315 Acara Hari Kedua

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Kamu rasa Glory ni seronok tak?" tanya Chen Guo dengan serius.

"Boleh tahanlah," jawab Tang Rou.

"Kamu rasa permainan ni akan jadi makin seronok tak?"

"Ya, saya rasa macam itu."

Chen Guo tersenyum. Ini petanda yang bagus. Minatnya boleh terus dibina!

Selepas mengemaskan semua, mereka bertiga pergi bersarapan bersama. Chen Guo mengambil satu panduan pelancong Bandar S di meja penyambut tetamu dan menelitinya. "Mari tengok kalau ada apa-apa yang seronok untuk dilakukan."

Ye Xiu dan Tang Rou memandang satu sama lain, tetapi Chen Guo menyedarinya. "Kamu berdua jangan nak duduk bilik dan main Glory saja. Kita di sini atas urusan perniagaan ya. Ada urusan rasmi untuk kita."

"Urusan rasmi lah sangat…" Fikir Ye Xiu dan Tang Rou sewaktu mendengar Chen Guo berkata, "Jalan Nanquan adalah tempat membeli-belah dan tempat makan yang paling besar di Bandar S. Ini bagus!"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter