466 Kaedah Luar Biasa

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sekilas cahaya dingin!

Singkat dan cepat, cahaya tersebut memancar.

Api serangan tepat mengenai tempat di mana Lord Grim berdiri. Tetapi Lord Grim pula tidak kelihatan.

Deception berasa bengang. Dia beralih ke arah kanan dan api serangan turut sama mengikutnya. Dia melepaskan tetakan lurus, diikuti dengan tetakan melintang. Pusaran api terus mengelilingi Deception.

Proses ini kedengaran rumit, tetapi ia berlaku dengan pantas. Jika tidak pantas, pastinya api dari Tetakan Api tersebut akan terpadam dan Deception tidak akan sempat melakukan begitu banyak serangan.

Malangnya, tetakan ini tersasar juga. Sebaik sahaja Deception beralih, Lord Grim telah melompat ke belakang untuk mengelak.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter