webnovel

Mengambil Kesempatan ke Atas Semua Orang

Editor: EndlessFantasy Translation

Lord Grim menjawab: "Ya, agaklah…."

JAHANAM!!!

Dia mengaku! Blue River benar-benar keliru. Macam mana saya nak balas? Saya harus terus mengkritik kelakuan dia, kalau tidak ia akan kelihatan seperti saya bukan anak jantan. Atau, adakah saya harus membiarkannya sahaja? Tapi sakit hati saya kalau berbuat demikian! Blue River berasa seperti dia telah dibunuh oleh jawapan Lord Grim itu.

Mujurlah mereka berbual menerusi mesej, jadi Blue River hanya membalas menggunakan emoji sahaja.

"Cuba lagi lain kali!" kata Ye Xiu lagi.

Blue River muntah darah. Dia langsung tidak ambil peduli! Tapi apa yang dikatakannya memang betul. Bos liar sememangnya wujud untuk dicuri. Hanya pemain bodoh sahaja yang mengkritik persembahan pemain lain.

Tunggu sebentar. Blue River bukan marah kerana Ye Xiu mencuri Blood Gunner! Dia marah kerana Ye Xiu tidak memberi muka kepadanya. Masalahnya, Blue River yang menjemput Lord Grim datang bersama, tetapi Lord Grim pula yang membunuh Blood Gunner sementara Blue River tidak dapat apa-apa. Ini punca kemarahan semua orang terhadap Lord Grim. Jika bos liar itu dicuri bunuh oleh Herb Garden atau Tyrannical Ambition misalnya, mereka semua pasti tidak gembira, tetapi ia jenis ketidakgembiraan yang berbeza.

Jika bos liar dicuri bunuh oleh persatuan lain, Blue River akan memendam dendamnya dan membalas pada kemudian hari. Tapi apa yang boleh dia lakukan terhadap Lord Grim? Blue River menarik-narik rambutnya kerana bingung.

"Apa pendapat kamu, Bound Boat?" Blue River menghantar mesej kepada Bound Boat pula.

"Nampak gayanya, mustahil untuk kita mendapatkan khidmat Lord Grim," jawab Bound Boat.

"Oh? Kenapa?"

"Berdasarkan kejadian Blood Gunner ini, saya rasa saya sudah tahu niat dia," kata Bound Boat lagi.

"Apa maksud kamu?"

"Kesemua Tiga Persatuan Utama ingin mendapatkan khidmat dia. Tetapi dia tidak mahu membantu sesiapa pun. Dia membawa sekumpulan pemain yang bukan dari Tiga Persatuan Utama dan membunuh Blood Gunner dengan lancarnya," Bound Boat menyambung lagi.

"Jadi kamu nak kata yang kemahirannya cukup handal sehinggakan dia tidak perlu menyertai mana-mana persatuan?" kata Blue River.

"Saya rasa lebih tepat lagi jika dikatakan: persatuan memerlukan dia, tetapi dia tidak memerlukan persatuan,"

Blue River termenung.

"Secara ringkas, dia cuma mahu diupah untuk melakukan sebarang tugasan daripada mana-mana Persatuan Utama," rumus Bound Boat.

"Dengan kemahiran yang dimilikinya…."

"Berdasarkan kemahiran yang dimilikinya dan dari gayanya, kita boleh lihat yang nafsunya besar dan dia memerlukan sesuatu dalam jumlah yang banyak," kata Bound Boat lagi.

"Pemain profesional? Adakah itu matlamat dia? Menjadi pemain profesional untuk mengumpul jumlah wang yang banyak?" tanya Blue River.

"Mungkin juga," jawab Bound Boat.

"Tapi jika dia berterusan begini, sampai bila dia boleh bertahan? Berapa banyak kali dia boleh mencipta pembunuhan pertama, memecahkan rekod 'dungeon', semua ini ada batasannya. Kalau tak ada sesiapa yang menjemput dia lagi, apa yang dia akan lakukan?" Blue River terus bertanya.

"Server ini masih baru…" jawab Bound Boat.

Blue River terlupa akan perkara ini.

"Bercakap tentang itu, jika dilihat dari server-server terdahulu, saya tak pernah mendengar tentang seseorang seperti dia," kata Blue River.

"Jadi, apa latar belakang dia sebenarnya?"

Bound Boat menggaru-garu kepalanya.

"Saya pun tak tahu. Kita masih belum tahu tentang kekuatan sebenarnya lagi. Kita tak tahu apa tujuan dia. Dan sampai sekarang, dia belum memilih kelas lagi…." kata Bound Boat.

