65 Memburu Yagg (5)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Oh, nampaknya mereka semua nak membantu kita!" kata pemain Brawler itu tiba-tiba. Suaranya riang sekali.

Ye Xiu menarik nafas panjang. Si bodoh ini benar-benar tidak memahami keadaan! Semua persatuan Utama bukan datang hendak membantu, mereka hendak mencuri bunuh! Mereka tidak bertindak dari tadi kerana menyangka semua pemain ini pasti akan dibunuh oleh Blood Gunner.

"Lari!" jerit Ye Xiu.

"Hah? Apa?" Pemain Brawler itu kebingungan mendengarkan arahan itu.

Empat pemain yang lain itu sebenarnya tidak berpengalaman juga. Jika mereka berpengalaman, mereka pasti mengerti akan kekuatan Blood Gunner dan tidak akan mencuba untuk mencabarnya. Tetapi mereka semua tetap lebih baik dari si Brawler bodoh ini, jadi mereka sedar keadaan agak teruk untuk mereka sekarang. Mereka tahu semua persatuan Utama bertindak sekarang kerana khuatir Blood Gunner Yagg akan dibunuh oleh mereka yang tidak berpengalaman ini.

"Kalau kamu semua tak lari, kamu akan dibunuh!" kata Ye Xiu.

"Jadi, sia-sia sahaja usaha kita tadi?" kata pemain Berserker. Dia tahu keadaan agak tidak kena, tetapi jika mereka lari, apa gunanya mereka berusaha keras sejak awal lagi?

"Belum tentu lagi!" kata Ye Xiu.

Mereka berlima tidak tahu hendak berbuat apa.

"Cepat lari, kalau tidak terlambat nanti!" kata Ye Xiu sambil terus menyerang Blood Gunner. Tiga Persatuan Utama semakin menghampiri. Pemain yang menggunakan serangan jarak jauh seperti kelas Gunner sudah mula mengacu senjata masing-masing.

"Lari!" Akhirnya salah seorang daripada mereka berlima mula berlari. Tiga Persatuan Utama itu tidak peduli tentang mereka. Mereka sibuk memerhatikan pergerakan daripada persatuan-persatuan lain. Tiba-tiba, ketiga-tiga ketua persatuan menjerit "BERHENTI" serentak.

Semua pemain berhenti dan terus merenung pada pihak lawan masing-masing. Blood Gunner berada di depan mata mereka, tetapi jika salah satu persatuan mula bertindak dahulu, mereka mungkin diserang dari belakang oleh pihak lawan masing-masing.

Kelima-lima pemain tadi sudah berlari agak jauh sebelum menyedari yang Lord Grim tidak lari bersama-sama mereka. Mereka melihat dia masih sibuk bertarung seorang diri dengan Blood Gunner.

"Apa makna semua ini?" mereka semua keliru. "Kenapa dia suruh kita lari tetapi dia sendiri terus bertarung? Anehnya kelakuan dia!"

"Lari jauh lagi! Bahaya di situ!" Ye Xiu menghantar mesej kepada mereka semua melalui saluran kumpulan yang dibentuk.

"Tapi mereka semua tak serang kita pun?" kata Brawler yang bodoh itu.

"Percayakan saya," jawab Ye Xiu ringkas.

Dalam minda semua pemain itu: "Macam mana dia masih boleh menaip sambil bertarung dengan sengit? Selaju manakah jari-jemari dia?"

Brawler yang bodoh itu akhirnya terus berlari semula sambil mengajak semua teman-temannya yang lain.

Mereka yang lain ragu-ragu pada mulanya, tetapi akhirnya mengikut jejak langkah Brawler itu.

Tetapi tidak lama kemudian, dua orang di antara mereka memilih untuk berhenti berlari. Mereka mengesyaki yang Lord Grim sengaja hendak menghalau mereka demi kepentingannya sendiri.

Ye Xiu kesal melihatkan mereka berdua. Dia tidak mempunyai masa untuk menerangkan keadaan kerana dia terlalu sibuk bertarung.

"Apa pendapat kamu jika pemain dengan serangan jarak jauh memulakan serangan dahulu?" Blue River meminta pendapat teman-temannya. Mereka tidak berani mara lagi.

"Kita tak boleh jamin yang serangan mereka tidak akan terkena Lord Grim tanpa sengaja…." para pemain dengan serangan jarak jauh mula gusar. Blood Gunner sememangnya bergerak dengan laju. Pada saat ini, Lord Grim dan Blood Gunner bertarung dengan cukup sengit dan pantas sekali. Ada kemungkinan yang serangan mereka akan tersasar dan terkena pada Lord Grim pula.

