webnovel

BE MY WIFE

Fauzan dan empat rakannya lagi berjalan di sekitar mall. Tetiba matanya terarah kepada seorang gadis yang lagi duduk di cafe. Dia hanya senyum sebelum kakinya mengekori langkah kawan-kawannya. Waney yang duduk di hadapan classmate nya hanya diam tanpa sebarang suara yang keluar. Aini yang merupakan kawan sekelasnya menegur gadis di sebelahnya. "Aku tengok kau ni diam ja." - Aini. "Eh? Err.. Saya tak tahu nak borak apa." - Waney. Kawan sekelasnya yang lelaki berada di meja bersebelahan dengan mereka. Fauzan dan rakannya yang lain turut serta reunion class yang berbeza dengan mereka, mata mereka memandang waney yang hanya diam. "Dulu dengan sekarang tetap sama ja sikap tu." - Hafiz. "Dia memang tak rapat dengan classmate dia.. Mesti rasa kekok ikut reunion ni." - Shamil. Dalam sebulan Fauzan dan Waney berkawan. Fauzan ajak Waney jadi isterinya. "Aku nak kau jadi kawan aku sampai nikah." - Fauzan. "Erk? Apa yang awak merapu ni?" - Waney. Adakah persahabatan yang baru mereka bina ini akan bertukar ke alam berumah tangga?

CikRose · Fantasy
Not enough ratings
14 Chs

BAB 6

Fauzan yang mula keluar dari perut kereta milik ayahnya, dia lihat sekilas rumah banglo dua tingkat sebelum kakinya bergerak meninggalkan kereta ayahnya yang di pandu oleh pak Samad. Tiba depan pintu rumah Dania dan Damia dia menekan punat kecil di hadapannya. Salam di berinya dengan menekan punat loceng banyak kali. Akhirnya keluar juga Damia dengan pasang wajah geram apanila melihat wajah Fauzan.

"Kau ni dah tak ada adab ka? Sampai dah rosak punat loceng ni kau kerjakan." Damia 'belek' punat loceng di pintunya. Fauzan hanya sengih tayang giginya.

"Kau tu lagi lah teruk. Salam aku tak adanya kau jawab." Fauzan sinis. Damia sengih sambil menjawab salam Fauzan seminit yang lalu.

"Dah jom masuk. Dania lagi solat, nanti dia turun. Aku masuk dapur buat air untuk kita." Perlawa Damia mengajak Fauzan masuk ke dalam rumahnya seperti biasa. langkahnya mula menuju ke ruang dapur. Fauzan seperti biasa akan menuju ke tempat kesukaannya. Bilik belajar Dania dan Damia di sebelah ruang tamu.

Sedang Fauzan membuka buku subjek sains di atas meja, suara Dania menyapanya dari belakang dengan sengihan di bibir gadis bernama Nurul Aina Dania. Fauzan hanya mengeleng dengan sudah acap kali memahami perangai Dania. Dania melangkah menuju ke meja mereka selalu belajar, Dania mengambil tempat di hadapan Fauzan. Dania pandang wajah Fauzan tiga saat sebelum dia mula membuka mulut untuk bersuara.

"Kejap lagi ada sorang akan join kita petang ni." Dania 'belek' buku novel di atas mejanya.

"Siapa? Sepupu kau?" tanya Fauzan dengan keningnya di naiknya.

"Tak..." Dania mengeleng kecil.

"Dah tu siapa?" Fauzan masih ingin tahu. Kerjanya dia dah tolak ketepi.

"Ada lah. Dua puluh minit macam tu dia datang lah." Jawab Dania tenang dengan matanya masih melekat di setiap ayat novel di depan matanya.

"Hurm iya lah." Fauzan mengalah. Dia capai semula buku nota sains dan buku teksnya.

Damia mula masuk ke dalam bilik belajar mereka. Dia meletak dulang berisi air dan dua chipsmore yang msih belum buka di atas meja. Dania hanya pandang sekilas adik kembarnya sebelum melihat Fauzan yang sibuk mengerah otaknya dengan subjek sains. Well, dia bukan minat pun subjek sains tu.

Damia duduk di sebelah kakaknya dan capai buku nota matematik dan buku teks subjek matematik. Dania seperti biasa hanya pandang sahaja dua manusia di hadapannya dan di sebelahnya. Dia lagi menunggu seseorang yang menyabar mengajarnya. Fauzan angkat kepalanya melihat dua kembar di hadapannya. Melihat Damia yang mula mengerut dengan dahi kecil dengan subjek matematik dan si budak malas belajar Dania yang lagi membaca novel entah apa-apa tu. Kepalanya mengeleng melihat Dania yang tidak ada minat langsung untuk belajar. Dia kembali menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.

Dalam dua puluh lima minit mereka bertiga mendengar bunyi loceng. Mata mereka bertiga melihat pembantu rumah bernama Tani berjalan laju menuju ke pintu utama. Tani mula memulas tombol pintu dan membuka sedikit untuk melihat siapa manusia yang datang ke rumah majikannya. Fauzan yang mendengar nama di sebut Tani matanya melihat sekilas kearah Dania yang senyum manis kepadanya. Gadis yang berada di luar pintu tadi mula masuk ke dalam ruang tamu dan kakinya mula menuju kearah mereka di bilik belajar di sebelah ruang tamu. Fauzan terkedu melihat gadis yang jalan ke arah mereka. Waney!!

