lebih mengagumkan daripada apa yang diri luaran tembok kota.

Begitu banyak perkara yang memukau dapat dilihat dari posisinya berada saat ini (didalam kereta kuda petani), apa yang dirinya lihat pada kota tersebut adalah seperti batu konkrit yang disusun menjadi jalan, air pancut yang megah, kedai yang tersusun rapi disepanjang jalan, dan begitu ramai orang yang menggunakan pakaian formal berlalu-lalang sehingga pemandangan tersebut betul-betul melambangkan suasana fantasi dan eropah abad pertengahan bagi remaja moderen seperti Gaikuro.

Dan meskipun tidak sebanyak bilangan manusia, didalam kota tersebut Gaikuro juga dapat melihat beberapa ras Demi-human berkeliaran.

Tetapi, apa yang paling menarik perhatiannya semenjak memasuki kota tersebut adalah sebuah bangunan gergasi yang mempunyai reka bentuk yang mirip dengan stadium, atau lebih tepatnya mirip dengan Colosseum yang ada didunia nya.

Bangunan itu sangatlah besar, begitu besarnya sehingga bangunan-bangunan lain yang berada di sekitarnya kelihatan seperti hanya sekadar latar belakang.

Lalu setelah begitu lama terkaku kagum, Gaikuro mula teringat semula kepada tujuannya datang ke kota tersebut.

Gaikuro kemudiannya turun daripada kereta kuda petani yang dari tadi dirinya tumpangi dan memutuskan untuk mula berjalan kaki. Dirinya mengucapkan terima kasih kepada sang petani yang sudi menumpukan dirinya sehingga sampai ke kota ini, setelah itu Gaikuro pun berpisah dengan petani tersebut dan mula berkeliaran di sekitar kota.

Tujuannya adalah untuk mencari kehadiran sang Kage no Yuusha, iaitu sosok lain yang terpilih sebagai pahlawan seperti dirinya. Petunjuk yang dirinya milik sebelum ini telah membawanya ke kota ini, tetapi sekarang...

"Hahhh... Kemana pula saya perlu pergi saat ini? Sistem Notifikasi cuma memberi tahu jarak diantara kami dan bukannya lokasi tepat"

"Tambahan pula... saya tidak berasal daripada dunia ini, dan berasaskan pengetahuan saya pada anime, setiap kali ada watak yang dihadapkan dengan situasi seperti ini hasilnya sudah jelas"

~Sesat...~

"Agghhhhh...!!!"

Dengan dihadapkan dirinya kepada situasi buntu seperti ini, Gaikuro kini mula diserang serangan panik dan mula memikirkan pelbagai situasi terburuk yang mungkin saja akan dilaluinya tidak lama lagi.

"Tidak tidak tidak tidak tidak, saya tidak mahukan itu! Saya tidak ingin menjadi satu-satunya character isekai yang tersesat di dunia lain di awal mula pengembaraan!!"

"Graahh... jika saja saya boleh menggunakan GPS didunia ini..."

(Fikirkan baik-baik Madou Gaikuro, awak mungkin memiliki kredit C di setiap mata pelajaran. Tapi otak awak masih lagi top global dibidang anime, dan ini adalah saat dimana pengetahuan tersebut digunakan)[Gaikuro sedang berbicara dengan dirinya sendiri sebagai pehak kedua]

"Hmmm... Oh! Peta, ini adalah dunia dengan setting masa di abad pertengahan jadi pastinya peta adalah diantara benda yang cukup umum ketika berpergian. Jadi ianya pasti ada dijual disekitar-....., !!!"

(Jika difikir-difikirkan semula saya saat ini langsung tidak memiliki sebarang benda berharga atau mata wang dunia ini...)

"Habislahhhhhhh...!! Saya memang tidak memiliki apa-apa yang dapat saya gunakan untuk bertahan hidup di tempat ini! Jangan cakap saya perlu tidur di jalanan dan mengemis makanan! Pahlawan macam apa pulak ituuuu!!"

"Sistem, tolong berikan saya sedikit dana permulaan"

\\ Permintaan anda tidak dapat dipenuhi, sistem hanya memiliki kemampuan yang terbatas kepada pengetahuan dan panduan berkaitan dengan para pahlawan sahaja. Tolong uruskan masalah kewangan anda sendiri //

"Takkanlahhhh.... Tolong setidaknya berikan saya satu berita baik"

\\ Diterima, satu berita baik diberikan. Sekiranya anda berhenti berbicara dengan sistem saat ini anda masih lagi dapat mengelak daripada dipandang sebagai orang gila yang bercakap sendirian oleh warga setempat. Sila lihat sekitar anda //

"Eh?"

