webnovel

BE MY WIFE

Fauzan dan empat rakannya lagi berjalan di sekitar mall. Tetiba matanya terarah kepada seorang gadis yang lagi duduk di cafe. Dia hanya senyum sebelum kakinya mengekori langkah kawan-kawannya. Waney yang duduk di hadapan classmate nya hanya diam tanpa sebarang suara yang keluar. Aini yang merupakan kawan sekelasnya menegur gadis di sebelahnya. "Aku tengok kau ni diam ja." - Aini. "Eh? Err.. Saya tak tahu nak borak apa." - Waney. Kawan sekelasnya yang lelaki berada di meja bersebelahan dengan mereka. Fauzan dan rakannya yang lain turut serta reunion class yang berbeza dengan mereka, mata mereka memandang waney yang hanya diam. "Dulu dengan sekarang tetap sama ja sikap tu." - Hafiz. "Dia memang tak rapat dengan classmate dia.. Mesti rasa kekok ikut reunion ni." - Shamil. Dalam sebulan Fauzan dan Waney berkawan. Fauzan ajak Waney jadi isterinya. "Aku nak kau jadi kawan aku sampai nikah." - Fauzan. "Erk? Apa yang awak merapu ni?" - Waney. Adakah persahabatan yang baru mereka bina ini akan bertukar ke alam berumah tangga?

CikRose · Fantasy
Not enough ratings
14 Chs

BAB 8

Sudah hampir tiga bulan Fauzan tidak lagi muncul atau cuba bercakap dengan Waney. Walaupun begitu, hati Waney tenang apabila tiada pelajar yang suka bulinya lagi. Ila dah lama kena buang sekolah kerana mencuri wang pelajar tingkatan tiga tiga bulan yang lepas. Seperti biasa waktu rehat, Waney akan keluar rehat dengan Dania dan Damia. Setiap kali ada ja mulut dua sahabatnya celoteh bicara, sampai naik bosan Waney mendengarnya.

Permandangannya di langit yang mula gelap, mungkin hendak hujan. Matanya tak lepas dari melihat awan yang menutupi langit. Fikirannya melayang jauh memikirkan kisah semalam di mana dia dan ayahnya bergaduh mulut kerana di tuduh bercinta. Dia mengeluh seketika sebelum matanya melihat Dania dan Damia yang masih bercerita.

"Sungguh aku cemburu dengan kau orang." Waney bersuara. Terdiam seketika si kembar di hadapannya. Waney gelak kecil melihat wajah terpinga dari Dania dan Damia.

"Apa yang kau cakap? Aku tak dengar tadi." Balas Damia apabila hilang terus bicaranya dengan kakaknya apabila dengar Waney berkata sesuatu.

"Tak ada apa.. Tak penting pun. Dah jom balik kelas.. Rehat dah nak habis." Ajak Waney apabila matanya melirik ke arah jam di tangannya.

Dania dan Damia turut melihat jam dan beberapa orang pelajar di kantin sudah berkurang. Kaki mereka hanya mengikut Waney dari belakang. Sambil berjalan mulut si kembar ni tak adanya tanda-tanda berhenti berkata. Ada sahaja cerita yang mereka nak kongsi kepada Waney. Waney kebanyakkan hanya mengangguk dan senyum daripada membalas kata-kata dua beradik itu. Sesekali dia ketawa apabila ada bahagian kelakar di balik kata Dania. Dania dan Damia mereka ada berdua ada sahaja perkara yang membuat hatinya gembira.

'Thanks sahabat.' Bisiknya hanya dalam hati.

===

Fauzan dan rakannya yang baru keluar dari kelas mereka untuk pergi ke bilik makmal sains, mereka lalu di hadapan kelas 5 ERT/SAINS. Seperti biasa telinga mereka berlima akan mendengar suara pelajar perempuan dalam kelas itu menyebut nama Fauzan. Sementara mereka hendak menuju ke tangga mereka melihat Waney yang baru sampai di tangga terakhir dan mereka mendengar sesuatu dari wajah ceria gadis itu.

"Yes.. Aku harus kuat!!" Waney senyum sediri sebelum senyumannya mati apabila matanya terpandang lima jejaka tampan berdiri terkejut di hadapannya. Dia mula gelabah dan terus menutup mukanya dengan tapak tangannya, terus kakinya melangkah masuk ke dalam kelasnya dengan langkah yang laju.

Dia duduk di mejanya dengan keluhan kecil sebelum dia tersenyum kecil. Dia mula mengeluarkan buku teks subjek matematik yang di ajarnya abangnya sebentar lagi. Fauzan dan rakannya yang mula turun tangga menuju ke makmal. Matanya bertembung dengan mata Dania dan Damia yang turut menuju masuk ke makmal tapi berlainan bilik makmal.

"Nia, Mia.." Fauzan bersuara setelah dua kembar itu menghampirinya.

"Apa?" Dania sedikit terkejut apabila Fauzan menyapa mereka.

"Malam ni kau orang free?" Fauzan mula menyandar di dinding dengan matanya melihat wajah cantik milik Dania dan Damia.

"Free ja.. Kenapa?" tanya Damia pula.

"Nak datang rumah.. Datang ja lah." Dania pula bersuara.

"Tak lah. Mama aku.. Minta kau orang datang makan malam di rumah aku. Ajak Dato' dengan Datin datang sekali." Matanya kini beralih kepada kawan sekelas Dania dan Damia, terutama matanya melihat sekumpulan perempuan lagi mengumpat pasal dua beradik di hadapannya.

"Nanti aku beritahu kau, Papa aku sibuk sikit." Balas Dania tenang. Damia hanya mengangguk setuju dengan jawapan kakaknya.

