64 Memburu Yagg (4)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Brawler tergolong dalam kelas Fighter dan merupakan petarung jalanan yang menggunakan taktik keji demi mencapai kemenangan.

Misalnya, Sand Toss diguna untuk melempar pasir yang mengotorkan pihak lawan.

Pada saat ini, setelah mendengar arahan Ye Xiu, pemain Brawler itu segera melemparkan pasir ke arah Blood Gunner.

Tetapi, Ye Xiu tidak terkata-kata melihatkan kebodohan pemain itu. Dia segera menjerit: "Lempar pada mukanya, bodoh! Gunakan Sand Toss setiap kali 'cooldown' habis!"

Melemparkan pada muka lawan ialah kegunaan sebenar Sand Toss.

Sand Toss mampu membutakan pihak lawannya. Ia mempunyai peluang setinggi 50% untuk berkesan dan pihak lawan akan kehilangan pandangan selama 4 saat. Tetapi pada tahap maksimum, ia mempunyai kadar peluang 100% dan pihak lawan akan dibutakan selama 8 saat.

Kesan ini sangat menakutkan. Pada zaman awal Glory, pemain Brawler menguasai semua perlawanan kerana Sand Toss. Sebaik sahaja mereka berasakan akan tewas, mereka pasti melemparkan pasir pada lawan mereka. Apabila pihak lawan dibutakan, Brawler akan menggunakan kesempatan itu untuk menyerang dengan keji.

Tetapi sekarang, para pemain telah menjumpai kaedah untuk mengatasi Sand Toss.

Kaedah yang paling mudah ialah memalingkan badan sebaik sahaja pasir dilemparkan. Berpaling ke kiri, kanan, depan atau belakang, tidak kira arah mana, asalkan pasir itu tidak termasuk ke mata mereka.

Walaupun mereka tetap akan cedera sedikit apabila terkena pasir tersebut, ia lebih baik daripada kehilangan pandangan sama sekali.

Tetapi perisai terbaik untuk mengelakkan serangan Sand Toss…..cermin mata gelap!

Perkakas ini merupakan sejenis barangan yang serupa dengan Kalung Mithril milik Ye Xiu. Ia sebenarnya digunakan sekadar untuk hiasan sahaja. Tetapi cermin mata gelap ini mampu menghalang Sand Toss sepenuhnya, membuatkan serangan itu tidak berguna sama sekali.

Para pemain Brawler cukup benci akan cermin mata gelap.

Syukurlah, watak NPC tidak memakai cermin mata gelap itu.

NPC yang dibutakan akan hilang arah pandangan dan watak yang ditumpukan mereka akan terselamat. Mereka juga tidak akan dapat menyerang balas apabila dibutakan. Kerana itulah Ye Xiu hendak pemain Brawler itu membutakan Blood Gunner Yagg. Tetapi dia terlalu bodoh! Dia melemparkan pasir itu pada tubuh Blood Gunner, bukan matanya! Ye Xiu tidak tahu bagaimana pemain itu boleh mencecah tahap 23, dua tahap lebih tinggi daripadanya.

"Brick Buster, sekarang!" Ye Xiu terus memberikan arahan dengan sabar pada Brawler itu.

Brick Buster merupakan nama penuh kemahiran itu. Di kalangan para pemain, ia dipanggil sebagai Brick sahaja. Tetapi Ye Xiu khuatir si bodoh itu tidak tahu nama singkatannya, jadi dia terpaksa menggunakan terma penuh.

Dalam dunia Glory, Brick (batu-bata) boleh dilemparkan atau dihempaskan. Ia teramat kuat sekali. Selain itu, ia mempunyai peluang 50% untuk membuatkan pihak lawan berada pada keadaan 'Dizzy' selama 3 saat. Tetapi, batu-bata itu harus dihempaskan tepat pada kepala lawan untuk menyebabkan keadaan 'Dizzy' ini. Apabila batu-bata dilemparkan ke arah belakang kepala musuh, keadaan 'Dizzy' akan meningkat sebanyak 4 saat.

Ye Xiu tidak mempunyai masa untuk menerangkan perkara ini pada Brawler itu. Syukurlah, Brawler itu nampaknya mengerti bagaimana cara untuk menggunakan kemahiran ini. Dia mensasarkan batu-bata itu pada kepala Blood Gunner.

Malangnya, dia tidak menghempaskan batu-bata itu tepat ke kepala lawan. Sebaliknya, dia sekadar melemparkannya sahaja.

Apabila batu-bata dilemparkan, kuasa 'damage' nya akan berkurangan sebanyak setengah. Peluang untuk mengakibatkan 'Dizzy' juga berkurangan sebanyak 50%, begitu juga durasinya.

Tidak cukup dengan itu, Brick itu tidak mengenai sasaran!

