7 BAB 7

Fauzan yang duduk di hadapan mereka dah mula malas mendengar dua sahabatnya itu mengelat. Matanya dari tadi perhatikan sahaja Dania dan Damia yang beri alasan tak nak menyiapkan kerja sekolah mereka, matanya melihat Waney yang diam dengan perbalahan dua beradik itu.

"Aku bagi kau orang tiga puluh saat untuk fikir. Kalau tak nak buat kerja kau orang. Aku balik." Waney bersuara setelah penat dengar Dania dan Damia memberi alasan.

"Iya-iya lah kita orang buat." Balas Damia malas.

"Ini baru kawan aku." Waney senyum nipis dengan gelengan kecilnya.

"Aku dah angkat bendera putih. Susah doh subjek ni." Damia dah mula gosok-gosok kepalanya yang berlapik tudung.

"Yang mana kau tak tahu, aku ajar lah nanti. Kau buat lah yang mana kau tahu dulu Mia.. Nanti aku check yang mana kau salah." Balas Waney dengan tangannya pegang pen di tangan sambil melihat Dania merangka ayat dalam bahasa inggeris.

"Yo lah." Damia mengalah.

"Saya boleh ajar Dania BI. Awak boleh ja ajar Damia tu. Saya rasa english tak lah susah mana pun berbanding mate kan?" Fauzan bersuara apabila melihat Waney yang bosan menunggu Dania menulis essay.

"Eh. Awak dah habis ka dengan add mate?" tanya Waney hairan dengan matanya hanya sekilas pandang kearah Fauzan.

"Eh tak apa.. Add mate tu esok pun boleh siap.. Lagipun boleh lah rest sikit otak dari fikir pasal formula add mate ni." Fauzan sengih. Waney hanya diam seketika sebelum dia mengangguk faham.

"Okey lah kalau awak kata macam tu. Awak ajar lah Nia, saya nak ajar Mia." Waney mula mengalih badannya ke arah Damia yang lagi garu kepalanya dengan pen. Dah nak mengalah la tu.

"Eh Waney.. Bukan kau pandai ka add mate? Apa kata kau ajar Fauzan." Dania bersuara apabila Fauzan mula duduk di sebelahnya.

"Kau jangan nak mengelat. Aku tau dengan taktik kau nak lari dari buat kerja sekolah kan?" Waney balas tanpa pandangannya mengalih langsung dari buku nota Damia.

"Mana ada lah." Dania cebik. Tau-tau ja Waney ni.

"Jangan nak suruh orang ajar aku. Kau tu kelaut lagi, siap kan cepat. Kejap lagi aku dah nak balik." Fauzan pula bersuara.

"Pergi lah balik. Tak ada siapa halang kau pun." Balas Dania geram.

"Kau siap essay baru aku balik." Balas Fauzan senyum sinis kepada Dania yang mula mencebik lagi.

"Ye lah..."

==========

"Yeah akhirnya siap pun. Senang rupanya mate ni." Damia jerit riang. Waney senyum melihat Damia dapat selesaikan subjek mate.

"Baguslah, nanti guna ja cara aku ajar tu. Senang sikit nak faham." Balas Waney sebelum usap perlahan kepala Dania yang berlapik tudung.

"Ha'ah la. Cara kau ajar tu senang sangat aku nak faham." Damia angguk-angguk kepalanya.

Fauzan yang di sebelah Dania senyum kecil melihat wajah riang Damia, dia bukan tak dengar tadi cara Waney ajar budak yang slow tu. Penuh dengan kesabaran dan dengan tenang. Patutlah dua sahabatnya ini tak nak dia yang mengajar, garang, cepat marah. Tapi Damia dengan Dania ni banyak main dari belajar sebab itulah dia selalu marah dua beradik tu.

"Wei Zan.. Ni okey tak essay aku. Macam banyak merapu ja aku rasa." Dania tunjuk buku notanya di hadapan wajah Fauzan yang termenung memandang Waney.

"Okey lah ni. Bagi faham ja dah cukup, kalau kau nak lagi bagus. Kau kena lah banyak membaca buku inggeris dan kau kena lah banyak translate yang mana kau tak faham. Baru lah essay kau pro macam mat salleh." Jelas Fauzan tenang sambil matanya membaca setiap butir ayat yang di tulis Dania. Ayat dah macam budak darjah enam! Patut lah senang sangat buat essay. Senyum kecil dia apabila baca essay dari Dania.

"Ye ye lah kau tu." Dania tarik notanya geram apabila melihat senyuman kecil di sebalik bibir Fauzan.

"Betul apa aku kata." Fauzan sengih dengan rajuk Dania.

Waney hanya seperti biasa, hanya memerhati Dania dan Fauzan yang gaduh-gaduh manja. Senyumannya terukir apabila melihat Dania mula mencebik dengan usikan Fauzan. Dah nampak sesuai sangat mereka berdua ni. Tak lama lagi aku dapat makan nasi minyak lepas SPM ni. Waney pandang Damia yang sudah pegang handphone di tangannya. Waney pandang jam di dinding di bilik belajar. Dah pukul lima setengah, dia mula kemas buku-buku dan barangnya ke dalam begnya.

"Nia, Mia.. Aku balik dulu. Ayah aku dah sampai tu." Waney bersuara setelah dia sudah berdiri hendak menuju ke ruang tamu.

"Eh Waney, kau tak nak makan dulu ka?" Tanya Damia. Waney hanya melambai tangannya dan kakinya terus menuju ke pintu utama.