"Okey.. Aku masuk dulu." Fauzan terus beredar dan langsung sahaja tubuhnya hilang di sebalik pintu di mana Dania dan Damia berdiri.

Selesai mereka melihat Fauzan sudah berada di tempatnya baru lah mereka berdua menuju ke bilik makmal belakang. Tidak hiraukan bisikan kawan perempuan sekelas mereka. Mereka berdua duduk di meja di barisan depan, tempat kesukaan Dania dan Damia sejak beberapa hari lalu. Itupun setelah melihat tempat biasa Waney duduk apabila berada di dalam makmal sains.

'Nak pandai, kena duduk di barisan depan kan?' Bisik Dania dalam hati.

Bunyi loceng menandakan habis waktu sekolah. Waney yang baru keluar dari kawasan sekolahnya, kakinya terus menuju ke jalan besar di temani oleh Dania dan Damia di sebelahnya. Sampai sahaja destinasi mereka iaitu perpustakaan awam. Mata mereka ternampak Fauzan dan rakannya turut masuk ke dalam perpustakaan. Seperti biasa, Waney akan masuk dahulu apabila Fauzan menyapa Dania dan Damia.

Di dalam perpustakaan, hanya kedengaran helaian kertas di buka. Waney hanya tumpu sahaja dengan kerjanya. Tarikh SPM bulan 10 ni, hanya tinggal empat bulan ja lagi mereka akan menduduki peperiksaan SPM. Fauzan dan Azniz seperti biasa hanya menumpukan study mereka seperti Waney. Dania dan Damia seperti biasa akan mengelat, begitu juga Farhan, Farhin dan Azim. Waney yang di sebelah Dania dan Damia mula menarik telinga dua beradik itu serentak. Terjerit kecil Dania dan Damia menahan telinga mereka yang di tarik oleh Waney.

"Exam lagi empat bulan. Aku tak nampak pun perubahan markah exam kau orang yang exam bulan lepas. BI kau dapat E.. Mate apatah lagi." Waney mula membebel apabila melihat Dania dan Damia santai sahaja tidur di sebelahnya. Fauzan, Azniz dan tiga orang rakannya terkejut dengar jeritan si kembar tadi.

"Bilanya nak skor tinggi kalau asyik malas macam ni? Bilanya nak masuk UNIMAS kesukaan korang tu?" Waney senyum pendek apabila cuba menarik perhatian Dania dan Damia.

"Alaa.. Kau ni Waney...." Dania dan Damia mula merengus apabila isu UNIMAS di bangkit semula.

"What? Kau orang juga yang nak pergi sangat haritu."

"Memang lah.. Tapi susah lah mata pelajaran ni semua." Damia tolak sikit buku-buku teks di hadapannya.

"Sebab tu belajar.. Jangan malas. SPM penentuan masa depan kita tau.. Jangan buat main-main. Nanti kau orang menyesal tak ke sudah." Waney mula sambung kerja yang tertangguh tadi.

"Alaa.. Kau ni Waney." Dania mula mencebik.

"Yang mana tak tahu tu tanya lah.. Aku bukannya kedekut ilmu. Buat cepat.. Pukul 5 ayah aku dah datang." Balas Waney tenang dengan tangannya mula memegang pembaris. Lagi menyelesaikan Matematik.

"Iya lah. Tapi...."

"Apa lagi Mia.." Waney mula angkat muka.

"Aku nak pergi tandas, nak basuh muka." Jawabnya dengan sengihan.

"Aku juga nak ikut." Dania turut bangun.

"Tiga minit! Kalau lebih siap aku bebel nanti." Waney senyum apabila melihat Dania dan Damia mengangguk dan memberi simbol okey sebelum beredar menuju ke tandas.

Sekali lagi, mereka hanya diam. Bunyi helaian kertas yang kedengaran. Fauzan kadang-kadang curi melihat Waney yang lagi selesaikan kira-kira subjek matematik. Selepas habis subjek matematik, dia sambung pula dengan add mate. Waney walaupun dia terpaksa menurun kelas, subjek add mate dia perlu mengambil. Itupun sebab cikgu Affuan yang suruh. Bila waktu subjek ert dan sains tiba dia sahaja akan datang ke kelasnya untuk belajar bersama subjek add mate.

"Kau hanya nak tengok dia ja ka?" Azniz mula menegur apabila mata Fauzan tidak lepas memerhati Wanie di hadapan mereka.

"Shh." Balas Azim yang di sebelah Azniz.

"Err.. Waney." Panggil Farhan di sebelah Fauzan. Terkejut empat sekawan itu memandang Farhan sebelum memandang Waney yang hanya mengumam menjawab panggilan Farhan.

"Err.. Boleh awak ajar saya add mate?" Farhan sengih. Waney pandangnya sekilas sebelum mengalih kepada kerjanya.

"Okey.. Yang mana awak tak tahu?" Jawab Waney setelah dia menutup buku notanya dan menolak ke tepi.

Empat sekawan Farhan hanya melihat Waney yang mengajar Farhan add mate. Ada juga yang pasang wajah cemburu apabila melihat Waney lagi senyum mengajar Farhan. Farhan yang sengih kambing kepada rakannya buat hati Azniz terbakar.

'Dalam diam-diam kau ambil peluang eh Han.' Bisik Azniz dalam hati.

Fauzan hanya senyum sahaja melihat cara Waney mengajar kawan karibnya. Sejujurnya dia iri dengan Farhan tapi dia tak perlu meminta pertolongan Waney. Lagipun dia boleh jawab soalan add mate ni. Kalau belajar cara teknik yang betul mesti yang tak belajar add mate pun akan faham. Add mate sama sahaja dengan matematik cuma sedikit rumit.

'Nampaknya awak dah kembali seperti dulu Waney.' Fauzan senyum dengan bisikannya sendiri.