"Woi, bodoh! Angkat batu-bata itu dan hempaskannya ke belakang kepalanya, bodoh!" kata salah seorang pemain lain yang turut sama bengang melihatkan kebodohan Brawler itu.

Brawler yang bodoh itu segera menjawab dengan ikhlas "Okay, okay".

"Gunakan serangan Raging Flames, sekarang!" Ye Xiu memberikan arahan kepada pemain kelas Elementalist pula.

Serangan Raging Flames pun muncul dan membakar Blood Gunner Yagg. Ye Xiu mengangguk puas. Syukurlah Elementalist ini tidak sebodoh Brawler itu tadi.

Sayangnya, Raging Flames yang digunakan bertahap rendah. Blood Gunner Yagg hanya sekadar terlambung sedikit sahaja. Tetapi Ye Xiu sudahpun mengarahkan Lord Grim untuk membuat serangan seterusnya.

"Collapsing Mountain!"

"Pemain Ghostblade, guna Sword Soul!"

"Sand Toss lagi!"

"Raging Flames lagi!"

"Sekarang Ghost Slash pula!"

Ye Xiu memberikan arahan dengan tepat dan padat. Kelima-lima pemain itu tiba-tiba terfikir Blood Gunner Yagg tidaklah sesukar mana jika mereka tahu cara menanganinya.

Pada awalnya, mereka telah mencuba segala kaedah dan kemahiran yang ada, tetapi mereka gagal melukakan Blood Gunner sedikit pun. Tetapi sekarang, mereka mencederakannya dengan mudah sekali. Tetakan pedang, lemparan batu-bata, serangan kuasa sakti, semuanya kena pada sasaran.

Pemain yang berpengalaman di antara mereka sedar semua ini disebabkan oleh Lord Grim. Dia akan menggunakan serangannya sebaik sahaja mereka berjaya mengawal musuh. Tambahan pula, arahannya cukup tepat dan bijak sekali. Mereka telah berjaya mencipta rentak yang cantik sekali dan terus-menerus mencederakan Blood Gunner.

Blood Gunner pula tetap mencuba untuk menyerang balas, tetapi tumpuannya sentiasa pada Lord Grim seorang. Ye Xiu pula sudah cukup arif dengan gaya serangannya, jadi dia berjaya mengelakkan setiap serangan. Dia tidak membenarkan serangan Blood Gunner itu terkena pada rakan-rakannya yang lain.

Serta-merta sahaja, kumpulan yang huru-hara tadi telah bertukar kepada kumpulan yang tersusun rapi di bawah pimpinan Ye Xiu. Tetapi Ye Xiu tidak lalai. Dia tahu jika mereka melakukan satu kesilapan sekalipun, ia boleh membawa padah.

Tiga Persatuan Utama yang menonton pertarungan tergamam semuanya. Mereka telah masing-masing menyediakan ramai pemain untuk menewaskan Blood Gunner, tetapi mereka tidak berani untuk masuk campur lagi. Mereka masing-masing melihat pada pihak lawan mereka dengan hati yang cemas.

"Lihatlah! Inilah sifat kepimpinan yang saya mahu!" jerit Endless Night dari Tyrannical Ambition.

"Kenapa kamu gembira sangat?" tanya ketua persatuannya, Cold Night.

"Nampaknya, Lord Grim memang betul-betul menakutkan…." Herb Garden sentiasa memikirkan Lord Grim, tetapi mereka tidak pernah melihat dia bertarung dengan mata sendiri. Sekarang, ketua mereka Plantago Seed benar-benar tergamam.

"Jika berterusan begini, Blood Gunner pasti dibunuh olehnya," kata Flower Lantern pada Blue River.

Ketiga-tiga ketua persatuan benar-benar resah. Mereka tidak henti-henti melihatkan reaksi pihak lawan masing-masing.

Sekarang, mereka semua tahu apa yang perlu dilakukan.

"Bunuh semua pemain yang lain, tetapi jangan sentuh Lord Grim. Kalau ada yang menyerang Lord Grim, pertahankan dia!" arah Blue River.

"Err….ketua, kita nak tolong siapa? Herb Garden atau Tyrannical Ambition?" tanya seorang pemain.

"Bodoh, kamu nak tolong musuh kita untuk apa?" jawab Blue River.

Semua orang akhirnya faham.

"Bila ada ruang kosong dalam kumpulan kita, segera berikan ruang itu pada Lord Grim!" kata Blue River lagi.

Semua orang berasa gelisah. Memang tidak ada ruang kosong dalam kumpulan mereka sekarang, tetapi tidak lama lagi pasti ada antara mereka yang akan mati. Jadi, ruang itu yang akan diberikan pada Lord Grim.

Ketiga-tiga Persatuan Utama mula bertindak pada masa yang sama.

avataravatar
Next chapter