5 Menyelaraskan Kemahiran

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Perjalanan untuk mendapatkan 'quest' bukanlah mudah. Ini disebabkan oleh jumlah pemain yang terlampau ramai sewaktu pembukaan server baru. Dalam sejarah Glory, sewaktu server kedua dibuka, jumlah pemain yang datang adalah jauh melebihi ruang yang disediakan di 'Beginner's Village' (Perkampungan Pemula). Ini telah menyebabkan ramai pemain yang gagal untuk mendaftar masuk. Semenjak itu, Glory telah menaikkan had batasan jumlah pemain sewaktu pembukaan server baru. Hasilnya, kejadian buruk itu tidak pernah berlaku lagi.

Kali ini, persiapan untuk pembukaan server kesepuluh adalah cukup lengkap. Setiap pemain dibahagikan kepada 'village' masing-masing dengan jumlah yang sama rata. Sungguhpun terdapat ramai sekali pemain baru, ia tidak menjadi masalah. Tetapi, lain pula ceritanya dalam pencarian 'quest'.

'Quest' diberikan oleh 'NPC' (Non-Player Character / Watak Bukan Pemain), dan pada waktu ini, cuma terdapat seorang sahaja 'NPC'. Setiap pemain telah mencari dan mengerumuni 'NPC' tersebut untuk menerima 'quest' daripadanya. Sistem permainan Glory tidak membenarkan watak pemain untuk menembusi diri masing-masing, dan kerana itu, terbentuklah lingkaran demi lingkaran pemain di sekeliling 'NPC' itu. Pemain yang berada di kawasan luar tidak dapat masuk, dan mereka yang berada di dalam pula tidak boleh keluar!

Ramai yang melompat-lompat untuk melepasi tubuh watak pemain lain. Sayangnya, disebabkan mereka masih berada pada tahap 0, kekuatan loncatan mereka tidak tinggi, jadi mereka gagal melepasi tubuh masing-masing. Aksi setiap pemain meloncat berulang-ulang kali sungguh comel untuk dilihat.

Dalam situasi seperti ini, para jaguh pun tidak mampu berbuat apa-apa. Chen Guo kelihatan sungguh seronok melihatkan apa yang sedang berlaku, mukanya seakan berkata: "Memang saya sudah agak ia akan jadi begini,". Dia melihat ke arah Ye Xiu dan mencatatkan nama wataknya: Lord Grim.

Setelah puas para pemain menjerit-jerit, akhirnya mereka berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan mewujudkan jalan keluar buat watak yang telah menerima 'quest'.

Ye Xiu mengarahkan Lord Grim untuk menerima beberapa 'quest' dan mula menyelesaikannya satu demi satu. Kebanyakan 'quest' tersebut adalah bertujuan untuk mengajar pemain-pemain baru menyesuaikan diri dengan pergerakan watak dan persekitaran mereka. Setelah mengharungi perkara-perkara teruk seperti 'kill steal' (curi bunuh), 'Milking' (perahan) dan sebagainya dalam dunia permainan video, 'quest' permulaan sebegini teramat mudah untuk diselesaikan. Chen Guo turut memerhatikan dia bermain dari masa ke masa.

Selepas dua jam, semua 'quest' yang mudah tersebut telah diselesaikan. Ye Xiu mengeluh dengan sedih: "Apalah gunanya menjadi seorang jaguh? Di antara pemain-pemain yang ramai sebegini, langsung tidak bermakna pun! Saya sudah selesai, watak saya sudah berada pada tahap 7 sekarang."

Setelah menyelesaikan 'quest' terakhir, Ye Xiu dapat meningkatkan tahapnya sekali lagi. Dia berpaling ke arah Chen Guo, tetapi dia sudahpun tertidur sambil mukanya menghadap skrin!

"Adakah dia masih perlu menguji kebolehan saya untuk berjaga malam sekarang?" kata Ye Xiu dalam hatinya. Dia menyarungkan jaketnya ke tubuh Chen Guo. Kemudian, dia berpaling dan terus sambung bermain.

