webnovel

BE MY WIFE

Fauzan dan empat rakannya lagi berjalan di sekitar mall. Tetiba matanya terarah kepada seorang gadis yang lagi duduk di cafe. Dia hanya senyum sebelum kakinya mengekori langkah kawan-kawannya. Waney yang duduk di hadapan classmate nya hanya diam tanpa sebarang suara yang keluar. Aini yang merupakan kawan sekelasnya menegur gadis di sebelahnya. "Aku tengok kau ni diam ja." - Aini. "Eh? Err.. Saya tak tahu nak borak apa." - Waney. Kawan sekelasnya yang lelaki berada di meja bersebelahan dengan mereka. Fauzan dan rakannya yang lain turut serta reunion class yang berbeza dengan mereka, mata mereka memandang waney yang hanya diam. "Dulu dengan sekarang tetap sama ja sikap tu." - Hafiz. "Dia memang tak rapat dengan classmate dia.. Mesti rasa kekok ikut reunion ni." - Shamil. Dalam sebulan Fauzan dan Waney berkawan. Fauzan ajak Waney jadi isterinya. "Aku nak kau jadi kawan aku sampai nikah." - Fauzan. "Erk? Apa yang awak merapu ni?" - Waney. Adakah persahabatan yang baru mereka bina ini akan bertukar ke alam berumah tangga?

CikRose · Fantasy
Not enough ratings
14 Chs

BAB 13

Seperti biasa Fauzan dan empat sahabatnya akan menuju ke library selepas habis sekolah. Mereka menuju di tempat yang selalu mereka belajar, tetapi dah di ambil oleh sekumpulan budak lelaki. Azniz memandang meja di hujung tangga, tapi ada seorang perempuan bertudung sekolah sedang fokus dengan kerjanya. Azniz kuis perlahan lengan Fauzan dan mulutnya di muncung ke arah Waney

Waney yang sendiri di meja perpustakaan hanya fokus dengan kerja sekolahnya sahaja. Matanya tidak memandang orang ramai di perpustakaan. Fauzan dan sahabatnya mula menuju ke arah meja yang Waney duduk. Setelah berada di meja tersebut, Fauzan bersuara di belakang Waney sehingga gadis di hadapannya sedikit terkejut.

"Assalammualaikum, boleh kami duduk sini?" Fauzan mula bersuara. Waney pandang Azniz, Farhan dan Azim di hadapannya sebelum dia pandang wajah Fauzan dan Fahmi di belakangnya.

"Waalaikumsalam.. Err.. Tapi.." Waney sedikit gagap.

"Meja ni hanya untuk enam orang ja kan?" Waney melihat di meja pula. Azniz yang dengar langsung duduk di meja berhadapan dengan Waney.

"Tahu, lagipun kita pun enam orang. Memang cukup lah." Balas Fahmi santai, dia turut duduk dan di ikuti oleh Azim dan Farhan.

Fauzan menarik kerusi duduk di sebelah Waney. Waney lepas keluhan kecil sebelum matanya kembali fokus dengan subjek sains. Buku teks Sains Fauzan keluarkan dari begnya sebelum matanya melihat hasil kerja dari Waney. Dia perhatikan tulisan Waney, cantik dan kemas. Tetiba Fauzan teringat sesuatu.

"Saya dengar, petang ni awak study dengan Mia di kampung kan?" Tanya Fauzan tanpa pandang wajah Waney, begitu juga dengan gadis di sebelahnya. Waney balas pertanyaan Fauzan tanpa melihat langsung ke arah Fauzan.

"Iya dalam pukul enam lebih macam tu? Awak ikut sekali ke?" Tanya Waney pula tapi pandangannya masih lekat dengan buku notanya.

Azniz, Azim, Farhan dan Fahmi hanya melihat dua pasangan di hadapan mereka yang tidak pandang satu sama lain. Azniz senyum kecil melihat perubahan dari Waney, gadis itu dah mula sedikit berubah. Fauzan di sebelah mengangguk kecil apabila dengar jawapan dari Waney.

"Mungkin esok saya pergi." Jawab Fauzan dengan sedikit memandang wajah sisi Waney.

"Oh.." Waney mengangguk kecil. Matanya mula lihat jam di pengelangan tangannya sesaat sebelum dia menyambung kembali kerja sekolahnya.

"Maaf kalau saya tanya awak sesuatu.." Pandangan Fauzan tumpu seratus peratus kepada Waney. Waney yang dengar hanya pandang Fauzan dua saat sebelum dia menyambung kerjanya lagi.

"Tentang apa?" Jawab Waney.

"Tasya.." Fauzan hati-hati menyebut nama sepupu Waney. Waney yang sibuk menulis terus terhenti setelah mendengar nama Tasya.

"Oh.. Kenapa dengan dia?" Waney jawab tanpa melihat wajah Fauzan. Dia sambung tulis.

"Saya dengar dia yang upah Ami.." Fauzan tidak sempat menyambung ayatnya, Waney terlebih dahulu memotong.

"Apa yang awak dengar, biarlah hanya di situ. Tasya tak ada kena mengena dengan awak. Awak tak perlu nak ambil tahu tentang saya ataupun keluarga saya. Saya mula dekat dengan awak sebab awak kawan Dania, tak perlu nak ambil tahu tentang masalah saya." Waney berhenti menulis, pen di pegangnya di genggam erat. Cuba menahan marah.

