56 Menaikkan Tahap Bukan Mudah

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila Ye Xiu berjalan melepasi meja penyambut tetamu, dia melihat Chen Guo duduk si sana dengan permainan Whack-a-Mole di tangannya. Wajahnya masam, jadi dia tidak bertegur sapa, sebaliknya terus ke kawasan merokok untuk mencari stesen komputer.

Sekarang ini, Lord Grim sudah terkenal di luar dunia permainan juga. Ye Xiu sendiri sangat dikenali di kafe internet. Kesemua pemain Glory tahu yang Lord Grim pengurus rangkaian kafe internet ini. Dia juga mempunyai senjata buatan sendiri tahap Perak. Ramai pemain datang pada waktu tengahari dan bermain sehingga sekarang. Mereka semua memberikan salam pada Ye Xiu.

Ye Xiu melambai-lambai pada mereka. Setelah meletakkan sebatang rokok di dalam mulut dan menyalakannya, dia memasuki permainan. Serta-merta dia menerima berduyun-duyun mesej.

Mesejnya ialah teguran-teguran dari kawan-kawannya. Seven Fields dan rakan-rakannya berkata "Abang jaguh, kamu dah datang. Immersed Jade berkata "Saya memberikan hormat pada Dewa. Blue River menjemputnya untuk bermain bersama mereka. Endless Night dari Tyrannical Ambition pula menjemputnya untuk mengharungi 'dungeon' pada tengah malam.

Ye XIu membalas setiap seorang. Seven Fields, Immersed Jade dan yang lain-lain dengan ikon senyuman. Jemputan dari Blue River dan Endless Night pula ditolak dengan segala hormatnya.

Setiap pemain tidak menjawab apabila menerima balasan Ye Xiu. Tetapi banyak lagi mesej yang masuk kemudian.

Saya sudah begitu terkenal ke? Ye Xiu menggaru-garu kepalanya. Dia hanya membantu mencipta rekod baru, tidak lebih dari itu. Persatuan-persatuan besar sememangnya mengenali dia seorang jaguh handalan, tetapi mereka agak berlebih-lebihan dalam mengagungkannya.

Ye Xiu tidak mempedulikan semua mesej baru yang masuk. Tetapi kemudian, seseorang datang dan menepuk bahunya dan berkata: "Abang, apa kata kita berkawan?"

"Huh?" Ye Xiu memalingkan kepalanya. Beberapa orang pelanggan internet kafe telah datang kepadanya dan menghulurkan tangan mereka untuk bersalaman. "Abang, marilah kita jadi kawan!"

Nampaknya semua mesej baru yang diterimanya datang dari kafe internet ini. Ye Xiu mula berpeluh-peluh. Disebabkan oleh pembukaan server baru, jumlah pemain di server kesepuluh sangat besar. Kebanyakan daripada mereka hanya bermain secara suka-suka sahaja, tetapi suka berkawan dengan jaguh handalan. Disebabkan itu, mereka semua teringin menjadi rakan Ye Xiu.

"Oh? Siapa nama kamu semua?" Di depan mereka, dia terlalu malu untuk menolak. Ye Xiu bertanyakan nama dalam permainan mereka semua dan menambah mereka semua sebagai kawan. Seketika kemudian, senarai rakan Lord Grim sudah mencecah 37 orang. Selain daripada Seven Fields dan rakan-rakannya, semua yang lain ialah pelanggan Kafe Internet Gembira. Sungguhpun kebanyakannya dari kawasan merokok, ada juga yang sengaja datang ke kawasan ini untuk berkawan dengannya.

Disebabkan oleh senarai kawan yang begitu panjang sekali, Ye Xiu gagal mengenali setiap nama. Ada juga yang bergurau dengan mengatakan: "Memandangkan kita semua dari kafe internet yang sama, kita patut menubuhkan sebuah persatuan bersama-sama,"

Tetapi di dasar hatinya, Ye Xiu tahu mereka semua ingin berkawan dengannya atas satu sebab sahaja. Satu sebab yang tidak diketahui oleh Blue River dan yang lain: Lord Grim mempunyai senjata kelas Perak.