Melihat ke arah panel, Lord Grim sudah mengumpul 340 'skill points' setelah menyelesaikan 'quest' fasa pertama. Dalam dunia Glory, 'skill points' diperlukan untuk mempelajari atau menambahbaik kemahiran baru. Kebiasaannya, di antara 10 hingga 50 'skill points' adalah diperlukan untuk sebuah kemahiran.

Buat masa ini, watak yang berada pada tahap maksima, iaitu tahap 70, boleh mengumpul sebanyak 4000 'skill points' setelah menyelesaikan semua 'quest'. Jumlah tertinggi 'skill points' yang boleh dikumpulkan adalah sebanyak 5000, tetapi bukan mudah untuk mendapatkan baki 1000 mata tersebut.

Dalam sejarah sepuluh tahun Glory, tidak ada satu pun akaun yang berjaya mengumpul 5000 'skill points'. Bahkan 'Battle God One Autumn Leaf' pun hanya dapat mengumpulkan 4840 mata sahaja. Baki 160 mata itu tidaklah banyak, tetapi tidak sedikit juga! Kemahiran terulung seorang pemain memerlukan 50 mata untuk diperkuatkan. Maka, jikalau seorang pemain melaburkan kesemua 160 mata tersebut, mereka akan dapat menguatkan kemahiran terulung sebanyak 3 kali. Ini merupakan sebuah kelebihan yang tidak ternilai.

Disebabkan itu, 'quest' yang sekadar memberikan pengalaman dan kelengkapan boleh diketepikan, tetapi bukan 'quest' yang memberikan 'skill points'. Selain itu, 'quest' yang memberikan 'attribute points' juga sangat penting. Watak-watak Glory mempunyai empat atribut asas: 'Strength', 'Intelligence', 'Vitality' dan 'Spirit'.

'Strength' mempengaruhi serangan dan pertahanan fizikal, dan meningkatkan had berat maksimum inventori.

'Intelligence' mempengaruhi serangan dan pertahanan sakti, dan juga 'Mana Points' (MP).

'Vitality' mempengaruhi 'Hit Points' (HP) dan stamina.

'Spirit' mempengaruhi rintangan dan tempoh 'status effects'.

Empat atribut utama ini akan menjadi semakin kuat apabila tahap watak meningkat. Selepas mencapai tahap 20, para pemain akan diberikan peluang untuk mengubah kelas watak mereka. Perubahan ini akan mempengaruhi kadar perkembangan atribut masing-masing. Selain itu, terdapat juga 'quest' yang memberikan 'attribute points' sebagai ganjaran. Jika pemain memilih untuk menjadikan 'Strength' sebagai atribut utama watak mereka, mereka pasti akan menumpukan perhatian terhadap 'quest' yang memberikan ganjaran berkaitan atribut tersebut, tetapi mereka masih berpeluang untuk melengkapkan 'quest' yang memberikan ganjaran 'Intelligence' jika itu yang mereka mahukan.

Maka, jika seseorang itu mempunyai sebuah akaun tahap maksimum dan berjaya menyelesaikan semua 'quest', atribut yang dimilikinya akan seimbang dari semua aspek! Disebabkan inilah seseorang watak harus menyelesaikan semua 'quest' yang wujud. Atribut-atribut boleh diperkuatkan lagi dengan mengenakan kelengkapan yang sepatutnya.

Pada waktu dahulu, kelas watak tidak wujud. Ini bermakna, seorang watak boleh mempelajari kemahiran dari kelas apa sekalipun, asalkan sahaja dia mempunyai 'skill points' yang mencukupi. Tetapi sekarang, setelah memilih kelas masing-masing, seorang watak hanya boleh mempelajari kemahiran daripada kelasnya tersendiri sahaja. Dia tidak akan dapat menjadi watak serba boleh.