Dan setelah menerima penyataan tersebut daripada sistem, Gaikuro akhirnya sedar bahawa dirinya saat ini sedang dipandang dengan pandangan yang cukup anih oleh orang-orang di sekelilingnya. Kemudian dirinya pun sedar terhadap apa yang sebenarnya terjadi dan mula berlari sambil menutup mukanya kerana malu.

Setelah itu Gaikuro langsung menghilang didalam kerumunan orang-orang.

♦️

Sementara itu disuatu tempat di kota tersebut.

Kelihatan seseorang sedang duduk didalam sebuah kereta kuda mewah sambil memandang kearah bangunan besar yang mirip dengan Colosseum.

Dan dikala dirinya dengan asyik melihat kearah Colosseum tersebut, dirinya pun mula berbicara.

"Apakah 'dia' masih disini, saya harap saya tidak terlambat"

♦️

Di saat yang sama, daripada pemandangan di dalam bangunan Colosseum.

Kelihatan begitu ramai orang yang duduk di bahagian penonton. Mereka sepertinya sedang menyaksikan pertunjukan yang diadakan di kawasan arena.

Iaitu pertarungan berdarah diantara beberapa orang petarung melawan seorang lelaki bertopeng dan berpakaian serba hitam yang sedang dirantai kedua belah tangannya pada dua batang batu panjang yang ditanam ke dalam tanah.

Lelaki bertopeng tersebut kelihatan begitu tidak berdaya dan langsung tidak memiliki sebarang peluang untuk menang sekiranya berhadapan dengan jumlah musuh yang ramai tersebut.

Dan tidak lama kemudian, semua petarung yang ada diatas arena tersebut mula melangkah maju dan mula melancarkan serangan keatas lelaki bertopeng.

Orang pasti akan berfikir 'oh, lelaki tersebut pasti akan kalah dan mati', tetapi perkara itu tidak pernah berlaku. Dan malah, perkara sebaliknya yang berlaku.

Para petarung yang tadinya mencuba melakukan serangan sekarang sudah tegeletak diatas tanah. Hanya dalam sekelip mata, kesemua mereka terbaring diatas tanah.

Ada yang seluruh tubuhnya melekat di dinding seperti dihempas, ada yang kepalanya terkubur didalam tanah, ada yang terlentang diatas tanah sambil darah keluar daripada mulutnya, dan ada juga yang sebahagian daripada tubuhnya menghilang tanpa sebarang jejak. Tapi kesamaan diantara mereka semua adalah...

"Mereka Mati!"

"Wah wah wah, nampaknya bilangan penentang masih akan terus bertambah. Apa masih belum ada lagi yang dapat mengalahkan juara bertahan kita?"

Kata-kata tersebut dikeluarkan oleh seorang lelaki yang sedang duduk di salah satu kawasan duduk penonton. Dia adalah seorang lelaki dengan penampilan berusia sekitar 20-an dan mengenakan pakaian formal berwarna ungu dan pink, pastinya adalah seorang pengacara di pertunjukan tersebut kerana suaranya seolah-olah menguasai seluruh bunyi didalam bangunan tersebut.

Dia masih lagi dapat berbicara dengan lancar dan tenang didalam nadanya yang bererti bahawa dirinya langsung tidak terganggu dengan apa yang baru sahaja terjadi di atas arena tersebut. Tetapi anihnya tidak ada yang terganggu dengan kata-katanya tersebut. Atau lebih tepatnya, semua orang dikawasan penonton kelihatan seperti sedang menikmati pertunjukan tersebut.

Kesemua mereka kelihatan begitu terhibur dan malah bersorak gembira. Apa yang berlaku? Bukankah baru sahaja terjadi sebuah kengerian di atas arena tersebut? Bukankah baru sahaja terjadi beberapa kematian dihadapan mereka? Mengapa mereka bersorak gembira untuk sebuah pembunuhan?

