webnovel

BE MY WIFE

Fauzan dan empat rakannya lagi berjalan di sekitar mall. Tetiba matanya terarah kepada seorang gadis yang lagi duduk di cafe. Dia hanya senyum sebelum kakinya mengekori langkah kawan-kawannya. Waney yang duduk di hadapan classmate nya hanya diam tanpa sebarang suara yang keluar. Aini yang merupakan kawan sekelasnya menegur gadis di sebelahnya. "Aku tengok kau ni diam ja." - Aini. "Eh? Err.. Saya tak tahu nak borak apa." - Waney. Kawan sekelasnya yang lelaki berada di meja bersebelahan dengan mereka. Fauzan dan rakannya yang lain turut serta reunion class yang berbeza dengan mereka, mata mereka memandang waney yang hanya diam. "Dulu dengan sekarang tetap sama ja sikap tu." - Hafiz. "Dia memang tak rapat dengan classmate dia.. Mesti rasa kekok ikut reunion ni." - Shamil. Dalam sebulan Fauzan dan Waney berkawan. Fauzan ajak Waney jadi isterinya. "Aku nak kau jadi kawan aku sampai nikah." - Fauzan. "Erk? Apa yang awak merapu ni?" - Waney. Adakah persahabatan yang baru mereka bina ini akan bertukar ke alam berumah tangga?

CikRose · Fantasy
Not enough ratings
14 Chs

BAB 14

Jam di tangan, dia lihat sekilas. Dia mula bangun dari kerusi dan mula mengemas buku-bukunya. Seperti biasa, Fauzan dan keempat rakannya hanya memerhati gerak geri Waney yang mula hendak meninggalkan tempat mereka. Selesai Waney simpan dalam begnya baru lah dia bersuara.

"Saya balik dulu ya. Bye, assalammualaikum." Waney senyum kepada Fauzan dan kawannya. Langkahnya mula menuju ke tangga dan terus hilang dari pandangan mereka.

Fauzan melihat jam di tangan Fahmi, sebelum pukul lima gadis itu sudah pergi dari kawasan perpustakaan. Dia berdiri menunggu ketibaan ayahnya, dia menuju pula di pondok berdekatan dengan perpustakaan. Dalam lima belas minit dia sudah nampak kereta toyota vios hitam milik ayahnya dari jauh.

Tiba sahaja kereta ayahnya di hadapannya, dia mula berjalan menghampiri pintu sebelah pemandu. Belum dia hendak buka pintu kereta, tingkap kereta mula di turunkan sendiri. Wajahnya sedikit terkejut melihat perempuan muda yang lagi senyum sinis kepadanya.

"Sayang.. Kamu duduk di belakang hari ini, Aunty Shakila ikut kita balik rumah. Kamu okey kan sayang?" Suara Tuan Razali kedengaran di tempat pemandu.

Waney yang di luar memikir sesuatu, tetiba dia ternampak teksi yang kebetulan lalu di jalan. Waney melambai tangannya kepada teksi itu, teksi tadi mula berhenti di hadapan kereta Tuan Razali. Dua pasangan kekasih dalam kereta itu mengerut sedikit dahi mereka, cuba memikir apa yang Waney cuba lakukan.

"Soffya bagi dua minit untuk ayah fikir. Ayah nak makcik ni balik dengan ayah atau Fia naik teksi balik rumah?" Wajahnya berubah menikam mata ayahnya.

Fauzan dan rakannya yang mula keluar melepasi pagar perpustakaan terpandang ke arah kereta hitam milik papa Waney dan dia melihat Waney yang berdiri sahaja di luar kereta. Dia dan rakannya cuba sembunyi di celah-celah pokok bunga dan mendengar perbualan gadis itu.

"Fia sayang.. Kenapa cakap begitu? Tak apa kalau Fia tak nak duduk di belakang. Ayah suruh Aunty duduk di belakang ya?" Tuan Razali cuba berlembut dengan anak ketiganya.

Waney bukan lah seperti anak kedua dan bongsunya yang suka protes. Waney juga tidak seperti anak sulungnya yang 24 jam sahaja moody. Waney jarang hendak marah kecuali ada perkara yang dia tidak suka sahaja.

"Seminit dah berlalu." Waney melihat jam di pergelangan tangannya. Tuan Razali mula binggung. Waney satu-satu anak yang dia paling sayang. Dia tidak suka lihat anaknya ini bermasam muka dengannya.

"Baik lah.." Tuan Razali pandang teksi di hadapan sebelum memandang Shakila di sebelahnya.

"You.. You naik teksi boleh? I akan bayar untuk you.." Tuan Razali masih berlembut dengan Shakila.

"Tak nak.. Kenapa you takut sangat dengan anak you ni? Kalau dia nak balik naik teksi pun kenapa you nak halang?" Shakila mula meninggi suaranya.

"You please.. Anak I tak ada malam ni, jadi bagi lah I luang bersama dengan anak I sebelum luangkan masa dengan you." Tuan Razali bisik di tepi telinga Shakila. Wajah Shakila yang tadi marah tetiba tukar wajah yang gembira. Senyum lebar bibirnya mendengar bisikan Razali.

"Okey.. You janji ya.." Shakila pandang wajah Razali yang mengangguk kepadanya sebelum matanya melihat wajah Waney yang tajam memandang ke arahnya.

Dia jeling Waney sebelum dia capai beg dan buka pintu keluar dari kereta milik Razali. Waney mula hendak masuk tetapi di halang oleh Shakila dengan memegang lengannya erat. Shakila mula bisik di telinga Waney.