Sungguhpun Ye Xiu sudah lupa tentang 'quest' yang harus ditumpukan dahulu dan bagaimana cara untuk mengalahkan 'dungeon' tertentu, kemahirannya tidak akan pernah hilang. Permainan Glory sangat seimbang. Setiap pemain boleh mengatur kemahiran mengikut kesukaan hati mereka. Tetapi harus diingat bahawa jika seseorang itu berjaya mengumpulkan 5000 'skill points' sekalipun, ia tidak memadai untuk memaksimakan setiap kemahiran. Jadi, para pemain harus bijak memilih dan membahagi.

Ye Xiu mempunyai kemahiran tersendiri yang disukainya. Walaupun One Autumn Leaf yang dimilikinya dahulu tergolong dalam kelas 'Battle Mage', Ye Xiu dianggap sebagai legenda serba boleh yang mahir dalam apa kelas sekalipun.

Tanpa berfikir panjang, Ye Xiu menggunakan 'skill points' yang dikumpulnya untuk menguatkan dua kemahiran tahap 5: 'Swift Run' dan 'Roll'. Dua kemahiran ini adalah sangat berguna. Ia membolehkan seorang watak untuk bergerak dengan dua cara berbeza.

'Swift Run' meningkatkan kelajuan larian. Ia tidak mempunyai 'cooldown' tetapi menggunakan stamina. Apabila stamina habis, watak pemain tersebut akan kembali berjalan pada kelajuan biasa. Untuk memulihkan stamina, pemain perlu berjalan dengan perlahan atau berdiri tegak. Berjalan akan memulihkan stamina beransur-ansur sementara berdiri tegak akan memulihkannya dengan lebih cepat.

'Roll' membolehkan watak pemain bergerak secara golekan. Bergolek ke depan, belakang, kiri, kanan, senget, bergolek sambil berjalan, bergolek sambil berlari dan sebagainya. Ia tidak mempunyai 'cooldown' tetapi memerlukan masa yang lama untuk selesai. Ye Xiu telah menguasai kemahiran-kemahiran ini sejak dulu lagi.

Seterusnya, dia mendapatkan beberapa lagi kemahiran yang dianggap paling praktikal untuknya.

Pertama sekali adalah 'Sky Strike', sebuah kemahiran 'Battle Mage'. Setiap kelas mempunyai kemahiran seperti ini. Ia akan menyebabkan pihak lawan tercampak ke langit selepas diserang. Lebih tinggi tahap kemahiran ini, lebih tinggilah pihak lawan akan tercampak dan lebih banyak kerosakan yang berlaku padanya. Ia adalah sebuah kemahiran yang sering digunakan. Ye Xiu memilihnya kerana dia berasal daripada kelas 'Battle Mage' sebelum ini.

Selepas itu, dia memerlukan kemahiran 'Dragon Tooth', satu lagi kemahiran 'Battle Mage'. Ia merupakan serangan secara langsung yang akan membuatkan pihak lawan tidak dapat bergerak. 

Ini diikuti oleh kemahiran kelas 'Sniper' yang digelar 'Floating Bullet', kemahiran kelas 'Mechanic', 'Machine Trace', kemahiran kelas 'Grappler', 'Backdrop', kemahiran kelas Ninja, 'Shuriken', kemahiran kelas Blade Master, 'Guard', kemahiran kelas 'Elementalist', 'Electric Ring', dan kemahiran kelas 'Priest', 'Heal'. 

Semua kemahiran ini tidak memerlukan terlalu banyak mata, hanya lebih kurang 20 mata sahaja semuanya. Lord Grim hanya berada pada tahap 7, jadi jumlah penambahbaikan kemahirannya adalah terbatas. Sungguhpun Ye Xiu masih mempunyai baki beberapa mata, dia tidak menggunakannya untuk mempelajari kemahiran baru lagi. Padanya, apa yang ada sudah mencukupi untuk menghadapi sebarang situasi di tahap ini.

Tetapi, dia pasti akan diketawakan jika orang ramai mengetahui bahawa jaguh sepertinya telah memilih kemahiran-kemahiran sebegini.

avataravatar
Next chapter