"Grhhuk(Bunyi Batuk)..." Secara tiba-tiba, lelaki bertopeng yang berada di atas arena tersebut tertunduk ke tanah dan mula membatukkan darah sehingga beberapa titisan darah keluar daripada celah-celah topengnya dan mengalir ke lehernya lalu menitik diatas tanah.

"Oh apa ni, sang juara bertahan kita mula rebah di tanah. Apa mungkin luka-luka dalamannya sudah mula memburuk? Apakah dirinya sudah hampir sampai di batasannya? Apakah pencabar seterusnya akan berjaya mengalahkannya? Mari kita lihat sendiri, dipersilakan pencabar seterusnya untuk masuk!!"

Sang pengacara bukan sahaja tidak merasa risau terhadap sang juaranya yang sedang terluka, dirinya malah semakin girang dan terus memaksakan lelaki bertopeng tersebut untuk lanjut bertarung. Dan tidak lama kemudian, setelah sang pengacara memanggilnya penentang seterusnya pun mula muncul dan memasuki arena melalui sebuah lorong yang ada di salah satu sisi dinding Colosseum.

Penentang kali ini adalah seorang lelaki muda yang mengenakan pakaian berwarna kelabu dan sebuah kain mantel berwarna merah yang menutupi kepala dan sebahagian besar tubuh atas badannya. Dia juga memegang sebatang tongkat kayu yang dihiasi dengan permata merah pada salah satu dibahagian hujungnya. Dengan itu dapat disimpulkan bahawa penentang kali ini adalah seorang tipe magician, iaitu seorang Mage.

Tidak tunggu lama, sang pengacara dengan segera memberikan pengumuman bermulanya pertarungan seterusnya.

"Battlefield... Start!!!"

Dan pertarungan seterusnya pun dimula tepat setelah pengumuman itu.

"Wahai api, terjang dan bakar musuhku... <Fire Ball>" [Harap maklum, beberapa magic memang memerlukan mentra untuk berfungsi, jadi dimasa hadapan faham-faham sajalah dengan ayat-ayat seperti puisi]

Si Mage adalah yang pertama melakukan serangan. Dia tanpa berlengah menyeru belasan lingkaran magic di udara dan sesaat kemudian semua lingkaran tersebut mula melancarkan begitu banyak bola api ke arah lelaki bertopeng. Kesemua bola api itu ditembakkan dengan sangat cepat dan langsung menuju lelaki bertopeng kurang daripada satu saat.

Semua serangan itu mengenai sasarannya tanpa sebarang masalah. Dan dikeranakan semua serangan itu, banyak debu-debu dan asap berterbangan diudara sehingga menjadikan seluruh kawasan sekitar tempat lelaki bertopeng itu berada menjadi tidak terlihat.

Si Mage telah melancarkan begitu banyak serangan sehingga pastinya tidak akan ada yang terselamat daripada serangan sebanyak itu, jika pun ada pastinya akan mengalami kecederaan yang sirius. Ditambah lagi, lelaki bertopeng sedang dalam keadaan terluka dan dirinya masih lagi dirantai sehingga mustahil untuk dirinya mengelak daripada terkena semua serangan.

Tetapi...

Didalam gumpalan asap itu, ada sesuatu yang bergerak.

Meskipun masih agak kabur dikeranakan gumpalan asap masih belum sepenuhnya menghilang, dapat terlihat suatu sosok seseorang yang berada di dalamnya.

Beberapa saat kemudian, setelah asap mula menipis dan menghilang. Sosok disebaliknya kini terlihat dengan jelas.

Itu adalah lelaki bertopeng.

Lelaki bertopeng itu masih lagi hidup dan dirinya juga malah langsung tidak terluka atau tergores.

Dapat dipastikan bahawa dirinya terkena semua serangan yang dilancarkan tadi. Rantai yang mengikatnya masih lagi terpasang dengan baik, sehingga mustahil bagi dirinya untuk mengelak semua itu. Jadi apakah yang sebenarnya terjadi?

"Apa yang berlaku?" Kata si Mage dengan nada tidak percaya.

Meskipun begitu, lelaki bertopeng tidak menyahut pertanyaan si Mage. Dan dirinya yang masih lagi berada di tempatnya, tetap tidak melakukan apa-apa. Tidak ada yang tahu alasannya, tetapi dirinya terasa seperti langsung tidak terganggu ataupun peduli dengan si Mage. Seolah-olah dirinya hanya menganggap bahawa si Mage dan semua serangannya itu cumalah angin yang bertiup.