"Kau dah lepas jadi anak tiri aku, aku akan buat kau sujud di kaki aku faham?!" Nadanya sedikit keras. Waney lepas lengannya kasar dari genggaman Shakila.

"Makcik fikir, Fia takut? Dengar sini.. Selepas kau akad nikah dengan ayah aku, aku dan adik aku tak akan tinggal dengan ayah aku." Matanya tajam melihat wajah Shakila yang menahan amarahnya.

Tuan Razali hanya mampu dengar pergaduhan antara anak dan bakal isterinya. Dia tahu anaknya ini akan tunaikan apa yang dikatakannya. Waney mula masuk ke kereta ayahnya, manakala Shakila menuju ke teksi. Selepas kereta milik Tuan Razali bergerak baru lah teksi itu mengikut kereta Tuan Razali.

Fauzan dan empat rakannya memandang kereta tadi berlalu pergi. Wajah Fauzan terlihat sedikit risau, risau setelah melihat pergaduhan antara perempuan muda tadi dengan Waney. Adakah Waney sudah memiliki ibu tiri? Atau kekasih kepada ayahnya? Fauzan mula berjalan menuju ke motor milik kawannya.

'Aku perlu tanya dekat si kembar.' Fauzan memakai helmet dan mula naik motor Azniz.

Tiba di rumah, Waney langsung keluar dari kereta tanpa menoleh ke belakang. Wajah Wardya dia pandang sekilas, dia hanya menuju ke rak kasut sebelum dia menuju ke biliknya. Panggilan Tuan Razali dia hanya abaikan.

Wardya di kolam ikan hanya pandang ayahnya dan kakaknya dari jauh sebelum matanya terpandang teksi berhenti di hadapan rumahnya. Seorang gadis muda yang sangat dia kenal mula keluar dari pintu belakang. Wajah ayahnya dia pandang dengan bingung.

'Kenapa perempuan ni datang? Ayah ni kalau akak tak ada berani ja bawa balik perempuan ni ke rumah.' Wardya bisik dalam hati, setelah dia siap bagi ikan kesayangannya makan. Dia hendak masuk ke dalam rumah tetapi dia di halang oleh suara Shakila.

"Nak pergi mana tu Dia? Tak nak salam aunty?" Suaranya kedengaran lembut dan mesra.

Wardya pandang tangan Shakila sebelum matanya melihat wajah ayahnya yang lagi menyuruhnya sambut salam Shakila. Wardya dengan terpaksa sambut juga dan salam tangan Shakila. Langkahnya mula menuju ke bilik akaknya.

Tuan Razali hanya mengeleng kepala dengan sikap anak-anaknya. Dia tahu anak-anaknya tidak suka dengan Shakila dari mula lagi, tetapi dia perlukan seseorang di sampingnya. Shakila di hadapan tuan Razali, pandang belakang Wardya yang berjalan menuju ke bilik Waney.

'Dua budak ni tak pandai hormat orang, bagaimana mak mereka ajar ni? Kesian bakal suami aku dapat anak begini.' Bisik hatinya. Wajah tuan Razali dia pandang dengan penuh kasih sayang sebelum dia mula peluk mesra lengan tuan Razali.

"Jom masuk. Nanti I minta Maksu buatkan air." tuan Razali senyum kepada Shakila.

Mereka berdua menuju ke ruang tamu, panggilan tuan Razali di sambut oleh maksu pembantu rumah mereka. Sedikit terkejut maksu melihat Shakila turut berada di sebelah tuan Razali.

Pintu biliknya di ketuk oleh seseorang. Waney hanya pandang sekilas pintu biliknya tanpa ingin bangun dari katil. Matanya melihat gambar keluarganya pada hari raya dua tahun lepas. Wajah mama dan ayahnya yang masih bersama dia pandang lama.

Ibu jarinya di usap lembut di wajah mamanya dan ayahnya, setitis air matanya mengalir. Dia rindukan mama dan ayahnya bersama, dia tidak mahu ayahnya menikah dengan wanita lain. Sedang dia kusyuk menatap wajah mama dan ayahnya dia mendengar suara Wardya yang memanggilnya di luar bilik.

Dia hapuskan air matanya dan menuju ke pintu. Wajah Wardya dia tatap sekilas sebelum dia beri ruang untuk Wardya masuk ke dalam biliknya. Setelah Wardya berada dalam biliknya langsung sahaja dia tutup pintu dan kunci. Langkahnya menuju ke meja belajar, Wardya pula menuju katil yang berada gambar milik keluarga mereka.

"Dia ada dengar.. Yang ayah akan kahwin dengan aunty Shakila selepas akak habis exam. Betul ke kak?" Wardya hanya pandang setiap wajah keluarganya di frame gambar dengan wajah yang sedikit sedih. Waney diam tanpa menjawab soalan dari Wardya, tiga minit setelah mereka berdua diam baru lah Waney bersuara.

"Akak akan keluar dari rumah selepas ayah dah sah jadi suami kepada kak Shakila. Dia nak ikut akak?" Waney pandang adiknya yang cuba sembunyi air matanya. Waney bangun dari kerusi dan menuju ke arah Wardya. Tangannya mula simpan di kepala Wardya dan letak di bahunya.

"Menangis lah Dia.. Tak perlu kau simpan." Lembut sahaja suaranya. Setelah dengar kata Waney, langsung sahaja dia menangis di bahu kakaknya.