Fauzan di sebelahnya terus diam. Ini kali pertama dia nampak Waney begitu marah. Nampaknya dia sudah buat gadis kesayangannya ini marah. Empat kawan Fauzan pandang Waney tanpa kedip. Mereka seperti Fauzan, kali pertama lihat gadis pendiam ini marah.

"Saya minta maaf.." Fauzan kembali fokus dengan subjek sains. Waney menarik nafas panjang, hilangkan hati yang tengah panas sebelum balas kata Fauzan.

"Saya minta maaf juga, terlalu emosi. Sorry kalau awak tersinggung dengan kata saya." Suaranya kembali lembut dan perlahan. Matanya lihat Fauzan yang renung buku teks.

"Saya faham. Sorry.." Fauzan senyum apabila perasan dengan pandangan Waney.

"Sorry.." Waney balas perlahan sebelum kembali menyambung kerja yang tertangguh tadi.

Setengah jam mereka di perpustakaan hanya kedengaran beberapa suara orang lagi borak kecil. Mata Azim kadang-kadang memerhati Fauzan dan Waney yang fokus dengan kerja mereka. Fahmi dari tadi asyik tidur sahaja di atas meja. Fahmi seperti Dania, pemalas belajar. Azniz dan Farhan pula hanya menyembang dari tadi. Buat kerja separuh tapi kalau menyembang tak ingat waktu. Matanya kembali melihat Fauzan dan Waney yang fokus dengan add mate dan sains.

Waney yang lagi siapkan add mate tapi jawapan dia akan menulis di kertas kosong dahulu baru lah dia akan tulis di buku notanya apabila yakin itu adalah jawapan. Fauzan pula selesaikan subjek sains dan kadang-kadang mata Fauzan akan melihat ke arah Waney yang tekun siapkan kerja add matenya. Tetiba Azniz memanggil nama Waney perlahan, terhenti gadis itu menulis. Mata Waney memandang Azniz dengan senyuman.

"Ya? Nak saya tolong apa-apa ka?"

"Itu bukan cikgu Affuan ka?" Azniz menunjuk Cikgu Affuan di tangga yang sedang mencari seseorang. Tetiba dia memandang ke arah mereka, terus lebar sahaja senyuman di bibirnya. Tiba dia di hadapan pelajarnya baru lah dia bersuara.

"Assalammualaikum, sir ganggu ka ni?" Tanya cikgu Affuan sedikit risau. Gelengan dari Azniz, Azim dan Farhan menjawab pertanyaan cikgu Affuan.

"Eh tak ada lah sir. Sir buat apa di sini? Nak kami bantu apa-apa ka?" Fauzan bersuara. Waney di sebelahnya hanya pandang sekilas cikgu Affuan sebelum menyambung kerjanya.

"Eh tak ada lah. Sir nak jumpa kawan kamu sebentar.. Boleh?" Cikgu Affuan menunjuk ke arah Waney yang fokus dengan kerjanya. Anggukan dari lima sahabat itu memberi izin kepada cikgu Affuan.

"Waney, ikut saya sebentar." Suara cikgu Affuan berubah apabila memanggil nama adiknya.

Lima sahabat itu terdiam seketika. Waney tidak memandang ke arah cikgu Affuan, dia hanya tutup bukunya dan bangun mengekori langkah cikgu Affuan. Mereka berdua sedikit jauh dengan meja Waney belajar tadi.

"Abang dah minta izin dekat ayah nak jemput akak balik rumah mama." Cikgu Affuan bersuara setelah yakin jauh dari Fauzan dan rakannya.

"Ayah bagi ka?" Tanya Waney pula.

"Bagi tapi dua hari ja. Itu pun hari Khamis dengan Jumaat. Jumaat malam dah kena balik rumah ayah." Jawab cikgu Affuan. Waney mengangguk kecil.

"Sebentar lagi akak pergi rumah nenek Nia. Ayah dah bagi kebenaran, tapi akak tak boleh beritahu mama. Nanti abang sampaikan dekat mama lah." Waney mula beritahu ketiadaannya selama cuti minggu.

"Oh.. Berapa hari?" tanya Cikgu Affuan lagi, tangannya mula menekan sesuatu di handphone nya. Mungkin lagi beritahu mamanya.

"Sampai ahad, ahad petang baru balik. Nanti Waney langsung pergi rumah mama lah sementara ayah kerja." Balasnya lagi.

"Oh.. Akak beritahu mama sendiri lah. Malas aku nak taip." Handphone nya mula serah kepada adiknya. Fauzan dan empat rakannya hanya memerhati dua adik beradik itu.

Di hadapan mereka, cikgu Affuan yang di kenali para pelajar adalah sir lion. Wajahnya yang garang dan matanya yang tajam membuatkan semua pelajar gerun melihatnya tapi apabila berada di hadapan gadis pendiam itu, perubahannya berubah seratus peratus. Suaranya yang garang menjadi lembut apabila berjumpa dengan Waney dan sekiranya terjadi sesuatu kepada Waney, dia lah yang paling risau. Waney di sekolah adalah pelajar pintar dan kesayangan para guru, Waney juga menjadi mangsa para pelajar perempuan di sekolah mereka.

Fauzan kembali sambung menulis, matanya melihat kertas di sebelah buku add mate. Fauzan cuba 'mengeling' setiap jawapan di kertas itu, senyumannya terukir setelah baca setiap formula yang di guna oleh Waney. Fauzan terpandang pula kotak pensil milik Waney, dia ternampak kertas kecil yang terbuka sedikit dan terus jantungnya berdegup kencang sebelum matanya melihat ke arah Waney yang lagi borak dengan cikgu Affuan.