Si Mage dapat merasakan perasaan diabaikan tersebut, dia merasakannya, dia dapat merasakan perasaan yang ditujukan kepadanya itu. Perasaan itu adalah 'diremehkan'.

Dirinya dipandang remeh oleh seseorang yang sedang dirantai dan terluka, dirinya tidak bererti meskipun dimata seseorang yang separah itu, dirinya bukanlah apa-apa.

Semua pemikiran tersebut terus bermunculan dan berlegar di dalam kepala si Mage, dan kerana semua itu si Mage mula merasakan beberapa perasaan baru.

Dia merasa marah. Dia merasa benci. Dia merasa terhina! Dan kemudian, emosi si Mage pun meletup.

"Jangan memandang rendah sayaaaaaa...!!!" Dengan penuh kemarahan, si Mage meneriakkan kata-kata cakan mentra nya yang bererti dirinya akan melancarkan serangan seterusnya.

"Lahap dan telanlah, bakar dan hanguskan segalanya... <Hellfire> !!"

Setelah itu muncullah sebuah lingkaran magic yang cukup besar mengapung secara horizontal tepat di atas lelaki bertopeng. Dapat dilihat bahawa itu adalah serangan skala besar, tetapi cuma digunakan untuk menyerang seorang lelaki yang dirantai dan terluka. Ini jelas merupakan sebuah pemborosan, tetapi sepertinya si Mage sudah tidak peduli lagi dengan hal itu dan hanya ingin menyerang lelaki bertopeng tersebut dengan kekuatan penuhnya.

Dan kemudiannya muncullah efek magic tersebut.

Tercipta sebuah tiang api berwarna gelap yang memancar tinggi keatas langit sehingga ianya dilihat seperti sebatang pokok yang tumbuh dengan cepat oleh orang-orang di luar Colosseum, sementara Colosseum pula bagaikan pasu bunga bagi tiang tersebut.

Dan dengan cepat, tiang api tersebut melahap semua yang ada dibawahnya termasuk lelaki bertopeng yang masih lagi terikat dengan rantai. Api yang dihasilkan tidak merebak ke sekitarnya, tetapi bahang udara panas yang dihasilkan masih dapat dirasakan oleh semua orang di tempat itu.

Api itu terus menerus membakar semuanya yang ada didalam jangkauannya, dan tidak lama kemudian udara di sekitarnya juga turut terbakar. Sehingga beberapa orang mula mengalami kesesakan untuk bernafas, tetapi si Mage langsung tidak peduli dengan mereka.

"Kah hah ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha..."

Satu satu-satunya bunyi yang terdengar dengan jelas cumalah ketawa gila milik si Mage. Tidak hanya ketawa, si Mage kemudiannya mula berkata-kata dengan nada sombong kerana merasa dirinya telah berjaya melenyapkan musuhnya.

"Ha ha ha... Inilah akibatnya bila awak memandang rendah kepada saya"

Dengan senyuman sinis terukir di wajahnya, si Mage terus memandang tiang api yang dirinya panggil itu seperti sedang menikmati pemandangan. Rasa bangga terus memenuhi dirinya, tetapi dia masih lagi mengabaikan orang-orang yang mula terseksa dengan tindakannya.

Tetapi sesaat kemudian...

"Begitukah? Tapi aku memang tidak pernah memandang rendah kepada setiap musuh ku"

"Ha?"

Secara tiba-tiba kedengaran suatu suara yang dengan serta merta menghancurkan semua kesombongan dan senyuman milik si Mage.

Tidak lama setelah kemunculan suara itu, sesuatu yang lain mula berlaku kepada tiang api yang dipanggil oleh si Mage.

Tiang api itu mula mengalami perubahan pada bentuknya, daripada yang tadinya tegak dan rata, kini mula berubah menjadi mengembang. Seolah-olah ada sesuatu didalamnya sedang membesar. Tetapi apa pula benda yang mampu menahan gelombang panas yang dihasilkan oleh tiang tersebut?

Tidak lama kemudian jawapannya pun diketahui.

Tiang api yang dari tadi mengembang akhirnya pecah dan menghilang. Lalu apa yang tertinggal setelah lenyapnya tiang api tersebut adalah sekumpulan sisa api lain yang berwarna hitam dan seorang lelaki yang mengenakan topeng diwajahnya.