Pada pihak lain, Plantago Seed dari Herb Garden sudah mula menjerit: "Wahai jaguh handalan Lord Grim! Gabungkan kumpulan kamu dengan kumpulan saya. Saya jamin semua ganjaran akan menjadi milik kumpulan kamu!"

"Jahanam!" jerit Blue River pada Plantago Seed. Jika kumpulan Lord Grim bergabung dengan kumpulan Plantago Seed, semua 'damage' yang dilakukan oleh kumpulan Lord Grim sebelumnya akan direkodkan menjadi milik kumpulan Plantago Seed sebaik sahaja Blood Gunner terbunuh. Blue River tidak terfikir akan idea ini!

"Abang Lord Grim, kembalilah pada saya! Saya juga jamin semua ganjaran akan menjadi milik kamu seorang!" Blue River membuat tawarannya. Dia berasakan yang dia lebih rapat dengan Lord Grim berbanding semua pesaingnya, jadi Lord Grim mungkin lebih selesa untuk menyertainya berbanding mereka yang lain.

"Jangan dengar cakap mereka. Sertai kumpulan saya. Bukan sahaja saya janjikan semua ganjaran akan menjadi milik kamu, tetapi saya juga akan memberikan 20 helai Bulu Keras Serigala Putih!" jerit Endless Night dari Tyrannical Ambition pula. Dia tahu Ye Xiu sememangnya memerlukan Bulu Keras itu.

"Lord Grim, jangan percayakan dia! Kamu tahu tak berapa kali dia harus bertarung di Hutan Fros untuk mengumpul 20 helai Bulu Keras itu?" jerit Blue River pula.

"Kami ada 20 helai sekarang!" jerit Plantago Seed sebagai balasan.

"Itukan tujuan sebenar Lord Grim? Hanya demi Bulu Keras Serigala Putih semata-mata?" tanya Bound Boat pada dirinya sendiri.

Blue River pening kepala. Dia kesal melihatkan sifat Ye Xiu yang langsung tidak berperasaan, semuanya hendak dijadikan urusan perniagaan!

Lord Grim tidak memberikan sebarang jawapan. Dia terus menyerang Blood Gunner seolah-olah dia tidak mendengar langsung kata-kata mereka. Disebabkan ini, ketiga-tiga persatuan berasakan tawaran mereka masih rendah, dan terus menaikkan tawaran mereka.

Kedua-dua pemain yang tidak mahu melarikan diri tadi terkejut besar. Mereka tidak menyangka ketiga-tiga persatuan Utama rela membuat tawaran sebegitu. Mereka tidak tahu apakah itu Bulu Keras Serigala Putih, tetapi pastinya ia barangan berharga. Mereka teringin sekali memberikan jawapan bagi pihak Lord Grim!

Tetapi mereka tersedar sesuatu. Kalau mereka setuju sekalipun, tidak ada gunanya. Ini kerana, Lord Grim bukan ketua kumpulan mereka sekarang. Ketua kumpulan mereka adalah... Brawler yang bodoh!

Mereka segera menghantar mesej padanya: "Woi, balik semula ke sini sekarang!"

"Kenapa kamu berdua tak lari?" jawab Brawler itu.

"Lari kepala otak kamu! Kamu tahu tak semua persatuan Utama sedang membuat tawar-menawar sekarang? Mereka nak kita semua sertai kumpulan mereka. Mereka akan memberikan kita semua ganjaran kalau kita setuju! Kamu ketua kumpulan, jadi cepat balik!"

"Ya ke? Saya balik sekarang juga!" Brawler itu serta-merta setuju sebaik sahaja mendengarkan tentang ganjaran yang ditawarkan. Mereka yang lain turut kembali semula sebaik sahaja terbaca mesej yang sama.

Tidak lama kemudian, selepas penat membuat tawaran masing-masing, barulah ketua ketiga-tiga persatuan Utama itu akhirnya menyedari yang Lord Grim bukan ketua kumpulan!

"Mana perginya ketua kumpulan mereka?" tanya mereka semua sesama sendiri.

Pada saat itu, Lord Grim menghantar mesej kepada kumpulannya sekali lagi. "Semua orang berhati-hati,".

"Apa?" mereka semua keliru sekali lagi.

Lord Grim menggunakan serangan Circle Swing dan Blood Gunner tercampak ke tanah. Tiba-tiba, tubuhnya memancarkan cahaya yang berwarna merah darah.

"Jahanam! Sudah Red Blood??" kata ketiga-tiga ketua persatuan Utama dengan serentak.

"Kamu bergurau ke? Nyawanya sudah tinggal banyak mana sekarang?"

avataravatar
Next chapter