Senjata itu lebih menarik perhatian daripada rekod 'dungeon'. Jika Blue River dan rakan-rakannya mengetahui yang Lord Grim menyembunyikan senjata ini, mereka pasti akan cuba lebih kuat untuk memancingnya.

Tidak lama kemudian, setiap pemain kembali fokus pada permainan mereka. Ye Xiu pula menghantar jemputan kepada seseorang yang istimewa.

Soft Mist.

Ini nama dalam permainan Tang Rou. Ye Xiu tidak tahu apa maksud nama itu. Dia rasa "Mist" itu diambil daripada "Chasing Haze" milik Chen Guo, dan 'Soft' pula dipilih khas oleh Tang Rou. (Dalam bahasa Cina, 'Rou' bermaksud 'lembut')

Setelah menghantar jemputan itu, dia tidak mendapat sebarang balasan. Ye Xiu meneka ini disebabkan Tang Rou masih belum arif dengan dunia permainan Glory, jadi mesej daripada sistem permainan mungkin tidak disedarinya. Tidak ada gunanya dia menghantar lebih banyak jemputan, kerana kesannya sama sahaja. Jadi dia membiarkannya sahaja. Setelah mengemaskan senjata dan peralatannya, Ye Xiu bersedia untuk membunuh raksasa dan menaikkan tahap.

Sewaktu di 'Beginner's Village', masalah paling besar ialah terdapat terlalu ramai pemain. Masalah itu tetap sama juga setelah meninggalkan 'Beginner's Village'. Ini kerana semua pemain akan berkumpul di sebuah tempat yang sama sebaik sahaja mereka keluar dari 'Beginner's Village'. Sungguhpun tempat ini lebih besar, ia dikerumuni dengan sangat ramai pemain bertahap 20. Pada akhirnya, suasana di sini sama sahaja!

Malam semalam, Ye Xiu bermain pada waktu yang tidak terdapat ramai pemain untuk menghabiskan beberapa 'quest'. Tetapi waktu ini waktu paling ramai orang bermain, jadi menghabiskan 'quest' akan merencatkan proses menaikkan tahapnya. Ye Xiu berfikir lebih baik jika dia mencari lokasi yang strategik untuk membunuh raksasa.

Tempat yang tidak terlalu ramai orang ialah kawasan yang bertahap tinggi. Seseorang pemain akan kehilangan 'experience' jika mereka mati, jadi tidak ramai yang akan mengambil risiko sebegitu. Mereka lebih gemar melakukan 'quest' biasa ataupun membunuh raksasa demi tidak kehilangan 'experience'. Hanya jaguh handalan sahaja yang akan pergi ke kawasan bertahap tinggi untuk menaikkan tahap mereka.

Dalam dunia Glory, menyelesaikan 'dungeon' ialah kaedah paling pantas untuk menaikkan level. Menyelesaikan 'quest' pula kedua pantas, diikuti dengan membunuh raksasa. Tetapi pada waktu ini, Ye Xiu tidak mempunyai kredit untuk memasuki 'dungeon', dan dia terpaksa beratur panjang untuk menyelesaikan 'quest', jadi membunuh raksasa ialah pilihan terbaik.

Dengan kemahiran yang dimiliki Ye Xiu, raksasa-raksasa itu bukanlah tandingannya. 'Experience' yang diperoleh seorang pemain bergantung kepada perbezaan tahap antara dia dan raksasa yang dibunuhnya. Contohnya, jika dia membunuh raksasa yang berada lima tahap di bawahnya, dia hanya akan mendapat 'experience' dalam jumlah sedikit. Tetapi jika dia membunuh raksasa yang berada pada tahap lebih tinggi daripada tahapnya sendiri, dia akan mendapat 'experience' yang banyak.

Selain daripada 'experience', tahap pemain juga mempengaruhi kuasa serangan mereka. Misalnya, jika Lord Grim berada pada tahap 21, dan menyerang raksasa pada tahap 22, jumlah 'damage' yang dilakukannya akan berkurangan kerana perbezaan tahap ini.

Disebabkan oleh perbezaan ini, bukan mudah untuk seseorang pemain menaikkan tahap mereka sendiri.

avataravatar
Next chapter