"T-Tidak mungkin... bagaimana awak..."

Dengan gementar ketakutan, si Mage mengemukakan ketidak percayaannya terhadap kenyataan dihadapannya itu.

Tetapi lelaki bertopeng itu tidak menghiraukan perkataan si Mage itu dan mula mengatakan...

"Aku memang tidak pernah memandang rendah kepada setiap musuh ku, tetapi untuk sampah macam kau takkanlah nak aku pandang tinggi pulakkan?"

"Ha?"

Itu pastinya adalah balasan kepada penyataan sebelumnya yang dikatakan oleh si Mage, dan nampak itu juga merupakan satu sindiran kejam daripada lelaki bertopeng untuk si Mage. Tetapi tidak terhenti disitu, lelaki bertopeng kini mula berbicara lagi.

"Hahhh... kau mungkin sampah, tapi setidaknya kau telah membantu ku dengan cara mencairkan rantai-rantai menjenkelkan itu. Yah... aku sebenarnya boleh saja menghancurkan nya sendiri, tapi aku tidak rasa sisa tenaga ku yang sikit ini akan cukup untuk melarikan diri jika aku melakukan itu"

"Ha?"

"Jadi kalau kau pergi sekarang aku akan mengabaikan fakta bahawa kau mencuba menyerang ku sebelum ini. Jadi cepatlah pergi. Kau cukup bertuah, aku tidak akan selalu murah hati seperti ini"

"Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha...."

Tepat setelah lelaki bertopeng itu mengatakan perkara itu, si Mage entah mengapa secara tiba-tiba ketawa dengan gila-gilaan.

"Apakah kau menjadi gila pulak sekarang?" Tanya lelaki bertopeng kerana tidak memahami apa yang sedang terjadi.

"Awak? Melepaskan saya? Jangan bergurau!! Berani sekali awak menghina saya seperti ituuu....!!"

Si Mage pun mula mengila dan melancarkan serangannya kearah lelaki bertopeng secara rawak.

"<Fire Ball> !!" [Skip aja mentra nya]

Dan bermunculan puluhan bola api yang kemudiannya menyerang lelaki bertopeng.

Tetapi sama seperti sebelum ini, serangannya itu langsung tidak meninggalkan kesan kepada lelaki bertopeng.

"Cih, kalau macam tu... Wahai api, Atas nama Raja Roh Api, Igneel. Saya menyeru agar awak membakar dan memusnahkan semua musuh saya... 7 tier Magic... <Infern-"

"Apa kau fikir aku akan mengabaikan sahaja saat kau merapal mentra?"

Dan dengan sekelip mata, lelaki bertopeng muncul tepat dihadapan si Mage sehingga membuat bacaan mentra nya terganggu. Tetapi lelaki bertopeng tidak hanya melakukan itu cuma untuk menggagalkan usaha si Mage untuk melancarkan serangan, tetapi malahan untuk melakukan serangan ke atas si Mage.

Lelaki bertopeng dengan cepatnya menangkap mukanya si Mage dan tanpa berlengah mendorongnya sehingga merempuh dinding arena.

"Agghhh...."

Si Mage merengek kesakitan, tetapi lelaki bertopeng langsung tidak menghiraukan perkara itu dan malah melanjutkan aksinya itu dengan serangan penamat.

"Aagrrrrrhhhhh.... maafkan saya, maafkan saya!! Tidak, tidak, ini sangat sakit!! Aaaaaaaaaaaaaaaaaa...."

Lelaki bertopeng mengabaikan teriakan kesakitan daripada si Mage dan terus melanjutkan apa yang sedang dilakukannya.

Lelaki bertopeng itu menggenggam dan mencengkam kepala si Mage dengan kuat, sangat kuat sehingga kepalanya hancur berkecai.

Darah milik si Mage memercik dengan banyak, sehingga mengenai pakaian hitam milik lelaki bertopeng itu.

Baru saja, baru sahaja dirinya mengakhiri hidup si Mage dengan cara yang sangat sadis. Tetapi dirinya langsung tidak terganggu dan masih bersikap tenang, ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa dirinya sudah terbiasa dengan pembunuhan. Ini adalah sifat...