Waney hanya senyum kepada kedua sahabatnya dan seorang lelaki sahabat kepada Dania dan Damia. Dia mula duduk di tengah-tengah antara Dania dan Damia. Dania mula peluk Waney dengan senyumannya terukir. Dia mula bangun dan mengambil buku sekolah di atas meja belakang mereka dan menuju semula di mejanya. Tanpa menghiraukan mata-mata Fauzan yang mahu mendengar penjelasan darinya, dia hanya abaikan sahaja mata Fauzan yang tajam pandangnya.

"Waney.. Can you teach me pasal subjek mate?" Damia mula bersuara apabila kepalanya dah mula pecah otak memikirkan penyelesaian soalan di buku teks matematik. Dia dah banyak kali membelek setiap formula di buku teks, notanya dan di dalam google juga. Akhirnya dia mula letak kepalanya di atas meja tanda mengangkat bendera putih.

"Tadi aku tengok kau bukan main semangat sangat kerah otak tu, last-last dah mengalah." Dania sengih melihat adiknya yang dah menolak buku teks matematik ke tepi.

"Iya lah.. Nanti aku ajar, tak pun suruh Fauzan ajar kau. Dia lebih pandai pasal mate ni." Waney bersuara tanpa melihat Fauzan di depannya yang sememangnya dari tadi memerhati gerak geri Waney. Senyuman Waney terukir kecil apabila sekilas pandang Fauzan.

"Tak nak Fauzan tu, aku ni dah slow. Tak pasal-pasal dia marah aku." Jawab Damia memandang Fauzan dengan sebelah matanya.

"Dia marah sebab kau main-main masa dia lagi mengajar. Cuba letak handphone tu ke tepi. Kata nak study, tapi hp di tangan. Kalau aku jadi dia pun akan marah kau." Waney mula bebel. Fauzan anguk-anguk kepalanya setuju dengan kata-kata Waney.

"Alah.. Study ni buat aku mengantuk. Lagi-lagi mate tu, boleh buat otak aku pecah tau." Damia tetap tak nak mengalah. Waney mengeluh kecil. Dania sudah dari awal hanya pandang sahaja buku teks dan notanya yang masih tertutup.

"Yang kau pula. termenung apa? Buat lah kerja tu." Arah Waney kepada Dania yang sengih kecil.

"Rasa malas pula dengan subjek BI ni." Dania sengih.

"Nak aku balik ka? Ingat senang aku nak keluar dari rumah?" Waney cubit perlahan lengan Dania. Dania sengih dengan cubitan Waney yang tak kena langsung kulitnya.

"Okey.. Macam ni, bagi aku dengan Damia rest 5 minit. Lepas tu kitaorang sambung study." Dania dah mula bangun begitu juga dengan Damia.

"Mia, Nia jangan!" Tak sempat Waney menarik tangan kawannya ,mereka dah berlari anak masuk di dalam bilik permainan. Waney mengeluh.

"Menyesal lah dapat kawan macam kau orang." Waney bisik pada diri-sendiri tapi dapat dengar di telinga Fauzan. Fauzan senyum dengan gelengannya.

Akhirnya mereka berdua diam tanpa bersuara, hanya kedengaran helaian kertas buku teks yang di 'selak' mereka berdua. Fauzan sikit-sikit matanya melihat Waney yang sibuk dengan kerja sekolahnya. Matanya melihat wajah Waney yang semakin pulih dari dua hari lepas. Waney yang perasan dirinya di perhatikan dia hanya abaikan, dia hanya perlu siapkan kerjanya sebelum dia perlu berperang dengan subjek lain milik Dania dan Damia. Tetiba satu soalan sains yang dia tak dapat cari jalan penyelesaian, akhirnya matanya terpandang Fauzan yang turut memandangnya dengan senyuman.

"Perlu pertolongan?" Fauzan suara apabila dia dapat tangkap apa yang gadis di hadapannya fikir.

"Err.." Waney terkedu, terdiam seketika.

"Er.. Saya tak tahu se-se-lesaikan baha-gian ni." Waney tergagap dan hanya menunduk.

"Err.. Bo-boleh awak tolong?" Tanyanya yang sedikit gagap dan dia tunjuk soalan buku teks di hadapan Fauzan. Fauzan sambut buku teks dan membaca setiap soalan yang diberi.

"Boleh saya tengok buku rujukan awak?" Tanya Fauzan pula. Waney hanya serahkan buku rujukan di hadapan Fauzan.

Dania dan Damia yang dari tadi 'mengedap' di sebalik dinding bilik belajar melihat Waney dan Fauzan. Mereka senyum apabila melihat Fauzan yang seronok mengajar Waney. Mereka berdua menepuk tangan menanda memberi high five dengan misi mereka berjaya. Mata mereka kembali melihat Waney dan Fauzan semula. Mata Dania lebih tumpu kepada Waney yang menyambung menulis apabila selesai di ajar oleh Fauzan.

'Waney, dia boleh ubah hidup kau. Aku yakin kau akan dapat kebahagiaan yang kau cari selama ini.' Bisik Dania dalam hati dengan matanya tak lepas memandang Fauzan dan Waney yang sibuk menyelesaikan kerja sekolah mereka.

"Sama pandai, sama rajin, wajah pun dah nak dekat sama aku tengok." Bisik Damia di sebelahnya. Terkejut juga Dania apabila mendengar suara adiknya tetiba bersuara di tepi telinganya.

"Mungkin jodoh." Kata Dania dan Damia serentak sebelum mereka ketawa kecil.