"Hurm.. Waney tetap dengan tepati masanya. Macam lah ayahnya tu dah sampai." Dania mengeluh dengan matanya melihat ke jam dinding sebelum kakinya menuju ke pintu utama dengan Damia dan Fauzan mengekori langkahnya.

Mata mereka pandang Wanie yang berdiri di luar pagar rumah keluarga Dania dan Damia. Waney yang berdiri di luar rumah Dania mula melihat jam di tangan yang sudah melebihi tiga minit dan akhirnya kereta hitam toyota vios berhenti di hadapan Waney. Tanpa tunggu lama, Waney langsung masuk ke dalam perut kereta tanpa melihat ke arah belakang. Fauzan, Dania dan Damia yang memerhati Waney dari tadi masih memerhati kereta hitam yang baru di naik oleh Waney.

"Kau bila nak balik?" Tanya Dania apabila kereta toyota vios dah lama meninggalkan rumahnya.

"Nak balik lah ni." Fauzan bersuara dan kakinya menuju ke bilik belajar tadi untuk mengambil begnya dan mula keluarkan smartphone Samsung di dalam begnya.

Selepas dia hantar pesanan ringkas untuk dalam whatsapp group kawannya. Dia duduk di meja belakang untuk cicip air teh yang di buat Damia. Chipsmore yang masih dalam plastik, dia mula buka dan ambil beberapa keping chipsmore masuk ke dalam mulutnya. Selesai dia makan separuh chipsmore dari dalam plastik. Dia habiskan teh dalam cawannya sebelum dia bangun dari kerusi dan terus berjalan semula keluar dari rumah Dania dan Damia, sneaker di dalam rak kasut di keluarnya dan hendak sarung pakai kasut tetiba telinganya mendengar bunyi hon dari Azniz dan tiga rakannya. Dania dan Damia sudah mula jalan ke pagar rumah mereka, di lihatnya wajah-wajah tak hensem kawan Fauzan kecuali Azniz dan Farhan yang nampak hensem sikit.

"Aku tengok kau orang ni dah macam mat motor ja." Kata Dania dengan keningnya mengangkat sebelah memandang kawan-kawan Fauzan.

"Relax lah Nia.. Kami baru budak sekolah, sudah masuk U nanti.. Kami beli lah kereta nanti aku bawa kau pergi jalan-jalan." Azim mula menarik rambutnya kebelakang, acah-acah macho. Dania yang melihat dah naik bulu roma geli geleman melihat Azim.

"Eee.. Aku tengok kau dah rasa nak muntah. Ada hati nak bawa akak aku jalan-jalan." Damia di belakang Dania mula memegang tekaknya yang rasa loya.

"Yang kau orang layan Azim tu dah kenapa?" Fauzan bersuara di belakang Dania dan Damia yang baru hendak menuju ke arah Azniz yang berada di motornya.

"Yang kau pula. Bilanya boleh pikat Waney?" Tanya Azniz apabila Fauzan sudah naik di atas motornya.

"Kau ingat senang ka nak pikat Waney." Fauzan senyum apabila topil tadi bertukar tentang Waney.

"Lagipun kau orang pun tau kan Waney tu orangnya macam mana." Sambung Fauzan lagi.

"Zan.. Perlahan-lahan lah nak pikat hati Waney, kau berdoa lah banyak. Kalau dia tu jodoh kau , dia jauh hujung dunia pun kalau dah jodoh, kau orang akan bertemu juga." Dania pula bersuara. Wajahnya tenang sahaja mengungkap kata. Yang lain setia mendengar kata seterusnya dari Dania.

"Kau tak payah sangat kejar-kejar dia. Waney tu bukannya suka sangat bercinta, dia tu ulat buku macam kau. Bagi lah dia tumpu dengan pembelajarannya yang merosot sekarang ni. Dia cuba bangun dari kesengsaraan keluarga dia." Sambung Dania lagi.

"Aku minta Waney datang sini belajar dengan kita sebab aku nak kau lihat dan cakap dengan dia untuk kali terakhir." Masih hanya dengar suara Dania. Damia di sebelahnya mula faham dengan kata kakaknya.

"Aku tak nak Waney jadi mangsa dengan pelajar perempuan lain. Kau tu dah lah idola semua budak perempuan sekolah kita. Dengan apa yang berlaku dekat Waney, aku tak nak dia terluka dan kena seksa dengan peminat kau lagi." Dania mula mengalih pandangannya melihat pasu bunga mamanya yang mula layu. Fauzan yang faham dengan setiap kata yang keluar dari mulut Dania, dia hanya senyum pendek.

"Cuma hanya selepas habis persekolahan sahaja Zan. Kau lupakan lah Waney dan jangan lah kau cuba dekat dengan dia lagi. Dah lama aku hilang Waney, aku tak nak hilang dia lagi. Walaupun dia masih sama macam dulu, tapi hati dia dah lama hilang selepas mama dan ayahnya bercerai." Dania senyum pendek apabila teringat hari pertama mereka sekolah semula masuk tingkatan lima.

"Kau nak pikat dia lepas habis sekolah, terserah kau lah. Cuma tahun ni ja aku minta Zan. Kau jangan risau, aku dengan Mia akan selalu update dekat kau tentang Waney macam dulu." Dania kembali senyum kepada Fauzan. Dua saat, dia mula bergerak tinggalkan Fauzan dan rakannya di sebalik pagar rumahnya.

'Okey.. Janji kau update pasal Waney dah cukup untuk aku Nia.' Fauzan senyum.

avataravatar
Next chapter