"Aku ada seseorang penjahat, jadi aku tidak akan ragu untuk menghancurkan semua musuh ku. Kau telahpun aku berikan peluang, tetapi aku membuangnya. Kebodohan itu sepatutnya ada batasnya, sampah"

Dengan suasana yang menegangkan, semua penonton yang tadinya terseksa oleh tindakan si Mage telah menyaksikan kematian si Mage daripada tempat duduk mereka kini mula beriaksi. Mereka adalah jenis yang menikmati pertumpahan darah jadi riaksi mereka pasti bersorak gembira.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaa....!!"

"Lariiiii...!!"

"Sang iblis sudah terbebas!!"

"Jangan kemari, saya tidak mahu mati...."

"Monsterrrrrr!!"

Apa yang berlaku? Ini adalah riaksi yang 100% bertentangan dengan apa yang mereka lakukan sebelum ini. Bukankah mereka sepatutnya bersorak gembira kerana seseorang yang mengancam nyawa mereka tadi telahpun tiada? Apa sebenarnya jenis citarasa mereka ini?

Disaat kekecohan yang terjadi didalam Colosseum terus berlanjut, sang lelaki bertopeng yang masih lagi berada di atas arena hanya memandang orang-orang yang berlari ketakutan dan bergumam sendirian.

"Tch, menjenkelkan betul para munafiq ini. Mereka bergelak ketawa ketika ada yang mati ketika diriku masih dirantai, tetapi bila diriku terbebas sekejap saja mereka langsung berlari seperti tikus"

"Hahhhhh... Apa-apalah, sekarang aku perlu segera meninggalkan tempat kerana sudah terbebas"

Dan itulah keputusan akhirnya. Lalu sang lelaki bertopeng itu mula memandang ke arah sekeliling untuk mencari jalan keluar yang paling hampir dengannya.

(Rasanya tenaga ku ini setidaknya masih cukup untuk melakukan dua atau tiga lompatan kecil, tidak ada bumbung di bangunan ini jadi baik aku lompat keluar sahaja dari sini)

Sambil menatap ke atas, sang lelaki bertopeng itu mula memasang posisi bersedia untuk melompat. Lalu kemudian...

Dirinya tumbang ke tanah.

"Aghh (bunyi batuk)"

Secara tiba-tiba lelaki bertopeng itu jatuh terbaring diatas tanah seolah-olah semua tenaganya menghilang dalam sekejap. Dan tidak hanya itu, dirinya juga mulai memuntahkan darah yang sangat-sangat banyak sehingga menghasilkan tumpahan darah daripada celah-celah topengnya.

(Tubuh ku terasa berat! Ini...)

"Wah wah wah, nampaknya racun yang saya sebarkan diseluruh kawasan arena sudah mula beriaksi sepenuhnya"

Daripada salah satu lorong yang ada di sekitar arena, muncul seorang lelaki sambil tersenyum dan bertepuk tangan yang berjalan masuk ke dalam kawasan arena.

Lelaki itu... dia adalah sang pengacara.

Para penonton yang sebelumnya sibuk melarikan diri kini mula berhenti. Mereka berhenti dan mula memandang ke arah arena sekali lagi. Alasannya karena mereka melihat sosok yang mereka semua takuti sebelum ini sedang tersungkur di tanah sambil mengalirkan banyak darah.

Ketakutan mereka serta merta menghilang, dan kini mereka sekali lagi bersorak gembira. Sorakan itu diajukan kepada sang pengacara yang kelihatan seperti orang yang mengakibatkan situasi itu kepada lelaki bertopeng kerana dirinyalah yang berada paling hampir dengannya.

"Wah wah wah, tidak sangka pengacara juga dapat menjadi bintang ya. Setuju tak, tuan juara bertahan.... he he he he he he he he he he he...."

Sang lelaki bertopeng itu hanya mampu berdiam ditanah tanpa dapat melakukan apa-apa dan hanya terus memerhatikan tindakan sang pengacara daripada tempatnya.

Sementara sang pengacara pula melanjutkan kata-katanya dengan nada licik.

"Baiklah... Mari kita mulakan babak Akhirnya... hehehe he he he he he he he he he he he he he...."

Ke mana pulak sesatnya si protagonis kita di saat-saat seperti ini?

Chapter 3: Penjahat di dalam Colosseum.

~The End~

Second character dan antagonis di bab pertama telah muncul di chapter ini, apakah anda menyukai cara kemunculan mereka?

Kaitou_Xcreators' thoughts