345 Langkah Pertama dalam Perkembangan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Baguslah kamu berazam… Tapi matlamat kamu tak logik." Selepas terkejut seketika melihatkan keazaman Chen Guo, Ye Xiu kembali menjadi dirinya yang tenang semula.

"Hmph, saya tahulah. Saya cuma kata ini adalah matlamat saya," kata Chen Guo.

"Selamat berjaya!" ucap Ye Xiu.

"Kamu! Kamu masih nak keluar dari persaraan kan?" tanya Chen Guo.

Ye Xiu mengangguk.

"Bila kamu dah keluar dari persaraan, takkan kamu nak kembali ke Excellent Era?"

"Rasanya itu tak akan berlaku," Ye Xiu tersenyum.

"Apa kata kamu buat pasukan sendiri?" kata Chen Guo tiba-tiba.

"Itu idea yang bagus."

"Kamu memang dah rancang nak buat macam ni dari mula ke?" tanya Chen Guo.

"Saya memang pernah terfikir," jawab Ye Xiu.

"Kalau kamu nak cipta pasukan dan menyertai Pakatan Profesional, kamu memerlukan pelaburan yang besar!" kata Chen Guo.

Ye Xiu mengangguk.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter