webnovel

Keazaman Chen Guo

Editor: EndlessFantasy Translation

Setelah berbual dengan gembira bersama para pelanggan buat seketika, mereka mula beredar. Pelanggan yang lebih bijak pula tidak mengambil bahagian pada awalnya. Mereka pergi mencari Chen Guo setelah semua orang lain beredar.

Para pelanggan ini sedar yang Chen Guo, Tang Rou dan Ye Xiu telah pergi ke Pertandingan All-Star bersama-sama. Sewaktu Tang Rou berhadapan dengan masalah, Dewa Ye Qiu yang menyelamatkannya seolah-olah seperti seseorang yang Tang Rou kenali. Dengan ini, ia bukan sukar untuk meneka siapakah orangnya. Chen Guo sudah dapat meneka niat mereka sebelum mereka mula bercakap pun.

Mujurlah mereka sudah berpengalaman dikepung oleh pemberita semalam. Jika pemberita yang licik pun boleh ditipu, apatah lagi para pelanggan? Biarpun Tang Rou yang banyak menjawab, Chen Guo turut terlibat juga. Dengan menggunakan jawapan yang Tang Rou berikan semalam, Chen Guo berpura-pura mengeluh kerana terlepas peluang untuk bertemu dengan Dewa pujaannya. 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com