"Jadi, apa yang patut kita lakukan?" tanya Blue River.

"Terus berhubung dengan dia dan perhatikan dia" jawab Bound Boat.

"Mungkin kita patut terus mencuba untuk memancing dia?" cadang Blue River.

"Boleh juga," Bound Boat setuju, sebelum menambah: "Kalau kita gagal pancing dia sekalipun, kita boleh mencipta hubungan yang rapat. Sekurang-kurangnya, dia akan sentiasa ingat pada kita,"

"Keadaan terbalik, kenapa kita pula yang kena membodek dia?" Blue River mengeluh.

Bound Boat terus membisu. Tak kira sehandal mana seorang pemain, para persatuan akan mempergunakan mereka demi kepentingan persatuan itu sendiri. Tetapi lain pula dengan Lord Grim. Ia seolah-olah semua orang tertarik padanya. Dia memang lain daripada yang lain.

Setelah menenangkan fikirannya, Blue River menghantar mesej kepada Lord Grim sekali lagi.

"Abang, pukul 12 nanti abang nak masuk 'dungeon' ke?" tanya Blue River. Pada pukul 12, had kemasukan ke 'dungeon' akan dimulakan semula dan semua pemain boleh masuk sekali lagi.

"Nanti dulu kot!" kata Ye Xiu.

"Mari masuk bersama-sama!" Blue River menjemput.

"Tak payah!" Ye Xiu sudah mula menyampah. Blue River masih nak cuba memancing dia walaupun Ye Xiu sudah mencuri bos liar daripadanya? Ye Xiu sememangnya berbuat demikian untuk menghantar sebuah mesej yang jelas: dia tidak ingin dipergunakan oleh mana-mana persatuan. Jadi, tak kira sesiapa pun, tak perlu susah-susah mencuba untuk memancing dia!

"Abang, janganlah malu-malu!" kata Blue River.

"Saya dah janji dengan orang lain…." Ye Xiu terpaksa mereka alasan.

"Siapa?"

Blue River harus berhati-hati. Siapa tahu persatuan lain terlebih dahulu bertindak daripadanya.

"Kawan-kawan…." jawab Ye Xiu.

Blue River hendak bertanya "Kawan yang mana", tetapi dia tahu itu agak melampau, jadi dia hanya boleh berkata: "Jadi, lain kali ya bila ada peluang!"

"Lain kali, lain kali….." jawab Ye Xiu dengan malas.

"Abang, boleh tolong persatuan saya membunuh Goblin Merchant?" tanya Blue River lagi.

Goblin Merchant ialah bos liar Hutan Fros, tetapi ia belum muncul lagi.

"Oh, untuk itu…..saya sudah berjanji dengan orang lain dari awal lagi"

Blue River hendak muntah darah sekali lagi.

"SIAPA?"

"Tyrannical Ambition…."

"JAHANAM!!!" Blue River menghempaskan papan kekuncinya. Persatuan lain telah berjaya mendapatkan khidmat Lord Grim! Blue River menyesal kerana teragak-agak tadi. Dia tidak tahu hendak menjawab apa sekarang. Memang betul apa yang Bound Boat katakan, Lord Grim hendak mendapatkan sebanyak mana ganjaran yang boleh, tanpa mengira persatuan. Tetapi Tyrannical Ambition memang hebat, sewaktu Blue River masih keliru, mereka telah melupakan dendam tentang bos liar dan terus bertindak demi masa hadapan mereka.

Blue River hanya mampu mengeluh. Akhirnya, dia berkata: "Jadi, bila waktu itu tiba, kita akan bermusuhan!"

"Betul, jadi tak perlu tunjukkan sebarang belas kasihan," jawab Ye Xiu.

"Abang, untuk bos-bos liar yang akan datang, dan untuk semua rekod 'dungeon', boleh tak saya tempah khidmat abang awal-awal?" tanya Blue River.

"Kita bincang tentang itu bila tiba masanya nanti. Pada tahap saya sekarang, saya tak mampu nak bersaing dengan kamu!" jawab Ye Xiu.

"Abang, cepatlah naikkan tahap!" Blue River sedar yang ini memang sebuah masalah. Blue River sudah berada pada tahap 24 sekarang, dan selepas menyelesaikan beberapa 'dungeon' malam ini, dia akan mencapai tahap 25. Lord Grim pula masih tahap 21. Blue River khuatir jika Lord Grim terus malas untuk menaikkan tahap, mereka tidak akan dapat bersama-sama untuk menyelesaikan 'dungeon' yang lebih sukar di tahap 30 nanti!